(J Architecture- 9 pagi)
Tap, tap, tap!
Dia mengatur langkah menuju ke bilik Brian.
Tanpa mengetuk pintu, dia terus menerjah masuk.
Brian yang ketika itu sedang leka dengan kerjanya mendongak. Keningnya terjungkit naik.
Hujung bibirnya tersengih sinis.
“Malam tadi kau yang hantar aku balik?” Soal Jimmy tanpa riak.
Dengan selamba dia melabuhkan punggungnya dimeja Brian.
“As usual. Aku yang hantar kau. Kalau bukan aku, kau ingat ada orang lain yang sudi hantar kau balik?” Soalan dibalas dengan soalan.
Sudahlah main terjah masuk saja.
“Sebelum kau hantar aku balik, kau ada bercakap dengan siapa-siapa ke?” Soalannya kini berbaur curiga.
Brian berhenti dari melakukan kerjanya. Pen diletakkan ke meja.
‘Dia dengar?’ Dia mula berperang dengan hati.
“Kau tak mabuk ke malam tadi? Tapi…kalau kau tak mabuk, tak mungkin kau tidur? Mengantuk sangat ke kau?” Kedengaran bodoh juga tebakannya.
“Aku serius ni.” Suaranya mendatar. Pandangan matanya mencerun memandang Brian.
Brian pula diam sejenak. Mungkin mencari idea yang bernas untuk diusulkan.
Jika tersalah kata, sudah tentu memakan dirinya sendiri.
“Bukan ke kau dengar? Aku rasa kalau kau dengar, kau tak perlu tanya aku. Betul?”
Ya! Tepat sekali! Nampaknya itu adalah ayat yang paling selamat.
Jimmy masih lagi memandang dengan riak curiga.
Benarkah dia hanya berkhayal malam tadi? Atau mungkin dia benar-benar mabuk? Oh, mungkin dia terlalu tertekan dengan kerjanya? Tapi, tidak mungkin.
Ah, sial! Tempat duduknya semalam hanya diterangi dengan samar-samar cahaya neon saja.
Pandangannya sudah tentu tidak berapa jelas.
Jarinya diketuk-ketuk pada permukaan meja sambil menggangguk kecil.
“Okey. Agaknya aku mabuk sangat.” Jimmy bangun dari meja Brian.
Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Nafas diatur mengikut tempo lembut.
Kemudian, dia mendekati . Bahu lelaki itu dipegang erat.
Dia menunduk merapati telinga kiri brian. Seperti mahu mengatakan sesuatu.
“Aku harap…kau tak tipu aku.”
Sekali lagi, bahu brian ditekan kuat.
“Okey. Aku sambung kerja dulu.”Jimmy mengatur langkah menuju ke pintu.
Sebelum dia keluar, sempat dia menoleh ke arah Brian. Hujung bibirnya menarik senyum sinis.
Tap!
Pintu biliknya tertutup dan Jimmy hilang dari pandanganya.
Brian bingkas bangun menuju ke dinding kaca. Rambut coklatnya diraup ke belakang.
“Suck! Tak mungkin dia tahu. Tak, tak!” Dia menggeleng kecil.
Titt!
Interkom berbunyi menandakan itu adalah panggilan masuk daripada pembantunya.
“Brian. Mr. Ace sudah sampai.” Beritahu Freddy ringkas.
Butang biru ditekan.
“Okey.”
Lengan kemeja dilipat kemas. Vestnya juga dibetulkan.
Tidak lama kemudian, pintu dibuka dari luar. Masuk seorang lelaki lingkungan 40-an sambil tersenyum ke arahnya.
Bian bangun menyambut kedatangan lelaki itu. Tangan dihulur untuk berjabat tangan.
“Have a sit, Mr. Ace.”
Dia duduk bertentangan Brian.
“I am sorry for making a trouble. My bad. Sepatutnya saya yang perlu berjumpa dengan Mr. Ace. Tapi keadaan sekarang pula yang tak mengizinkan untuk saya tinggalkan kerja-kerja saya.” Terangnya serba-salah. Dia menundukkan sedikit kepalanya sambil tangan kanan diletakkan di dada.
“Tak apa. Sedikit pun tidak menyusahkan saya. Sebaliknya saya yang berbesar hati dapat menjengah tempat cantik bak istana macam ni. Seperti yang kita pernah bincangkan sebelum ini, saya berharap dapat bekerjasama dengan J Architecture untuk menghasilkan seni bina kelab saya nanti.”
Brian tersenyum malu.
“Mr.Ace terlalu meletakkan harapan tinggi menggunung pada kami. Jika nak dibandingkan servis kami dengan orang lain, masih banyak jauh beza. Agaknya kami ketinggalan dibelakang." Brian mengusap tengkuknya.
“Sudahlah. Kita jangan melengahkan masa. Saya memang tak sabar nak tengok karya-karya seni binanya. Saya yakin J Architecture mampu memuaskan permintaan saya.”
Sementara itu, Brian menyua tablet pada Mr. Ace. Diskrin itu terbentang dengan pelbagai karya lukisan darinya dan Jimmy.
Satu-persatu lukisan seni bina itu dilihat. Tangannya menyentuh pada skrin tablet. Gambar seni bina pertama diolah dari seni bina Zaha Hadid. Rekaannya bercampur seni bina di Roca London Gallery. Cuma terdapat sedikit peubahan pada seni bina di bahagian pintu masuk utama. Setiap seni bina batu dipahat dengan ukiran vintage.
Kemudian, Mr. Ace beralih pada gambar yang kedua. Sebuah seni bina yang dicetuskan oleh Rem Koolhas iaitu Muzium Kunsthal Rotterdam. Seni binanya berunsurkan dinding kaca. Cantik tetapi rasanya rekaan itu tidak sesuai dengan citarasanya.
Dia mahukan satu binaan yang mempunyai unsur klasik tetapi dalam masa yang sama mampu menarik minat golongan muda.
Yalah. Zaman sekarang tidak ramai anak muda yang boleh berbangga dengan seni bina berunsurkan klasik.
Mr. Ace beralih pada gambar yang ketiga. Jarinya pegun disitu. Lirikan matanya membawa pada setiap inci ukiran yang terdapat pada seni bina tersebut.
Satu gabungan antara klasik dan moden. Ukiran yag terdapat pada kornis, tangga, dan pintu menaikkan lagi keserian seni bina tersebut.
Padanan gabungan rona putih, kuning keemasan dan warna-warna pastel menarik perhatiannya. Seni bina yang klasik dan mewah.
Brian yang sedari tadi menjadi pemerhati menyedari perubahan lelaki itu. Dia turut menjatuhkan pandangannya pada gambar tersebut.
“Mr. Ace berminat ke dengan seni bina tu?”
Dia memandang Brian sambil tersenyum kecil.
“Saya nak kelab itu nanti mempunyai seni bina seperti ini.” Kemudian dia diam sejenak. Pandangannya kembali terarah pada skrin.
“Boleh saya tahu apa nama binaan ini?” Soalnya berminat.
“Baroque style.” Jawabnya ringkas.
“Kalau Mr. Ace nak tahu, rekaan itu pada asalnya idea Jimmy. Tetapi disebabkan ada sedikit perselisihan faham antara staf kami, jadi seni bina itu terpaksa kami tangguhkan dulu. Setakat ini masih belum ada mana-mana pihak lagi yang tahu tentang rekaan tersebut. Kalau Mr. Ace berminat, kami akan buka peluang pada Mr. Ace.”
Mr. Ace menggangguk kecil. Seketika dia memegang dagunya.
“Jadi, saya orang pertamalah ya dapat sentuhan dari Encik Jimmy?” Dia meminta kepastian.
Brian ketawa kecil sambil menggangguk laju.
“Betul. Kebiasaannya, Jimmy akan keluarkan satu saja rekaannya. Jadi, rekaan itu nanti satu dalam seribu. Beruntunglah jadinya nanti.” Ulas Brian ramah.
“Jadi, dimana tuan empunya yang mencipta seni bina ni? Kalau boleh saya nak juga bersua muka dengan dia. Tak sabar pula saya nak bekerjasama dengan orang yang ada bakat luar biasa.”
Brian turut ketawa kecil dengan jenaka itu.
“Jimmy ada. Tunggu kejap saya panggilkan dia.” Tanpa berlengah butang interkom nombor 2 ditekan.
Tit!
“Ya, orang tua. Kau nak apa? Rindu aku?” Terdengar gelak halusnya dari hujung talian.
Brian pula sudah memandang Mr. Ace serba-salah.
Bahasa budak seorang ini memang perlu diajar semula agaknya. Siap kau ya!
“Jimmy. Datang bilik aku sekejap. Mr. Ace teringin nak jumpa kau.” Suaranya kembali serius.
“Ha? Oh, okey. Coming.” Talian dimatikan.
“Haha. Saya tengok Encik Brian masih muda. Tak ada pula kedutan dimuka macam saya.” Dia ketawa sambil menggeleng kepala.
Terhibur dengan gurauan mereka berdua sebentar tadi. Sudah pasti hubungan mereka akrab. Telahnya sendiri.
Sementara itu, Jimmy melangkah masuk menghampiri mereka berdua. Penampilannya bersuit biru tua siang itu menyerlahkan lagi gaya segaknya. Dipadankan pula dengan tali leher bewarna silver. Nampak berkarisma.
“Hi, Mr. Ace. Nice to meet you.” Jimmy menyapa terlebih dahulu sambil memberi tunduk hormat pada tetamunya.
“Nice to meet you, too Mr. Jimmy.” Salam disambut.
“Oh, no need mr. Panggil saja Jimmy.” Jawabnya tenang.
“Kenapa? Takut kalau saya panggil encik nampak lagi tua? Macam Brian? Hahaha.” Mr.
Ace melepaskan gelak besar.
Membulat mata Jimmy. Kemudian, dia memandang Brian.
Ketika itu, Brian hanya mengangkat bahu sambil mencebik. Seperti mengejek gayanya.
“Pardon me for my behavior. My bad.” Sekali lagi dia menundukkan kepalanya pada
Mr.Ace.
“Tak apa. Saya pun bergurau. Saya sebenarnya tertarik dengan hasil rekaan Jimmy. Berunsurkan Baroque. Saya suka gaya tu. Klasik dalam masa yang sama nampak mewah. Bolehkan kalau saya mahu Jimmy yang menguruskan tentang seni bina kelab baru saya nanti?”
Mereka bertiga duduk semula.
Tablet beralih tangan. Jimmy meneliti rekaannya.
“Boleh. Saya terima tawaran Mr. Ace tu. Brian, kau okey?” Usulnya pada Brian.
“Hm, aku okey. Kalau macam itu why not we proceed saja? Mr. Ace?”
“Great! Bila Jimmy ada kelapangan? Boleh saya bawa Jimmy dan Brian ke kelab baru saya
nanti.”
Jimmy berkira-kira dengan jadualnya. Padat.
“Kalau minggu ni jadual saya padat. Tapi tak apa. This sunday, for sure.” Jawabnya yakin.
“Alright, deal.”
"Tapi saya nak tahu kenapa Jimmy pilih Baroque style daripada seni bina lain? Saya rasa seni bina Baroque sama saja dengan seni bina english vintage yang lain." Mr. Ace memandang mereka berdua.
"Seperti yang saya kata tadi, Baroque adalah hasil idea Jimmy. rasanya sudah lama idea ni dia simpan dalam peti. BetulkanJjimmy? Saya pun tak pasti kenapa lama sangat dia simpan. Mungkin ada sentimental value agaknya, Mr. Ace." Brian sengih mengejek.
Jimmy mengangkat keningnya. Kalau tidak kerana Drake mahu merampas ideanya itu, sudah tentu idea itu dijual pada orang yang berminat. Tidak perlu dia menunggu sehingga bertahun. Jadi, terpaksalah dia menyembunyikan dahulu idea 'mahalnya' itu.
"Bukan macam itu, Mr. Ace. Brian suka sangat cakap kosong. Tentang idea Baroque, saya rasa seni binanya istimewa. Ibaratnya satu dalam sejuta. Mungkin akan datang takkan ada lagi idea seperti ini. Dalam kemewahan ada klasiknya. Tak adalah nanti golongan muda melupakan seni bina zaman dulu. Lagi pun, seni binanya banyak memainkan warna keemasan. Itu yang menampakkan lagi ketinggian nilainya. Setiap seni bina ada kelainannya. Takkan sama dengan yang lain, Mr. Ace."
Jimmy mengambil tablet yang terletak diatas meja. Dia menekan skrin. Kemudian, skrin tablet memaparkan gambar-gambar seni bina Baroque.
Tiga pasang mata itu tekun meneliti gambar yang ditunjukkan.
"Seni bina Baroque sebenarnya mula berkembang di negara Rome, Itali pada abad ke-16. Kemudian, baru ianya berkembang ke Eropah pada abad ke-17 dan ke-18. Kalau Mr. Ace nak tahu, istilah Baroque menjelaskan tentang kekemasan seni binanya yang terperinci. Tambahan pula, ciri-ciri yang terdapat dalam seni bina Baroque sering kali digunakan dalam menghasilkan drama. Kalau kita lihat seperti didalam gambar, pada dinding-dinding dihiasi dengan lukisan mahupun arca. Kebanyakkannya menunjukkan emosi kegembiraan. Tidak kurang juga, ada yang menerangkan tentang tarian klasik. Setiap seni yang dihasilkan mesti ada mesej yang ditinggalkan." Terangnya lagi.
Dia meneruskan pada gambar kedua.
"Jika dilihat dalam gambar ini, Ukiran pada setiap kornis menggunakan warna keemasan. Tanpa kita sedar, kerja pengukiran memerlukan ketelitian si pereka. Semakin halus seninya, semakin tinggi nilainya dimata umum. Setanding dengan warna emas yang diguna pakai."
Mereka bertiga ralit dengan perbincangan itu. Jarum jam terus bergerak ke angka 12 tengah hari.
---
(Dalkom Café- 12 tengah hari)
Sementara dibahagian depan…
Titt!
Satu pesanan muncul diskrin komputer.
Stella mengecilkan matanya meneliti pesanan itu.
“Eva! Ooo Eva!” Stella melaung nama Jasmine.
“Hah, ya. Kenapa?” Jasmine muncul ditepi pintu dapur.
“Eva. Nanti kau tolong hantarkan pesanan ni boleh? Tapi…peliklah orang ni.” Stella memandang Jasmine dengan kerutan didahi.
“Apa yang peliknya? Macam tak pernah terima pesanan pula kau ni.” Jasmine menjengah pada skrin komputer.
“Peliklah. Dia tinggalkan nota dekat ruangan komen. Cuba baca.” Dia menjuih pada ruang komen.
Jasmine mengecilkan mata sambil membaca nota tersebut.
‘1 Caramel Latte and 3 Pecan Pies. Odaiba Marine Park. Blue shirt.’
“Dia ni tak tahu musim panas ke sekarang?” Soal Jasmine pelik.
“Hah, kan? Orang gila agaknya duduk berpanas dekat taman.” Stella tersengih.
“Kau tolong hantarkan boleh? Kerja aku masih belum siap lagi.” Soalnya serba-salah.
Jasmine masih berkira-kira mahu menerima tawaran itu.
Jauh tetapi tidak terlalu jauh. Hanya mengambil masa 20 minit saja untuk ke Odaiba Park. Dalam erti kata lain, dia perlu bersesak didalam kereta api nanti. Aduh, malasnya!
“Tunggu kejap. Aku tolong buatkan pesanan dia.” Ujar Stella lagi.
Stella terus mengambil beg kertas coklat untuk mengisi Pecan Pie. Sementara Jasmine pula menyediakan secawan Caramel Latte.
"Nah. Hati-hati, Eva. Panas terik dekat luar. Bawa payung. " Bungkusan yang telah siap diserahkan pada Jasmine.
Payung yang terletak dipenjuru pintu dicapai buat Jasmine.
"Tak apa. Aku pakai topi. Bye, Stella. Aku terlambat nanti." Pintu ditolak dan Jasmine berlari-lari anak meninggalkan Dalkom Cafe.
"Ish, suruh pakai payung pun susah." Bebelnya sendiri. Payung dipulangkan semula pada tempatnya.
----
Termengah-mengah dia menghela nafasnya. Peluh yang mengalir dilehernya diseka cepat.
Rambutnya yang terbuai dek angin diselitkan ke telinga.
Matanya meliar mencari pelanggan yang membuat pesanan tadi.
Mengarut betul! Patut ke dia menyuruhnya menghantar pesanan dalam masa 10 minit?
Dia mengeluh geram. Nasib baik dia itu pelanggannya. Kalau tidak mahu saja Jasmine mengheretnya ke dalam air pantai. Biar dia lemas! Menyusahkan orang saja. Panas terik pula!
“Encik.” Dia menyapa lembut seorang pemuda yang sedang ralit dengan pemandangan pantai yang terbentang luas dihadapannya.
Jasmine turut membuang pandang ke arah pantai. Ya. Cantik.
Tetapi mengapa perlu membakar diri dibawah terik matahari? Tidak ada waktu lain agaknya mahu menikmati keindahan pantai. Pelik, pelik.
Seraya itu, pemuda tersebut menoleh ke arahnya.
Senyuman meleretnya membuatkan Jasmine terkebil-kebil.
Tak guna! Adakah dia sengaja mahu mengenakannya?
“Tepat pada waktunya.” Jimmy tersenyum sambil memandang jam tangannya.
Dia menepuk perlahan tempat kosong disebelahnya.
“Come. Have a sit, my pretty one.” Senyumannya masih mekar menghiasi bibirnya.
Terik matahari sedikit pun tidak menggugat penampilannya.
Ringkas tetapi masih dengan gaya tampannya. Oh, mungkin bahasa sopannya, kemas.
Jasmine menggenggam erat bungkusan jernih itu.
Ingat tidak penat ke berkejaran dengan masa? Mahu mati rasanya!
Dalam geram dia menghenyak punggung disebelah Jimmy.
Dilihatnya lelaki itu duduk sambil menyilang kaki dan memeluk tubuh.
Wow! Sudah tidak ada kerja agaknya waktu begini? Atau dia curi tulang? Siapa tahu kan?
“Kenapa tak datang kafe? Selalu boleh pula datang sendiri. Duduk berjam-jam dekat kafe macam orang tak ada kerja. Hari ni tiba-tiba suruh hantar ke sini pula. Panas terik pula.” Dia ralit dengan bebelannya.
Jimmy memandang Jasmine sambil tersenyum. Marah agaknya. Atau merajuk minta dipujuk? Ah, mengada betul perempuan itu.
Tapi, tidak mengapa. Dia suka. Malah seribu kali lebih suka jika perempuan itu ada bersamanya.
Perlahan-lahan dia meraih bungkusan ditangan Jasmine. Teragak-agak dia mahu mengambilnya.
Tetapi cepat saja Jasmine melarikan bungkusan tersebut. Padan muka!
Hujung keningnya terjungkit dengan perlakuan itu.
“Janganlah macam tu. Aku haus. Bagi sini.” Lunak suaranya menerobos gegendang telinga Jasmine.
Ah, kalau begini caranya semut yang sedang berbaris ditanah itu pun boleh lari bertempiaran dengan kelunakan suaranya.
“Jasmine.” Dia cuba memanggil nama itu dengan suara yang lembut sehabis mungkin.
“Apa?” Jasmine masih duduk tegak seperti tiang. Dari tadi hanya memandang deru ombak dipantai.
“Aku haus. Nak air.” Mulutnya dimuncungkan ke arah bungkusan itu.
“Minumlah.” Jawabnya acuh tak acuh.
Serta-merta bibirnya menarik sengihan tanpa dipaksa. Tingkah Jasmine mencuit hatinya.
“Nak minum macam mana? Air ada dekat tangan kau tu. Bagi sini.” Tangannya menggamit bungkusan ditangan Jasmine.
Dia mengeluh apabila perempuan itu menghiraukan permintaannya.
“Okey. Aku minta maaf. Puas hati? Hm?” Hujung hidung Jasmine dicuit lembut.
Pantas saja tangannya ditepis.
Jimmy menahan senyum. Matanya kembali terarah pada desiran ombak.
“Kau sihat? Kerja okey?” Soalnya lembut.
Dia melirik ke sisi. Mahu melihat muka yang sedang menahan panas.
Soalannya masih tidak dijawab. Jasmine hanya memandang tajam ke pantai.
“Come, ikut aku.” Dia bangun sambil meraih tangan kiri Jasmine.
Jasmine mendongak sambil mengecilkan matanya. Silau.
Bagai tersedar, Jimmy terus mengangkat tangan kirinya separas dahi Jasmine bagi menghalang terik matahari dari terkenanya.
“Dekat sini panas. Jom, ke sana.” Mulutnya memuncung pada sebuah bangku dibawah pokok.
Jasmine akur. Dia bangun menyaingi langkah Jimmy.
“Kenapa tak jawab soalan aku? Lama aku tunggu.” Kening kirinya dijungkit sedikit.
Setibanya dibangku mereka duduk disitu.
“Takkan seminggu aku tinggalkan kau, terus jadi pekak?” Dia tersengih sinis.
Jasmine menjeling geram.
“Sihat. Kerja okey. Semua okey. Kenapa tanya?” Dia menghulur bungkusan yang berisi Caramel Latte.
“Saja.” Pendek jawapannya. Jimmy menyambut bungkusannya.
“Ingatkan tak nak bagi aku.” Cepat saja dia meneguk airnya. Sudahlah panas terik. Mengada betul perempuan itu.
“Saja.” Jawab Jasmine sinis. Bagai memulangkan semula ayat Jimmy tadi.
“Kau ni!” Hidung Jasmine ditarik geram.
“Awww!” Jasmine menepuk kuat tangan Jimmy. Sesak nafas.
“Belajar okey?” Soalnya lagi sambil menyisip minumannya. Dia melirik ke arah Jasmine.
“Encik Jimmy tahu saya sambung belajar?” Soal Jasmine terkejut.
Jimmy menarik senyum. Bekas minuman digoyangkan perlahan mengikut putaran jam.
“Apa yang aku tak tahu tentang kau, Jasmine? Luar dan ‘dalam’ kau aku tahu.” Pandangannya nakal ketika itu.
“Penipu.” Jawab Jasmine malas.
“Betul. Aku tak pernah tipu kau. Kau saja yang tak mahu ambil tahu tentang aku.” Ujarnya tenang.
“Buat apa saya nak ambil tahu tentang kehidupan Encik Jimmy? Encik Jimmy bukan siapa-siapa dalam hidup saya.” Jawabnya jujur.
Jimmy diam sambil menyisip minumannya. Oh, bukan siapa-siapa ya? Tunggu nanti. Dia menyimpan senyum.
“Okey, Encik Jimmy. Saya minta diri dulu.” Jasmine bangun.
“Aku hantar kau.” Jimmy turut bangun. Lengan Jasmine dipaut agar mengikutnya.
Terkebil-kebil Jasmine dengan tindakan pantas itu. Hampir saja dia tersungkur.
Share this novel