7

Romance Series 70889

Rambut basahnya dilap menggunakan tuala kelabu. Dia merebahkan badannya disofa. Fikirannya kembali terlayar tentang tadi.

Tanpa disedari, bibirnya melorek segaris senyuman. Tangannya masih lagi mengeringkan rambut.

Sesekali gelak kecilnya terlepas. Kepala digeleng perlahan.

“Terima kasih sebab kau hadir semula dalam hidup aku, Jasmine.” Dimatanya kini hanya ada bayangan perempuan itu.

Ya. Jasmine. Mulai hari ini hanya dia yang akan memanggil perempuan itu dengan nama Jasmine. Nama itu miliknya. Begitu juga dengan tuan empunya badan. Kedua-dua miliknya.

Ah, sudahlah Jimmy! Ini bukan masanya untuk kau angau.

Dia berdiri menuju ke ruang kerjanya. Kakinya diatur ke kerusi.

Bzz!

Satu pesanan diterima dari Brian. Pesanan itu dibaca dengan teliti.

Aku dapat tahu Drake jual kita punya design pada Ace Architecture.- Brian

Serta-merta air mukanya berubah. Tangannya kanannya dikepal geram. Bukankah design itu hasil ideanya sendiri?

Dia bingkas bangun. Sambil melangkah, dia sempat membalas pesanan Brian.

Tunggu aku dekat tempat biasa.- Jimmy

Dia melangkah menuju ke wardrobe. Sehelai jaket kulit bewarna hitam diambil. T-shirt kelabu dicapai dari gantungan. Dipadankan dengan seluar jeans. Tidak sampai lima minit, dia telah siap berpakaian.

(X:X Night Club- 11.00 pagi)

Dia melangkah masuk ke dalam kelab. Matanya melilau mencari kelibat Brian. Bingit muzik yang bergema memekakkan telinganya.

Dari jauh Brian mengangkat tangan kanannya ke arah Jimmy. Dia sedang duduk disatu meja yang tersorok dari pandangan.

Diatas meja tersedia sebotol Pol Roger dan dua biji gelas kristal. Dia melabuhkan punggungnya disofa.

“Ehem. Apa cerita siang tadi? Aku dengar ada orang tu dah jumpa dengan bidadari yang dicari selama ni.” Brian tersengih nakal. Bahu Jimmy ditepuk kasar. Cepat saja tangannya ditepis.

“S**k! Hahahaha. Such a busybody elder man.” Dia meraih botol kaca yang tersedia didepan mata. Tetapi, Brian lebih cepat menghalang gerak tangannya.

“Come! Let me do it for you, your highness! For your love life.” Brian menuang champagne ke dalam gelas. Mulutnya masih lagi dihiasi dengan gelak halus.

“Damn! Kau kalau nak perli aku tak payah. Biar aku tuang sendiri.” Dia mahu merampas botol dalam pegangan Brian. Tetapi cepat saja botol itu dibawa menjauh.

“Hahaha. So,how? Tak nak cerita dekat aku tentang perempuan kau?” Brian menyua gelas pada Jimmy.

“Cheers! For your love life.” Semakin melebar sengihannya. Dentingan gelas memecah suasana. Ditemani rancak muzik yang bergema ketika itu.

”Hmm…dia? Tsk…bolehlah.” Senyumannya masih ditahan sepeti tadi. Dia menyambung tegukannya sambil matanya melirik pada brian. Ternyata lelaki itu masih merenungnya dengan riak tidak berpuas hati.

“Hahaha. Apa?” Terlepas ketawanya dengan air muka Brian. Kelakar pula.

“Tell me the truth. Siapa dia? Orangnya macam mana? Jangan main-main dengan aku.” Tangannya sudah bersiap sedia mahu memulas telinga kiri Jimmy.

“Hahahaha. Woo! Okey…okey. Dia perempuan yang luar biasa.” Senyumannya kian meleret. Hujung jari kanannya menari dipermukaan gelas. Bibir bawahnya digigit halus.

“Luar biasa yang macam mana?” Ujar Brian semakin berminat. Gelas diletakkan ke meja. Dia menumpukan perhatiannya pada cerita Jimmy.

