(Japan Philharmonic Orchestra, Tokyo City- 10 pagi)
Jika semalam mereka berada di daerah Hida-Takayama, tetapi pagi ini mereka telah tiba dikota Tokyo.
Dari jauh kelibat dua manusia sedang tergesa-gesa membuka langkah menuju ke pintu masuk.
Jimmy memaut erat tangan kanan Jasmine sambil berlari-lari anak. Nampaknya mereka terlewat pagi ini.
“Encik Jimmy. Tunggu!” Jasmine merentap kasar tangan Jimmy. Mereka berhenti ditengah-tengah dewan besar itu. Para tetamu yang lain sudah pun memasuki ke dalam dewan. Lima minit saja lagi persembahan orkestra akan bermula.
“Kenapa?” Keningnya terjungkit sedikit sambil memandang Jasmine.
“Kenapa…hah…hah…uhukk! Kenapa…Encik Jimmy bawa saya ke sini?” Termengah-mengah dia mengatur nafasnya. Bagai mahu terputus nyawanya diheret seperti itu.
Ingat dia itu spesies lembu ke mahu ditarik-tarik? Ketuk juga kepala lelaki dihadapannya itu nanti baru tahu.
“Kan aku dah bagi tahu kau tadi dekat kereta, aku nak bawa kau pergi ke syurga.” Jimmy tersengih nakal.
“Syurga apa tempat macam ni?” Jasmine mengegakkan semula postur badannya.
“Ish, nanti sampai dekat dalam kau tahulah. Jom!” Dia terus menarik lembut pergelangan tangan Jasmine.
Dia menyerahkan telefon bimbitnya pada pengawal yang menjaga dipintu masuk. Tiket orkestra telah disimpan awal-awal didalam galeri telefonnya. Mudahlah kerjanya tidak perlu menyimpan sehelai kertas nipis. Kalau hilang nanti, membazir saja.
Pintu utama dibuka. Mereka melangkah masuk ke dalam.
Jasmine terlopong. Matanya terkebil-kebil memandang suasana didalam dewan besar itu. Hampir ratusan manusia telah membanjiri ruang dewan.
“Hei, tutup sikit mulut kau tu.” Jimmy tersenyum. Dia merapati Jasmine sambil menolak lembut dagunya.
“Kita…err…kita nak tengok orkestra?” Membulat matanya memandang Jimmy.
Jimmy mengangkat bahu sambil tersenyum.
“Ya. Kau suka orkestra ke?” Pelik juga dia jika anak muda seperti Jasmine meminati muzik klasikal seperti itu.
Sambil itu Jimmy menarik lembut tangan Jasmine menuju ke tempat duduk dibarisan hadapan.
Mereka duduk dikerusi berhadapan pentas. Bukan senang dia mahu mendapatkan tempat duduk kelas pertama ini. Sudah semestinya ada yang rela hati membantunya.
“Suka. Saya suka dengar lagu-lagu dari orkestra. Dulu mendiang mama dan papa selalu bawa saya ke tempat macam ni. Ingatkan saya dah tak berpeluang nak tengok orkestra lagi.” Dia tersenyum kekok.
Rindunya dia pada mendiang papa dan mamanya!
Jimmy menoleh ke arah Jasmine. Dagunya dipegang lembut. Anak mata mereka bertaut sama.
“Hei, jangan sedih. Mulai hari ini, aku yang akan bawa kau ke tempat macam ni. Kalau ini yang boleh buat kau rasa dekat dengan mendiang papa dan mama kau. Okey?” Gemersik suaranya lembut menerjah masuk ke rongga pendengarannya.
Jasmine memandang lama anak mata Jimmy. Kemudian, dia mengangguk kecil. Entahlah.
Betul ke keputusannya? Ini bermakna lelaki itu akan lebih banyak meluangkan masa bersamanya selepas ini. Bukankah dia sendiri rimas dengan segala perlakuan lelaki itu?
Dia melepaskan keluhan kecil.
Dalam masa yang sama sekumpulan pemain orkestra seramai 70 orang melangkah memasuki ke pentas.
Masing-masing membawa instrumen ditangannya. Mereka mengambil tempat yang telah disediakan.
Ditempat duduk pertama telah tersedia sebuah sello bewarna coklat. Namun, tempat itu masih kosong.
Dua saat kemudian, muncul seorang lelaki memakai sut bewarna hitam melangkah menuju ke tempat duduk pertama yang menempatkan sello. Sebelum mengambil tempatnya, sempat dia menundukkan sedikit badannya kepada para penonton.
Sesekali dia berbalas senyuman dengan Jimmy.
Kayu sello berada dipegangannya.
Kemudian, muncul pula seorang lagi lelaki dalam lingkungan 40-an yang segak mengenakan sepasang tuksedo bewarna kelabu. Dilehernya dipadankan dengan bow tie bewarna hitam.
Dia menundukkan badannya kepada para penonton. Dia adalah Marc Ichiro. Seorang maestro kepada kumpulan Japan Philharmonic Orchestra. Seraya itu, dia mengambil tempatnya diatas sebuah pentas kecil.
Kedua-dua tangannya didepangkan ke udara dan Irama Waltz No. 2 Shostakovich mula kedengaran. Gendang dan trompet memulakan tugasnya. Kemudian, diikuti dengan gesekan dari tali sello.
Bergema seluruh isi dewan besar itu dengan irama orkestra. Si pemain sello menggesek sellonya dengan penuh bergaya.
Jarinya turut menari diatas setiap tali sello. Rancak tangan kirinya menggesek kayu halusnya.
Sesekali, bibirnya menarik segaris senyuman buat Jimmy dan Jasmine.
Matanya turut terpejam dengan irama orkestra yang sedang bergabung dengan instrumen lain. Kepalanya turut digerakkan mengikut tempo.
Jimmy memandang Jasmine. Nampaknya perempuan disebelahnya sedang ralit dengan persembahan tersebut.
Dia tersengih menampakkan barisan gigi putihnya. Kemudian, dia menumpukan semula perhatiannya pada kumpulan orkestra dihadapan.
Irama Waltz memasuki not yang tinggi. Ketika itu juga si pemain sello bangun sambil menggoyangkan kayu halusnya diawang-awangan. Dia bagaikan berada dalam dunianya sendiri.
Sebuah tepukan gemuruh bergema didalam dewan itu. Diselangi juga dengan siulan kecil dari para penonton.
Adakalanya si pemain sello tersengih sendiri. Dia memandang ke arah maestro. Mereka berbalas senyuman.
Sementara pemuzik lain memainkan notnya, dia mengambil kesempatan itu dengan membawa sellonya menuruni bahagian bawah pentas.
Dalam masa yang sama seorang pengawal lengkap bersut hitam datang menghampiri si pemain sello.
Sello dibawa ke bawah. Alat muzik itu disandarkan pada besinya.
Tepat dihadapan Jimmy dan Jasmine si pemain sello itu menggesek alat muziknya.
Jimmy tergelak kecil sambil menggeleng kepalanya.
“Gila! Tak pernah berubah. Hahaha.” Dia membetulkan duduknya.
Pemain sello itu turut tergelak sambil memainkan keningnya. Sambil menggesek sellonya isyarat matanya dibawa ke arah Jasmine.
Jimmy turut memandang ke sebelah. Kemudian, sengihannya melebar. Sekali lagi mereka berbalas tawa.
Tangannya masih rancak menggesek tali sello. Tiba dibahagian not tinggi kayunya digesek laju. Iramanya bergabung dengan instrumen lain.
Jimmy bertepuk tangan dengan aksinya. Sesekali si pemain sello mengerdipkan matanya kepadanya.
“Hahaha. Shit, Ben!” Tawanya mengundang reaksi pelik Jasmine.
“God! Dia ni gay ke apa?” Jasmine bercakap sendirian. Pelik juga dia melihat Jimmy dan si pemain sello itu berbalas senyuman.
Irama Waltz tiba dipengakhirannya. Gesekan sello juga turut berhenti. Si pemain sello bangun sambil menghayunkan kayu halusnya diudara sambil tersenyum lebar.
Badannya ditundukkan sedikit buat penontonnya. Kayu halus itu diletakkan ke kerusi.
Kelihatan para pemuzik yang lain menukar kertas not. Irama orkestra yang kedua bakal menyusul sebentar saja lagi.
Dia menapak menuju ke arah Jimmy. Tangannya didepangkan.
Jimmy turut bangun sambil tersengih. Mereka berbalas pelukan.
Jasmine yang memandang hanya terlongo. Terkebil-kebil matanya ketika itu.
“Oh…my…god! He is a gay?!” Membulat matanya ketika itu. Tidak disangka lelaki yang dikenalinya itu seorang gay.
Pelukan dileraikan. Jimmy menumbuk bahu Ikram Benjamin. Ya, dia Ikram Benjamin si pemain sello. Merangkap sahabatnya juga selain Brian.
“Hahaha. Kau memang tak pernah berubah.” Jimmy tergelak sendiri.
“Habis tu kau nak suruh aku berubah betul-betul ke?” Soal Ikram Benjamin sinis. Kemudian, gelak kecil menghiasi bibirnya.
Matanya tertala ke arah Jasmine. Keningnya terangkat sambil membalas pandangan Jimmy.
“Siapa?” Dia menyoal Jimmy.
Bagai baru teringat kehadiran Jasmine disisinya. Lantas, dia meraih lembut pergelangan tangan perempuannya.
“She is mine. Dia perempuan yang aku mimpikan siang dan malam. Jasmine.” Dia tersengih nakal.
Jasmine yang masih tidak faham dengan situasi sebenar terpinga-pinga memandang dua orang lelaki dihadapannya.
“Really??” Bagai tidak percaya Ikram Benjamin ketika itu. Dia juga turut terkebil-kebil memandang Jasmine atas dan bawah.
“Bro! Mudanya!” Keningnya terangkat memandang Jimmy.
“Ya. Aku tahu dia muda dari aku. Kan aku pernah cerita dulu.” Dia menepuk bahu Ikram Benjamin.
“Ya. Memang kau ada cerita. Tapi aku ingat dia sebaya kita. Wow, wow, wow! Hahahaha.” Gelaknya nakal.
“Hahaha. Shit! Kau tak payah nak gelakkan aku sangatlah.” Mukanya diraup malu.
“Tak adalah. Kelakar. Hahahaha. Kau…memang tak nak kenalkan aku dengan buah hati kau?” Soal Ikram Benjamin nakal.
“No need! Ingat sikit dekat isteri dan anak kau tu.” Dia mengetap gigi geram.
“Hahahaha. Aku cuma nak berkenalan dengan bidadari yang buat siang dan malam kau penuh igauan je. Itu pun tak boleh.” Matanya dijulingkan ke atas.
Jimmy mencebik.
Share this novel