Stella meletakkan dulang diatas kaunter. Dia baru saja selesai menghantar pesanan dimeja pelanggannya.
Keningnya bercantum taktala melihat Jasmine yang sedang bercangkung di penjuru kaunter.
Dia menghampiri Jasmine.
“Eva.” Sebaris namanya dipanggil.
Namun, tiada sahutan. Jasmine dilihatnya sedang terkebil-kebil memandang lantai.
Dia juga turut memandang ke lantai. Ada apa yang menariknya dilantai kafe itu?
“Eva!” Sekali lagi dia menyeru nama sahabatnya. Sesekali,dia memetik jarinya dihadapan muka Jasmine. Tetapi, masih tiada reaksi lagi.
“Haih, apa kena dengan perempuan ni?” Dahinya digaru. Aneh pula sikapnya sejak bertemu dengan Jimmy sejak pagi tadi.
“Hoi!” Kali ini sebuah tamparan melekat pada lengan Jasmine.
Membuatkan Jasmine tersentak dari lamunannya.
Dia memandang ke arah Stella. Matanya terkebil-kebil.
“Ke…kenapa Stella?” Jasmine melontarkan soalan kepadanya.
“Huh. Kau tu yang kenapa, Eva Jasmine? Dari tadi aku panggil kau tak dengar. Kau fikir apa? Bangunlah. Kenapa bercangkung dekat bawah ni.” Dia menarik lembut lengan Jasmine.
“Aku…err…lapar.” Dia memegang perutnya. Reaksi mukanya kosong.
“Hah?” Stella menjungkitkan kening kanannya meminta kepastian.
“Lapar.” Jasmine mengulangi lagi.
“Hahaha. Kalau lapar pergilah ambil makanan. Pergi makan. Yang kau bercangkung dekat bawah tu tadi kenapa? Cari makanan dekat lantai? Hah?” Soalnya sinis.
Stella menyambung kembali kerjanya. Ketika itu, datang seorang remaja perempuan ingin membuat pesanan.
“Hai, selamat datang. Order?”
Jasmine hanya memandang Stella dari sisinya.
Satu keluhan berat terlepas dari mulutnya.
Dia menapak ke bahagian dapur. Sebenarnya dia tidaklah berasa lapar. Cuma ayat itu yang terpacul dari mulutnya tadi.
Matanya melilau disekitar dapur. Apa yang harus dibuat agaknya?
Tap! Tap! Tap!
Stella melangkah memasuki ruang dapur.
Dilihatnya Jasmine masih lagi termangu-mangu sambil berdiri ditengah ruang dapur.
Kepalanya digaru.
“Eva. Tadi kata lapar? Kenapa tak makan lagi?” Dia menolak lembut badan Jasmine menuju ke bangku.
“Aku nak makanlah ni.” Dalihnya.
Dia terus mencapai sebungkus pastri yang berintikan cream cheese dan strawberi.
Stella baru teringatkan sesuatu.
Dia menyeluk poket apronnya.
“Eva. Nah.” Dia menghulurkan segugus kunci kepada Jasmine.
Jasmine memandang pelik. Berkerut dahinya.
“Ini, pagi tadi Encik Jimmy minta aku bagi pada kau. Ambillah.” Dia meletakkan gugusan kunci itu ditapak tangan Jasmine yang masih terpinga-pinga.
“Hah? Kunci apa?” Soalnya pelik. Dia membelek gugusan tersebut.
“Dia cakap itu kunci apartment dia.” Jawab Stella.
“Hah? Kenapa dia bagi aku kunci apartment dia? Tak naklah aku! Nah, ambil balik.” Dia menyerahkan semula kunci tersebut.
“Tsk! Pegang ajelah dulu. Dia cakap nanti dia sendiri yang akan bagi tahu kau. Jadi, kau simpan dulu ya. Ingat, jangan hilang tau. Orang punya tu. Ada nanti dia tak dapat masuk apartment dia tu. Haha.” Ujarnya sambil melawak.
“Habis tu, janganlah bagi dekat aku. Haih!” Dia meletakkan gugusan kunci diatas meja bar.
“Simpan ajelah. Aku ke depan dulu. Kau jangan lupa makan.” Ujarnya seraya melangkah menuju ke kaunter.
“Stell…” belum sempat dia memanggil Stella, telefonnya berbunyi.
Bzzz!
Dia menyeluk poket apronnya.
Tertera nama si pemanggil di skrin telefon.
Dia berdecit sendiri.
“Hello.” Jasmine menjawab malas panggilan itu.
“Hai, sayang.” Gemersik suara dihujung talian menyapa rongga telinganya.
“Apa sayang-sayang?” Lontarnya geram.
Siapa lagi kalau bukan Jimmy si gerangan pemanggil itu.
“Aku panggil sayang pun kau nak marah. Habis tu, kau nak aku panggil kau apa? Kau jangan lupa yang kau tu aku punya. Milik aku. Jadi, suka hati aku nak panggil kau apa.” Dihujung sana dia tesengih.
“Boleh tak jangan cakap saya Encik Jimmy yang punya? Saya tak suka.” Jasmine mencebik.
Plastik pastri dibuka kasar. Kemudian, cebisan pastri digigit geram.
(Haneda Airport, Tokyo - 3 petang)
“Betullah. Memang kau tu aku punya. Okeylah. Kalau kau tak suka aku panggil kau macam tu, apa kata aku tukar panggilan lain? Nak?” Jimmy tersengih nakal.
Matanya meliar ke sekeliling ruang lobi. Penerbangannya masih ada lagi satu jam 10 minit.
“Hm, apa?” Jawab Jasmine malas.
Dari corong telefon terdengar keluhan kecilnya. Membuatkan Jimmy tersenyum sendiri.
“Aku panggil kau…” Dia berjeda.
“Apa? Cepatlah. Saya nak sambung kerja ni.” Gesanya lagi.
“Okey, okey. Lepas ni, aku akan panggil kau…perempuan aku. Boleh?” Bibir bawahnya digigit.
Ah, rindunya dia mahu mengusik perempuannya. Baru saja pagi tadi mereka bertemu, tetapi tidak sampai 24 jam, perasaan rindu sudah bertamu dihati.
(Dalkom Café – 3.05 petang)
Hampir tercekik Jasmine ketika itu.
“Uhukk!” Dadanya ditepuk lembut bagi meredakan rasa sesak.
Dia bergegas mendapatkan air di pantri.
Air diteguk rakus.
“Sayang. Kau okey?” Kelihatannya suara dihujung talian sedang cemas.
Jasmine mengurut dadanya. Kemudian, dia menyambung semula gigitannya pada pastri.
“Okey.” Jawabnya acuh tak acuh.
(Haneda Airport, Tokyo- 3.10 petang)
Jimmy baru teringat tentang pemberiannya pagi tadi.
“Oh, Jasmine.” Panggilnya lembut.
“Ya.” Jawabnya sepatah.
“Kau ada terima barang yang aku bagi?” Soalnya ingin tahu.
Postur duduknya dibetulkan agar selesa.
“Hm. Ada. Stella ada bagi pada saya. Kenapa Encik Jimmy bagi kunci apartment pada saya? Nanti Encik Jimmy nak masuk macam mana?”
Jasmine menghabiskan suapan yang terakhirnya. Mulutnya dilap menggunakan tapak tangan.
(Haneda Airport, Tokyo- 3.15 petang)
“Good. Aku nak minta tolong kau, boleh?” Soalnya sambil mengjungkitkan keningnya.
“Hm, bergantung. Kalau saya boleh tolong, saya akan tolong. Kalau tak, saya minta maaf dulu.” Jawab Jasmine jujur.
(Dalkom Café- 3.16 petang)
Dia menuju ke sinki. Tangannya dibasuh bersih.
Gelas air sejuk dicapai. Dia meneguk minumannya.
“Kau kena tolong aku juga. Please.” Lembut suara Jimmy memujuknya.
“Cakaplah dulu. Apa dia?” Dia menuju ke bangku. Punggungnya dilabuhkan disitu.
“Tolong pergi ke apartment aku masa aku tak ada nanti.”
Jawapan itu membuatkan dahi Jasmine berkerut.
“Hah? Kenapa Encik Jimmy tak buat sendiri? Encik Jimmy nak ke mana pula ni?” Soalnya bosan.
“Aku ada kerja, sayang. Sebab itu aku minta tolong kau.” Gemersik suaranya mampu membuai hati Jasmine.
(Haneda Airport, Tokyo- 3.20 petang)
“Kenapa saya?” Soal Jasmine dihujung talian.
“Sebab aku percayakan kau. Boleh ya?” Dia menunggu jawapan dari pihak sana.
Jasmine masih berdiam diri. Hanya deru nafasnya saja menghiasi corong talian.
“Hm, okey. Encik Jimmy nak saya tolong apa?” Jawabnya malas.
Jimmy mengukir senyuman. Tangannya digenggam erat.
“Thanks, Jasmine. Balik kerja nanti terus ke apartment aku.”
(Dalkom Café- 3.23 petang)
“Hah? Alaaa. Hari lain tak boleh ke? Saya penatlah.” Jawabnya jujur.
Ada ke patut disuruhnya dia bergegas ke sana selepas habis waktu kerjanya? Penat badannya ketika itu masih belum hilang.
“Tak boleh, sayang. Penting. Pergi nanti ya?” Pintanya lembut.
“Penting…sangat?” Soalnya lagi.
“Ya, sayang. Penting!” Ayat itu ditekan.
“Sangat?” Soalnya buat kali kedua.
Jimmy tersengih sendiri. Bibirnya dikemam.
“Ya. Penting sangat. Hari lain tak boleh.”
“Emm…sangat-sangat? Penting…sangat-sangat? Betul ni tak boleh pergi hari lain?” Soalnya lagi buat kali yang ketiga.
Jimmy tersengih lagi. Dia masih sabar melayan setiap soalan dari Jasmine.
“Hahaha. Ya sayang. Penting sangat-sangat. Kalau pergi hari lain memang tak boleh. Kau kena pergi ke apartment aku hari ini juga. Please?” Rayunya.
“Kalau saya tolong, saya dapat apa?” Soalnya lagi.
“Tengoklah nanti. Aku fikirkan dulu nak bagi kau upah apa.” Jimmy tersengih sendiri.
“Saya nak kena buat apa nanti dekat apartment Encik Jimmy?”
“Oh, nasib baik kau tanya. Nanti sampai sana, aku nak kau jumpa melly.” Tuturnya serius.
“Melly? Macam nama perempuan aje? Siapa?” Soalnya ingin tahu.
Jimmy semakin giat mahu mengusik perempuannya.
“She is someone special.” Senyumnya disorok.
Seketika itu talian sunyi.
“Jasmine?” Dia menyeru sebaris nama itu.
“Hm.” Jawabnya sepatah.
“Kenapa diam?” Keningnya terjungkit naik.
“Kalau dia ‘someone special’ Encik Jimmy, kenapa suruh saya tengok dia?” Nada suaranya berubah mendatar.
“Mestilah. Sebab aku percayakan kau. Pergi okey? Tak perlu risau. Dia tak makan orang. Nanti kau kenal-kenallah dengan dia.” Sengaja dia menambah ayat terakhir itu. Kemudian, dia tergelak kecil.
“Okeyyyy.” Berat nada jawapannya.
“Jasmine. Kau tak nak tahu ke aku nak ke mana?” Kali ini dia pula yang mengutarakan soalan.
(Dalkom Café- 3.30 petang)
“Hm, Encik Jimmy nak ke mana?” Dia melarikan jarinya dibibir gelas.
“Dubai.” Balasnya ringkas.
Terkebil-kebil dia mendengarkan jawapan itu.
Dubai? United Arab Emirates?
“Dubai?” Ulangnya lagi meminta kepastian.
“Ya. Dubai.”
“Jauhnya? Berapa lama?” Soalnya ingin tahu. Tanpa disedari soalannya itu telah melepasi sempadan yang telah ditetapkan.
(Haneda Airport, Tokyo- 3.40 petang)
“Seminggu saja. Itu pun kalau aku boleh selesaikan semua kerja aku cepat.” Dia mengurut lehernya.
“Kenapa? Kau rindukan aku nanti?” Bibirnya melorek sebuah senyuman.
“Tak. Saya saja tanya.” Tidak tahulah jawapan itu jujur atau tidak. Jasmine oh Jasmine!
Jimmy tersengih.
“Okey. See you when I get back here. Jaga diri kau untuk aku. Jangan kerja sampai penat. Jangan buat aku risau.”
Dia mengerling jam tangannya.
“Mana ada kerja yang tak memenatkan?” Soalnya sinis.
“Haha. Ya. Betul juga.” Dia mengusap tengkuknya sambil tersengih.
“Okey, Encik Jimmy. I got to go. Saya nak sambung kerja saya.” Pintanya sebelum berpamitan.
“Ah, okey. See you soon, my girl.” Dia tersenyum sendiri. Mukanya diraup lembut. Tiba-tiba perasaan malu menerjah dirinya.
“Okey. Bye.”
Panggilan mereka berakhir disitu.
Tidak sabarnya dia mahu menyelesaikan kerjanya disana. Mahu pulang bertemu perempuannya nanti!
Share this novel