Bzz!
Telefon bimbitnya menjerit minta diangkat.
Dia menyeluk telefon bimbitnya dari poket. Dia melihat nama pemanggil yang tertera diskrin telefon.
Brian.
Apabila butang skrin diseret ke atas, suara Brian memecah pendengarannya.
"Kau dekat mana, Jimmy? Aku dekat apartment kau. Sampai bengkak jari aku tekan loceng dari tadi. Tadi kau kata lapar. Sekarang bila aku datang rumah kau, kau pula hilang macam lipas. Kau dekat mana?" Ton suaranya meninggi. Panas hati agaknya.
"Hm, aku dekat apartment Jasmine. Kau letak saja lah makanan aku dekat pintu. Nanti balik aku ambil. Kau pergi balik." Dia menekan punat enjin. Lampu kereta menerangi ruang hadapannya.
Ringan benar mulutnya mengarah itu dan ini. Walhal, dia yang lupa dengan janjinya pada Brian.
Brian mengeluh berat. Budak bertuah itu jika ada didepannya, boleh bertumbuk jadinya. Saja mahu menguji kesabarannya.
Sudahlah dia perlu meninggalkan kerjanya semata-mata mahu menghantar makanan. Sekali tiba disini, orangnya pula tiada.
"Kenapa tak beritahu aku awal-awal? Tak adalah aku tunggu kau macam orang tak ada kerja dekat sini. Kau pula boleh hantar budak perempuan tu? Bukan kau kata kaki kau sakit ke? Macam orang nak mampus aku tengok. Sekarang dah sembuh pula?" Dia meletakkan makanan didepan pintu.
Dia segera meninggalkan aras itu. Buang masa saja.
Bebelan Brian dibiarkan saja. Dengan bersahaja dia meletakkan telefon bimbitnya ditempat duduk penumpang.
Dia bersiul dengan senang hati. Malam itu dirasakan seperti menyebelahinya. Bagaikan muncul bintang ditemani bulan penuh meraikan hatinya.
"Hei, Jimmy!" Panggil Brian.
Namun, panggilannya tidak dijawab. Hanya suara angin yang menyapa corong telefon.
"Suck! Baka!" Laju mulutnya mencarut Jimmy. Biar dia rasakan.
Jimmy yang sedang memandu ketawa sendiri. Pasti Brian sedang memakinya. Bukan dia tidak kenal dengan lelaki tua itu. Ah, jika dia tidak menjadi penghibur hati si Brian tua itu, siapa lagi? Buah hati? Berangan saja lah.
Signal ke ke kanan diberi. Keretanya meluncur laju memasuki simpang empat jalan.
JASMINE meletakkan beg kertasnya diatas meja jepun. Lelah badannya kian terasa. Dia memicit bahu dan leher.
Pintu gelongsor ditolak ke dinding. Angin sejuk menampar lembut pipinya. Rambutnya juga ikut terbuai mengikut rentak angin.
Otaknya mula memunggah perbualannya dengan Jimmy tadi.
"Betul ke aku buang masa kerja dekat kafe tu?" Mulutnya mengomel sendiri.
"Masa sekarang ni bukan senang nak cari tempat kerja yang selesa. Nak harapkan gaji tinggi pun tak boleh juga. Aku masih belajar. Mana ada orang nak ambil aku kerja dengan syarat macam tu?" Dia mundar-mandir dibalkoni.
Apabila sudah penat berjalan, dia duduk dibangku.
"Nak bayar sewa bilik. Ish, memang takkan cukup. Sampai bila-bila aku takkan ada duit simpanan."
"Atau aku terima aje tawaran dia?" Pandangannya ditala ke langit. Malam ini langit cerah dengan dihiasi bintang didada langit. Dia suka dengan suasana malam ini.
Diatas meja, telefon pintarnya berdering. Dia menoleh ke arah deringan itu.
Nombor tidak dikenali. Atau bahasa mudahnya nombor peribadi.
Teragak-agak dia menyentuh skrin telefon.
"He...hello." Sapanya.
"Kau tak tidur lagi?" Soal si pemanggil menyerang tanpa menjawab sapaan tadi.
Jasmine berkerut. Berulang kali dia memandang nombor telefon itu. Siapa dia?
"Kenapa kau diam?" Soalnya lagi.
Oh, dia tahu gerangan si pemanggil itu.
"Belum. Macam mana Encik Jimmy tahu nombor telefon saya?" Soalnya.
Jasmine bersandar di dinding beranda.
"Dan macam mana pula kau tahu aku yang telefon kau? Kau tengah fikirkan aku ke?" Dia tersengih sendiri.
Jasmine terkebil-kebil. Hah? Macam mana dia tahu?
"Eh,ma-mana ada!" Dalihnya tergagap-gagap.
Signal ke kiri diberikan. Dia membelok ke bahagian parkir.
"Betul ke? Tapi apa salahnya kalau kau tengah fikirkan aku. Aku lagi suka." Senyumnya ditahan. Ah, dia tersipu-sipu sendiri diparkir yang sunyi itu.
"Em...Encik Jimmy dah sampai apartment?" Malas mahu melayan gurauan itu. Nanti dia juga yang ikut angau.
Tentang perasaan bukannya boleh dibuat main.
"Hm, sudah. Baru aje sampai." Butang lif ditekan.
"Aku dekat dalam lif." Jimmy membetulkan tongkatnya yang senget.
Tanpa sengaja, tongkatnya tergelincir sedikit ke tepi. Kakinya yang masih berbalut juga terpijak lantai lif.
Sakit!
"Arghh!" Dia menyeringai kesakitan.
"Encik Jimmy!" Panggil Jasmine cemas.
"Encik Jimmy! Kenapa?" Soalnya lagi.
Setelah betul keadaan posisi dirinya, Jimmy melekatkan semula telefonnya ditelinga.
"Okey, aku okey." Dia melepaskan nafas lega.
Jimmy menarik senyum.
"Kau risaukan aku ke?" Soalnya dengan sengihan.
"Ya. Kaki Encik Jimmy tu dahlah belum sembuh lagi. Kalau jadi apa-apa, susahlah nanti Encik Jimmy nak buat kerja."
Mendengarkan celoteh panjang Jasmine, hatinya bagai ada bunga api yang sedang meletup-letup.
"Kalau kau risaukan aku, esok datanglah tempat aku. Tolong jaga aku. Boleh?"
Jasmine diam. Bibir bawahnya digigit. Mulutnya ditepuk-tepuk. Itulah padahnya jika terlalu peramah.
"Err...tak boleh rasanya, Encik Jimmy. Sebab esokkan saya kerja. Tak boleh selalu keluar awal." Haih, bolehlah dengan alasan yang satu itu.
Bunga api yang sedang meletup-letup tadi mati tiba-tiba. Hanya asap yang berkepul-kepul keluar dari hatinya.
Melepas!
Kecewa!
"Oh, ya ke? Em, tak apalah kalau macam tu. Nanti kalau kau ada masa, datanglah jenguk aku."
Sedih pula ayatnya itu.
Serba-salah Jasmine dibuatnya. Macam mana sekarang?
"Okey, selamat malam. Kau tidurlah. Esok nak kerja. Nanti lewat bangun pula."
Dia menjatuhkan badannya disofa L. Penat berjalan dengan tongkat.
"Okey. Selamat malam juga, Encik Jimmy."
Talian terus diputuskan.
Jimmy memandang siling putih. Kosong.
Kemudian, dia memandang dinding. Kosong juga .
Dia memandang dinding kaca yang terlihat pemandangan malam. Indah.
Tapi tidak seindah rasa dihatinya sekarang.
Halooo! Ramadhan Kareem, darls! Have a sweet dream.
Share this novel