“Luar biasa. Yang boleh buat hati aku berubah sekelip mata bila ada dengan dia. Dia boleh buat hati aku yang panas jadi sejuk. Dia boleh ubah suasana antara kami dalam suasa yang…romantik.” Ucapnya sambil tersengih. Pandangan matanya tertala ke arah pentas. Tetapi fikirannya melayang pada perempuan yang bernama Eva Jasmine.

“Wow,wow,wow! Hahaha. Nampaknya dia memang perempuan yang luar biasa ya. Sampai buat kau tersengih sendiri. Sedangkan orangnya tak ada disini. Aku salute dengan dia.” Brian bertepuk tangan kagum. Bukan calang-calang perempuan yang mampu membuat hati Jimmy setia menanggung rindu selama 17 tahun.

“Bila nak bawa dia jumpa aku?” Keningnya terjungkit sedikit. Brian tersenyum mengejek.

“Nantilah. Bila aku dan dia dah rasmi menjadi satu.” Dia tersengih sendiri. Matanya seakan-akan bercahaya setiap kali nama perempuan itu terbit difikirannya.

“Hahahahaha. Shit! Sejak bila kau pandai cakap macam ni? Hahahaha.” Brian mengekek ketawa.

“Terpulang pada kau kalau nak gelakkan aku. Tapi, dia dah rasmi jadi milik aku sejak 17 tahun dulu.” Dia tersenyum bangga.

“Hahahahaha. God! Aku tak tahu apa dia dah buat pada kau. Oh, silap. Aku tak tahu apa kau dah buat pada dia sampai angau macam ni. Cuma satu aje aku nak pesan pada kau sebagai seorang abang dan kawan. Layan dia macam mana kau layan mendiang mummy kau. Jangan sakitkan hati dia. Hati perempuan ni lain. Ibaratnya lembut bak kapas. No. Lagi lembut dari kapas sebenarnya. Jangan sia-siakan rasa rindu kau selama ni. Kau faham ke tidak?” Ujarnya panjang lebar. Bahu Jimmy ditumbuk perlahan.

“Ya. Tahulah nanti macam mana aku nak handle dia.” Dia menarik sengih nakal.
Tiba-tiba dahinya berkerut. Jimmy memandang Brian.

“Kita datang sini bukan ke nak cerita pasal Drake?” Keningnya dimainkan.
Brian pula memandang sambil menepuk dahi.

“Oh,ya! Terlupa aku. Drake masih simpan lagi design yang kita buat sama-sama dulu.” Ujarnya kembali serius.

“Design yang mana?” Soalnya pelik.

“Design tahun 2017. Yang kita pernah pamerkan di Galerry MA. Dia bagi tahu pada client dia, idea daripada design tu adalah idea dia sendiri. Haha. F**king shit, huh! Dia tu memang nak kena. Aku dapat tahu tentang ni pun sebab client dia yang call aku siang tadi. Sebab dia kata dia pernah nampak design yang Drake bawa pada dia.” Minumannya diteguk kasar.

“Tak apa. Kita tengok dulu sejauh mana dia curi semua hasil air tangan aku. Orang bodoh memang suka cari perhatian orang lain.” Jimmy tersengih sinis.

“Hei! Kau…tsk! Kau takkan nak biarkan dia buat kerja bodoh tu lagi? Sampai bila kau nak biarkan dia curi semua idea kau? Memang betul, setiap design tu kita bertiga pernah buat sama-sama. Tapi, idea tu datangnya dari kau. Bukan dia! Kalau bukan sebab idea kau, aku tak rasa design tu akan dipamerkan dekat galeri selama dua tahun berturut-turut. Ugh!” Cukuplah. Dia sendiri sudah tidak tahan dengan sikap tamak Drake.

Sudahlah membelot. Bekerja dengan musuh J Architecture. Sekarang ini timbul pula masalah sampah. Macam budak-budak perangainya.

“Kau relax aje. Aku masih okey lagi. Selagi ada bidadari aku dekat sini, rasanya semua masalah takkan menjadi masalah lagi. Kau faham tak apa yang kau cakap?” Jimmy tergelak sendiri.

“Hahahaha. Tak faham langsung! Orang kalau sudah angau, cakap pun mengarut. Malas aku nak layan kau!” Dia menyambung lagi tegukkannya. Kepalanya digeleng kecil sambil tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience