"Aku laparlah."
Jasmine mengeluh. Lapar pula. Mengada-ngada betul!
"Encik Jimmy nak makan apa?" Soalnya.
Mendengarkan pertanyaan itu, Jimmy menarik sengih lebar.
"Pasta." Jawabnya ringkas.
"Itu saja?" Soal Jasmine.
"Tunggu." Celahnya.
Jasmine terjeda ditengah ruang tamu.
"Aku tak makan pedas. Jadi, jangan pedas." Tokoknya sambil goyang kaki.
"Ok." Dia berlalu ke dapur.
"Jasmine!" Laungnya dari ruang tamu.
"Jangan letak seafood. Aku tak suka." Tambahnya lagi
Remote tv dicapai. Dia mencari siaran yang menarik.
Menggerutu hatinya menahan sabar.
"Encik Jimmy tak makan seafood?" Soal Jasmine.
"Makan." Jawabnya.
Jasmine berkerut. "Habis itu, kenapa tak nak letak seafood?"
"Aku tak suka." Jawabnya malas.
Siaran komedi yang ditayangkan menggeletek hatinya. Dia ketawa sendiri.
"Huh! Habis itu, takkan saya nak masak pasta kosong?!" Dia bercekak pinggang.
"Hahahaha." Jimmy ketawa lagi dengan siarannya.
"Alah, kau letaklah angin ke? Tak pun kau letak hati kau ke? Sekurang-kurangnya lepas aku makan nanti bolehlah aku terus gila bayang dekat kau." Dia ketawa lagi.
"Tsk." Dia terus berlalu ke dapur. Malas mahu melayan kerenah orang gila sepertinya.
Kuali leper dan periuk dicapai. Dia membuka pintu kabinet. Satu-persatu bahan memasak dikeluarkan.
Tanpa membuang masa, dia terus merebus pasta . satu sudu kecil garam diletakkan ke dalam air rebusan. kemudian, sedikit minyak masak.
Seafood tidak mahu. Cuba digantikan dengan ayam atau sayur-sayuran boleh agaknya.
Pintu peti ais yang besar itu dibuka dengan cermat. Melongo matanya saat melihat isi dalam peti ais.
Kosong. Tiada secebis sayuran hijau yang tertinggal.
Jasmine menggaru-garu kepala. Habis itu, bahan apa yang mahu digunakan?
Dia menapak ke ruang tamu. Dilihatnya Jimmy sedang bersenang-lenang sambil melunjur kaki disofa panjangnya.
"Ha, dah siap ke?" Soalnya teruja.
"Siap apanya? Secebis kuman pun saya tak nampak dalam peti ais tu. Macam mana saya nak masak ni?!" Tekannya geram.
"Oh, aku ingat ada masalah besar. Kalau masalah itu, senang saja. Kau duduk dulu. Sini." Dia menepuk tempat duduk kosong disebelahnya.
Telefon bimbit dicapai. Satu aplikasi penghantaran makanan dibuka.
"Kau nak guna barang apa?" Tangannya ralit menyentuh skrin telefon.
"Em...tenderloin, daun rosemary, brokoli, cream cheese pesto. " Jawabnya laju
Jimmy terangguk-angguk sambil membuat pesanan.
"Banyak juga ya barang-barang dapur yang aku tak ada." Dia tersengih menampakkan baris giginya.
"Done! 10 minit lagi barang kau sampai." Telefon dicampak ke tepi.
Tenderloin? Ya, baru dia teringat kerena barang itu ada dalam senarai pesanannya tadi.
"Tenderloin kau nak masak apa?" Soalnya lurus.
"Sup." Balas Jasmine bersahaja.
"Sup?" Berkerut dia dengan jawapan itu.
Jasmine mengangguk kecil.
"Mana pernah orang masak sup tenderloin. Eh, kau tahu masak ke tidak ni?" Soalnya curiga.
"Tahulah. Ada. Encik Jimmy saja yang tak pernah makan." Jawab Jasmine lagi.
Antara percaya dan tidak saja Jimmy tika itu. Ah, kita tunggu dan lihat nanti.
Kalau lambat begini dia masih belum mula memasak, jam berapa dia harus pulang? Ish!
Sejak tadi jarum jam dikerling. Sudah jam 5 petang. Nampaknya matahari diluar sedikit lagi melabuhkan tirainya. Hari mahu senja.
"Kau kenapa?" Soal Jimmy. Suara tv diperlahankan. Kini fokusnya terarah pada si dia.
"Saya rasa dah lewatlah, Encik Jimmy." Panas punggung rasanya.
Dia memandang ke luar tingkap.
Jimmy turut memandang sama. Mengertilah dia.
"Tak apalah. Kalau kau nak balik, baliklah." Ujar Jimmy dengan nada kendur.
Biar benar dia boleh balik sekarang? Bukan ke tadi dia diauruh untuk memasak?
"Tapi tadi..." Jasmine buntu. Merajuk ke?
"Tak apa. Aku boleh masak sendiri. Dekat luar tu makin gelap. Aku risau kau sampai rumah lambat nanti." Tokoknya.
Jasmine dihurung serba-salah. Dengan kondisi kakinya seperti itu pasti susah untuk bergerak.
"Tak apalah. Nanti lepas masak baru saya balik." Tuturnya lambat-lambat.
Dalam hati Jimmy sedang melonjak keriangan. Tidak sia-sia dia menagih simpati.
10 minit berlalu dengan bunyi siaran tv. Jimmy ralit dengan rancangannya. Manakala, Jasmine masih menghitung masa.
Ding dong, ding dong!
Bunyi loceng menyentak lamunannya. Mereka berdua memandang satu-sama lain.
"Barang kau dah sampai rasanya. Biar aku ambilkan." Dia mengangkat punggung perlahan-lahan.
Tetapi Jasmine lebih pantas menghalang tubuhnya dari bangun.
"Eh, tak apa. Biar saya yang ambil. Kaki Encik Jimmy masih belum sembuh lagi." Dia memapah Jimmy agar duduk semula.
Manakala, Jimmy mengambil peluang itu dengan merangkul pinggang kecil itu dengan sengihan kecil.
Namun, tingkah nakalnya tidak disedari Jasmine.
"Encik Jimmy duduk diam-diam. Saya pergi masak dulu." Usai merapikan Jimmy, dia bergegas ke pintu.
Daun pintu dibuka. Ada sebungkus plastik putih diatas kabinet kasut. Lalu, dia mencapai plastik tersebut.
Sambil menuju ke dapur, dia sibuk melihat kesemua barang yang dipesan oleh Jimmy tadi. Nampaknya semua cukup.
Jimmy dari tadi tidak lepas merenungnya. Dari perempuan itu membuka pintu sehinggalah mengambil barang. Kemudian, menuju ke dapur. Pandangannya tidak beralih.
Dia suka jika perempuan itu ada dihadapannya seperti sekarang.
Jasmine memulakan kerjanya. Barang basah dan kering diasingkan ke dalam mangkuk.
Kemudian, daging tenderloin ditekap dengan tisu agar tidak lembap.
Jimmy perlahan-lahan bangun dan mencapai tongkatnya. Dia berjalan terhincut-hincut menghampiri Jasmine.
Manakala, Jasmine masih sibuk dengan memotong brokoli dan memerap daging tenderloin.
Kini dia sudah berada dibelakang Jasmine. Dia suka dengan bau harum rambutnya. Rambutnya pula kemas tersisir rapi. Dia tersenyum sendiri mengamati tubuh genit itu. Ketinggiannya hanya separas dada saja. Mungkin dalam anggaran 155cm.
Sudah terbayang difikirannya jika perempuan itu mempunyai badan yang berisi, sudah tentu persis seekor anak beruang yang terkedek-kedek mencari ibunya. Hahahaha.
"E-hem." Dia berdehem kecil.
Deheman itu membuat Jasmine tersentak. Tengkuknya dirasakan bahang dengan nafas lelaki itu.
"Eh, kenapa Encik Jimmy dekat sini?" Dia berganjak sedikit ke kiri mengelak tubuh mereka yang semakin mendekat.
"Saja. Aku nak teman kau. Takut kau sunyi pula." Dia membetulkan tongkat yang menopang dirinya. Walhal, tidaklah seteruk mana sakit dikakinya. Boleh saja jika tidak memakai tongkat. Tetapi, demi meraih simpati perempuan pujaan siang dan malamnya sanggup dia membuahkan idea bodoh itu.
"Eh. Tak perlu. Lagipun, saya dah terbiasa buat kerja sendiri." Entah ya entak tidak Jimmy itu. Dia cuba menjauh dari Jimmy.
"Sudahlah. Kau nak berapa jauh lagi dari aku? Dah sampai ke dinding tu. Nak selit mana lagi?" Soalnya mengejek.
"Kau jangan risaulah. Aku bukan nak..." Dia menikam tubuh genit itu dengan sengihan nakal.
"Nak apa?!" Soal Jasmine sambil mengangkat daging yang ada ditangan sebagai senjata.
"Hmm. Kau selalu anggap aku ni ada niat tak baik kan? Kau tak boleh ke sesekali anggap aku lelaki paling suci dalam dunia ni?" Dia mencapai brokoli untuk dibasuh.
Jasmine masih melekat ditepi dinding.
"Tak boleh. Sebab kepala otak Encik Jimmy tu bukan boleh dipercayai." Bahasnya. Daging diletakkan semula ke pinggan setelah yakin situasi disitu aman.
Jimmy ketawa mengejek. "Kalau aku jahat aku takkan sanggup tunggu kau selama 13 tahun, Jasmine."
Jasmine terkedu.
Share this novel