27

Romance Series 70889

(J Architecture-8 pagi)

Suasana masih tenang disekitar ruang kerja tiga tingkat itu. Rata-rata karyawan akan memulakan tugas pada jam 9 pagi. Oleh kerana masih awal, Jimmy memutuskan untuk melunaskan kerja-kerjanya yang tertangguh semalam.

Ah, bila terkenang tentang malam semalam indah benar pagi itu dirasakan. Benarlah orang kata,cinta itu buta. Cinta itu gila. Ya, seperti dirinya. Untuk Jasmine apa jua dia sanggup lakukan. Jika perempuannya marah, dia sanggup menundukkan egonya demi sebaris kata-kata maaf.

Tangan kanannya sibuk bermain pada tetikus putih. Matanya ralit memandang pada skrin komputer. Pelan bangunan pub baru kepunyaan Mr Ace perlu disempurnakan segera agar senang nanti dia dan para pekerjanya mahu melakukan pengubahsuaian dekorasi dalaman.

Ketika dia sedang ralit dengan kerjanya, Brian melangkah masuk ke dalam ruang kerjanya. Segak dia pagi itu. Berblazer biru dan seluar slack yang sama tona dipadankan dengan tali leher bewarna silver. Lagaknya tenang sambil tangan kanannya direhatkan dalam poket seluar.

"Morning." Sapanya tenang. Dia melabuhkan punggung dikerusi empuk bertentangan Jimmy.

"Hm,morning sayang." Matanya masih ralit pada skrin komputer. Tetapi dia masih punya hati mahu bercanda dengan Brian. Alah, saja mahu mengusik lelaki tua itu.

Berkerut dahi Brian mendengar perkataan sayang itu.

"Suck." Dia menyumpah Jimmy. Tetapi Jimmy hanya membalasnya dengan sengihan.

"Pukul 10 nanti aku nak pergi ke kilang. Nak tengok barang yang kita tempah untuk Mr Ace dah sampai atau belum. Kau nak ikut aku?" Soalnya sambil menyilang kaki.

Jimmy masih tekun.

"Hm,nope. Kau pergi sendiri boleh? Cuma nak pastikan saja,betul?"

"Ya. Nak pastikan dah sampai atau belum. Kalau belum sampai barang yang kita mahukan tu, aku hentak sekali orang-orang kilang tu nanti." Serius percakapannya.

"Hahahaha. Kau nak hentak orang konon. Ingat sikit kau tu makin hari makin tua. Tulang-tulang kau bukannya power macam orang-orang Meena." Jimmy masih ketawa kecil. Perasan betul orang tua itu.

"Meena?" Keningnya bertaut. Brian cuba berfikir gerangannya.

"Alah, Meena Nelson. Orang yang aku minta carikan Jasmine dulu. Cepatnya kau lupa?" Dia mengalih pandang ke arah Brian.

Cepat saja Brian memetik jari tanda dia sudah mengingati.

"Ooo,ya,ya. Meena Nelson. Lama aku tak dengar cerita dia. Apa khabar dia?" Soalnya menarik perhatian Jimmy.

"Entah. Aku pun dah jarang contact dengan dia. Dia sibuk,aku pun sibuk. Apa kata, kau saja yang contact dia. Nampak gaya macam kurang sibuk kau ni." Jimmy tersengih mengejek. Entah apa agaknya yang bermain didalam benaknya.

"Aku?" Dia menunjuk dirinya sendiri. Gila ke?

"Yalah. Kau. Dah kau yang sibuk sangat bangkitkan nama dia. Tiba-tiba saja. Kenapa?" Jimmy bermain serkap jarang.

"Kau jangan nak mengada-ngada Jimmy. Kau ingat aku tak tahu apa yang ada dalam kepala otak kau? Sudah. Aku tak suka kau jadi matchmaker untuk aku." Dirinya harus dibela. Dia tidak suka jika dirinya dijodohkan dengan sesiapa. Dia masih belum bersedia mahu hidup dengan komitmen.

"Hahahaha. Aku tak cakap apa-apa pun. Yang kau gelabah sangat kenapa? Eh,tapi okey jugalah kalau aku kenalkan kau dengan Meena. Dia bukan calang-calang perempuan tau. Berapa ramai yang nak try dia. Tapi sampai sekarang dia tak layan. Aku dengar dulu, pekerja Ikram pun pernah sangkut dekat dia. Louis tak silap aku. Tapi mana Meena nak layan setakat lelaki lembut macam Louis tu." Dia bersandar sekejap. Mahu merehatkan badannya yang kian lenguh.

"Ooo,ada juga lelaki yang berani try Meena tu ya. Kalau si lembut sotong kurita tu dia tak layan, inikan pula aku." Jawabnya berbelah-bagi.

Jimmy memandang Brian dengan satu sengihan nakal.

"Ceh, kau! Tadi beria cakap tak nak aku jadi matchmaker kau. Sekarang ni apa cerita? Nak try dia juga? Nak aku tolong? Ah,setakat kau aku no hal. Sekarang juga aku call Meena untuk kau." Terus dia mencapai telefon bimbit yang berada diatas meja.

"Ehhh,jangan! Kau jangan beria sangat. Aku cakap macam itu tak bermakna aku nak berkenalan dengan dia. Kau jangan pandai-pandai pula." Cuak reaksi mukanya. Tahu takut.

"Hm,aku ingatkan kau betul-betul nakkan si Meena kaya tu. Nampaknya tak ada peluanglah aku nak berkakak iparkan si Meena Nelson." Kepalanya digaru.

"Sudah. Lupakan tentang dia. Aku nak sambung kerja aku dulu. Lepas itu baru aku gerak ke kilang." Dia bangun dari duduknya.

"Alright as you wish. Anything call aku, Brian." Dia menghantar Brian sehingga ke muka pintu.

"Kau..."Brian menoleh Jimmy dengan muka ketat.

"What??" Terpinga-pinga Jimmy dengan tudingan jari Brian yang tepat ke mukanya.

"Jangan nak merayap pergi jumpa Jasmine pula." Keningnya diangkat. Sekadar memberi peringatan. Jimmy bukannya boleh dipercayai.

"Hahaha. Aku tahulah. Pergilah sambung kerja kau." Dia menepuk bahu Brian.

Brian melangkah sambil menoleh ke arah Jimmy. Keningnya masih dimainkan.

"Haha. Suck!" Usai menghantar Brian dimuka pintu, dia menuju semula ke meja kerjanya. Pelan itu perlu disiapkan segera agar senang nanti dia mahu 'lari' berjumpa Jasmine. Hahaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience