(X:X Night Club- 1.30 pagi)
Jimmy duduk ditempat biasa iaitu dimeja bar. Dia bersendirian lagi malam itu. Hatinya benar-benar sesak.
Sejak kejadian siang tadi dimana dia melihat gambar perempuan itu, fikirannya terus melayang pada gadis kecil yang pernah memberinya coklat dan sapu tangan biru.
Dia meraup kasar mukanya. Bibirnya dikemam rapat. Siaplah nanti perempuan itu jika dia muncul dihadapannya.
Selama 17 tahun itu dia menahan rasa sendiri. Seksa menanggung rindu pada manusia yang dia sendiri tidak kenal namanya.
Wine diteguk rakus. Tangannya menggenggam gelas sehingga menimbulkan urat-urat ditangannya.
Marah? Tidak. Dia tidak pernah marah pada perempuan itu. dia cuma…. Ah! Sial betul! Sial itu sepatutnya ditujukan pada dirinya. Dia sebagai lelaki yang terlalu kebelakang dalam meraih hati perempuan. Entah mengapa perempuan yang tidak diketahui asal-usulnya menjadi igauan siang dan malamnya. Selama 30 tahun hayatnya, masih belum ada lagi mana-mana perempuan yang mampu merampas hatinya. Melainkan perempuan itu.
“Arghhh! Aku rindu kau. Aku…rindu….” Bahunya terhinjut-hinjut. Esakannya tidak kedengaran dek kerana rancaknya muzik yang sedang bergema.
Sekali lagi, dia meneguk wine. Sambil matanya terpejam. Rasanya sudah cukup dia menahan hatinya. Tiba masanya perempuan itu mesti dimilikinya.
Telefon diatas meja bar dicapai. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah. Air mata yang mengalir diseka dengan ibu jarinya.
Nombor Meena Nelson didail.
Tut, tut!
Tidak sampai dua saat panggilannya dijawab.
“Meena. Aku nak maklumat tentang perempuan tu esok.”
Batang hidungnya diurut perlahan. Sakit dibahagian mata mula menyerang.
“Hei, kau hilang akal ke apa? Siang tadi kau baru suruh aku cari. Takkanlah malam ni kau dah expect aku ada semua tentang perempuan tu. Yang kau beria sangat nak cari client aku tu kenapa?” Soal Meena Nelson tidak berpuas hati. Sudahlah mengganggu waktu rehatnya. Kemudian, ada hati mahu memarahinya hanya kerana seorang perempuan.
“Aku tak kira. Lusa aku nak semua maklumat dia. Aku ulang sekali lagi. Semua! Termasuk hobi, makanan kegemaran, kekasih hati, pekerjaan dia…jangan ada yang tertinggal walau satu huruf dalam maklumat tu nanti.” Tengkuknya diusap. Meredakan emosinya yang semakin panas.
“Hahaha. Kau, Jimmy. Memang gila! Tak perlu ulang banyak kali tentang tu. Aku tahu uruskan kerja aku. Kau cuma tunggu saja.” Dari hujung sana dia ketawa sinis. Mengenangkan kelakuan tidak masuk akal lelaki itu.
“Aku sanggup bayar lebih.” Sambungnya lagi sambil mengatur nafasnya. Ya. Dia memang gila. Hanya kerana seorang perempuan dia boleh berubah laku.
“Come on. Ini bukan soal bayaran. Sekarang ni aku cuma nak tahu kenapa kau beria-ia suruh aku cari maklumat tentang client aku tu? Huh…Jimmy. Kalau kau ada masalah, kau boleh cerita pada aku. Kita kenal dah lama. Semua sikap kau aku dah kenal. Okey…sekarang boleh bagi tahu aku?” Meena Nelson merendahkan intonasi suaranya. Dia tidak mahu lelaki itu semakin tertekan. Hanya dengan mendengar permintaannya tadi saja dia sudah tahu.
“…” Seketika itu Jimmy mendiamkan diri. Hanya deru nafasnya yang menghiasi corong telefon.
Dia bangun meninggalkan meja bar. Mengatur langkah perlahan menuju ke luar. Disatu sudut yang sedikit tersorok dari pandangan manusia dan terdapat deretan pokok perhiasan separas dada, dia melabuhkan punggungnya dilantai. Dia memeluk lutut. Disitu sunyi. dia mahu fikirannya tenang sekejap.
Tubir matanya terasa panas. Cepat saja dia mengerdipkan matanya beberapa kali.
“Jimmy. Tak apalah kalau kau tak boleh cerita pada aku. Tapi nanti bila kau dah okey, ceritalah. Aku sentiasa ada untuk kau. Apa guna ada kawan, kan?” Terbit satu keluhan kecil dari bibirnya.
“Meen.” Jimmy mula bersuara. Bibirnya bergetar menahan esak. Air liur ditelan pahit. Air matanya mengalir laju tanpa diarah.
“Nangislah. Jangan pendam sendiri. Aku boleh jadi telinga untuk kau.” Lembut suaranya meniti dirongga pendengaran Jimmy.
Dia semakin teresak menghamburkan mutiara jernihnya.
“Kau…kau tahu berapa lama…aku pendam rasa rindu aku pada dia. Kau…kau pernah rasa macam mana….rindu pada orang yang…yang kau tak kenal. Tak kenal langsung!” Dia menarik nafas dalam. Air matanya diseka dengan tapak tangan. Hanya sisa sedunya saja yang meniti dibibir.
“Aku…aku tak tahu…aku tak tahu siapa dia. Aku tak tahu…nama dia. Aku… baru jumpa dia sekali. Kau tahu…dekat mana aku jumpa dia?” Dia menggigit bibir. Ah, bodoh betul perasaannya sekarang! Hidungnya semakin kemerahan. Matanya juga semakin sembab.
“Hm, dekat mana?” Meena Nelson tenang melayani luahan lelaki itu. Walaupun, ketika itu mereka berdua jauh beribu batu.
“Rumah kubur. Masa upacara pengebumian mummy dan daddy aku. Kau tahu apa yang kelakarnya?” Dia menelan air liur. Ibarat menelan butir-butir pasir.
“Dia…dia bagi aku coklat dengan sapu tangan biru. Dia datang dekat aku…masa aku menangis. Ha ha.” Jimmy melepaskan gelak hambar. Dia tersenyum kelat mengenangkan peristiwa itu.
“Syyy! Okey. Jimmy. Huh…sekarang ni aku nak kau bertenang. Aku akan tolong kau. Percaya pada aku. Satu hari nanti, kalau betul dia untuk kau…dia mesti datang sendiri. Okey?” Dia melepaskan nafas berat. Dia tidak pernah jatuh cinta.
Ya. Meena Nelson belum pernah bercinta dengan mana-mana lelaki yang ada didunia. Dia terlalu sibuk dengan kerjayanya. Bolehkah jika dia katakana bahawa jatuh cinta itu sesuatu yang menyakitkan? Maaflah jika dia tersalah tafsir.
“Em.” Sepatah saja jawapannya.
“Sekarang kau dekat mana?” Soalnya kembali.
“Kelab Brian. Tapi aku lepak seorang. Malas nak kacau Brian.” Jimmy berdiri membetulkan bajunya. Emosinya yang terganggu tadi telah reda sedikit.
“Hm. Baliklah. Pergi berehat. Jangan banyak sangat fikir pasal dia. Okey, aku tidur dulu.” Tuturnya lembut. Dia tidak mahu lelaki itu terus-terusan melayan perasaannya.
“Hm. Kau tidurlah. Tahulah nanti aku nak balik.” Dia memandang ke langit. Malam itu mendung. Langit kelam. Tiada cahaya bulan. Bintang-bintang juga dilitupi awan tebal. Mungkinkah mereka juga menyebelahi dirinya ketika ini? Dia mengeluh berat.
Talian ditamatkan. Telefon digenggam kemas ditangan kanan.
“Kalau betul kau punya rasa yang sama pada aku, datanglah. Cari aku dekat sini.” Dia berbisik pada sang awan. Bagaikan mahu menyampaikan pesanan hati padanya.
Kakinya melangkah memasuki ke kelab. Bingit muzik menerjah telinganya.
“Ken. Bagi aku macam biasa. Tiga.” Dia mengangkat tangan kanan apabila kelibat Ken lalu dihadapannya.
“Alright. Kejap aku ambilkan.” Ken meletakkan gelas yang sedang dilap tadi ke atas meja. Dia mengatur langkah menuju ke stor penyimpanan.
Sementara itu, Jimmy memandang sepi ke arah pemain gitar yang sedang duduk dibangku tinggi.
Muzik berubah rentak. Kini rentak yang lebih perlahan dan romantik memenuhi ruang kelab malam itu.
Tidak lama kemudian, Ken datang bersama tiga botol Chateau Margaux 1787 ditangan. Botol kaca itu disorong pada Jimmy.
“Thanks.” Dia menyambut huluran Ken. Cecair itu dituang 1/3 ke dalam gelas tinggi. Kemudian, gelas digoyangkan ke kanan mengikut putaran jam. Setelah itu, barulah cairan itu masuk ke dalam mulutnya.
Halkumnya bergerak perlahan. Dia mengetap bibir. Dia mahu mengosongkan fikirannya malam itu.
Tanpa ragu-ragu, dia mengambil botol tinggi itu dibawa dekat dengannya. Gelas ditolak ke sisi kiri.
Dia memegang botol sambil menggoyangkan dengan putaran yang sama. Iaitu mengikut putaran jam. Perlahan saja pergerakannya. Urat-urat yang menimbul ditangan menyerlahkan lagi ketampanannya. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar. Manakala, kaki turut disilangkan.
Botol itu dibawa merapati bibir. Tegukan pertama. Seterusnya, diikuti dengan tegukan yang kedua. Tidak sampai sesaat, tegukan ketiga pula menyusul Begitulah seterusnya. Dalam masa 30 minit, ketiga-tiga botol itu habis diteguknya.
Semakin lama kepalanya semakin memberat. Pandangan matanya juga mula kabur dan berpinar-pinar. Dia memicit kelopak matanya.
“Ugh! Uwerkk!!” Habis saja tegukannya sebotol. Dia bangun. Segera mulutnya ditutup dengan tapak tangan.
Dia bergegas ke tandas. Disinki itu dia memuntahkan segala-galanya. Baik cecair tadi mahupun perasaannya.
Mulut dikumur beberapa kali. Dia mencapai tisu. Mulutnya yang basah tadi dilap perlahan. Setelah selesai, dia menapak keluar meninggalkan kelab.
Poket seluar diseluk untuk mengambil kunci kereta. Baru saja dia mahu melangkah ke keretanya, matanya menangkap seseorang yang dikenalinya.
Dia tersengih sendiri. Perempuan itu sedang berjalan melintasinya. Penampilannya tengah malam itu hanya mengenakan dress biru separas lutut. Diluarnya disarungkan cardigan lace berona warna yang sama. Cantik. Mungkin baru habis waktu bekerjanya dikafe. Atau mungkin juga dia baru habis kerja ditempat lain.
Dia melangkah mendekati perempuan itu dari belakang.
“Hai, sayang.” Dalam keadaan yang mabuk dia menyapa manusia itu dengan sengihan yang melebar. Dia cuba mengawal pergerakan badannya yang tidak seimbang.
Dia menoleh ke belakang. Reaksinya sedikit terkejut. Dia terpempan.
‘Apa lelaki ini buat disini?’
“Sayang dari mana? Hm?” Dia merangkul tubuh kecil itu ke dalam pelukannya.
“Huh??” Membuntang matanya dengan kelakuan tiba-tiba Jimmy.
“Encik! Ish! Tolong jangan biadab boleh tak?!” Perempuan yang dimaksudkan adalah Eva. Ya. Perempuan yang baru dijumpainya beberapa hari lepas dikafe.
“Emm…no. Kau tahu aku rindu kau?” Rangkulannya semakin erat. Dia menarik tubuh itu ke tempat yang sedikit terlindung dan gelap.
Hanya angin dingin saja yang menemani mereka ketika itu.
“Hey! Kau…kau ni gila ke?!” Intonasinya memetir. Seperti guruh yang berdentum dilangit. Mahu saja dia menampar pipi lelaki itu. Dasar kurang ajar!
“Syyy! Kenapa bising sangat ni? Hm?” Jimmy menyelak rambut yang jatuh dipipi Eva.
Kemudian, diselit ke telinga. Bibirnya melorek sengihan. Sakit dikepala juga seakan tidak mahu mengalah. Malah semakin berdenyut-denyut. Itulah, siapa suruh minum sehingga tiga botol sekali gus?
“Tolonglah! Lepas! Gilaaa!” Eva menjerit sekuat hatinya. Geram! Benci! Dia mula benci lelaki itu. Dia benci lelaki bernama Jimmy!
“Syyy! Diamlah, perempuan!” Semakin geram hatinya melihat perempuan itu. Dia menggigit bibir bawahnya.
Air mata mula menitis dipipi Eva. Matanya dipejam rapat saat muka Jimmy semakin menghampirinya. Desah nafas lelaki itu juga turut dirasainya. Badannya menggigil ketakutan. Kakinya mula longlai. Bila-bila masa saja dia boleh rebah ke jalan tar itu.
Jimmy diam tanpa suara. Tangannya mula menjalar pada batang leher eva. Kini leher putih itu terdedah dihadapan matanya. Wangian yang terdapat pada leher Eva membuatkan perasaannya semakin menggila. Aturan nafasnya bertukar rentak.
Esakan mula kedengaran. Jimmy menjatuhkan pandangannya pada raut lembut itu. perlahan ibu jarinya menyeka air hangat yang sedang mengalir. Melihatkan perempuan itu, hatinya berubah menjadi sayu. Dia sendiri tidak tahu. Setiap kali melihat perempuan itu, hatinya seakan dihiris-hiris.
“Syyy! Aku…aku minta maaf.” Rambut Eva dibelai lembut. Matanya dipejam sesaat. Menghilangkan rasa bersalahnya pada perempuan itu.
“Aku minta maaf.” Sekali lagi kata maaf masih tidak lekang dari bibirnya. Kemudian, dia merapati pipi Eva.
Satu ciuman hangat hinggap dipipi kirinya. Lama ciuman itu diberikan. Ciumannya beralih ke dahi pula. Sama seperti tadi. Ciumannya lama. Entah mengapa mudah benar ciumannya diberikan pada perempuan itu. Sedangkan, dia baru saja mengenali Eva.
Dia melarikan hangat nafasnya pada leher mulus itu. Air liurnya ditelan.
Permukaan bibirnya mula bermain pada kulit leher eva. Dia suka wangian yang dipakai perempuan itu. Membuatkan dia mahu terus mendekati perempuan itu.
Atau lebih tepat lagi dia mahukan perempuan itu.
Satu gigitan kecil melekat pada lehernya. Diiikuti pula dengan gigitan yang kedua. Lama jimmy berkeadaan seperti itu. Malah, tubuh kecil Eva ditarik semakin merapati dirinya. Gigitannya beralih pula pada leher kiri.
Eva memejamkan matanya. Mahu gugur jantungnya dengan apa yang dirasainya sekarang. Satu perasaan….yang…entahlah! Mungkin rasa pelik dengan perasaan yang satu itu. Kedua-dua tangannya turut menggenggam baju Jimmy. Bibir bawahnya digigit lembut.
“Kau tahu? Setiap kali aku pandang kau…aku nak kau jadi milik aku.” Tangan kanannya memegang pipi lembut Eva. Ibu jarinya mengusap pipi itu. Manakala, tangan kirinya masih lagi merangkul kemas tubuh kecil itu. Sehingga terasa bahang tubuh mereka bersama.
Pandangan matanya redup. Sehingga eva sendiri tidak mampu melarikan pandangannya. Seperti ada tarikan magnet yang membuat dirinya terus mahu menatap lelaki itu. Bermula dari matanya. Kemudian, jatuh pada batang hidung Jimmy.
Tangan kanannya mula bermain dikulit muka Jimmy. Jari telunjuknya menari pada pipi itu. Kemudian, dilarikan pula pada permukaan bibirnya. Eva mengusap perlahan bibir itu.
Tanpa disedari, tangan kanan Jimmy mula merayap dikulit pehanya. Pandangannya masih lagi memukau eva. Dia mahu peremuan itu hanyut dalam dunianya. Secara jujurnya, hatinya mula terpaut pada kelembutan Eva. Ada sesuatu pada perempuan itu yang dia sendiri tidak tahu.
Semakin lama pergerakan tangannya menyentuh pangkal pehanya. Dalam masa yang sama, dia mula mencumbui perempuan itu. Ciuman diselangi gigitan kecil hinggap pada lehernya.
Jilatan hangat mula membasahi lehernya. Sehingga prempuan itu mula mendesah. Aturan nafasnya juga tidak teratur seperti tadi.
“Aku suka…bau kau.” Jimmy berbisik ditelinga Eva. Kemudian, dia mecium semahunya telinga itu. Dihisap dan digigit berkali-kali.
Dia suka mendengar nafas perempuan itu ditelinganya. Dia suka apabila perempuan itu mula memandangnya dengan sebuah pandangan lembut. Dia mula sukakan Eva. Segala-galanya tentang perempuan itu membuatkan jiwanya gila. Ya. Gila seperti sekarang. Dia mahu lebih daripada perempuan itu.
Dia mahu perempuan itu jadi miliknya seorang. Dia mahu perempuan itu memandangnya seorang. Dia tidak mahu ada orang lain yang mengambil perempuan itu darinya. Ah, gila! Kau gila Jimmy! Apakah mungkin perasaanya itu hanya kerana dia sedang mabuk?
“Aku nak kau jadi milik aku. Aku tak nak orang lain sentuh kau melainkan aku. Aku tak nak orang lain pandang kau melainkan aku.” Dagu Eva dipegang lembut. Ketinggiannya hanya separas dada lelaki itu. Membuatkan dia terdongak memandang Jimmy.
“Ha??” Dia terkelu dengan ucapan lelaki. Keningnya bertaut sama. Dia mula menghadam setiap bait yang keluar dari mulut Jimmy. Mungkin lelaki yang berada dihadapannya itu dibawah pengaruh sedar. Mungkin juga. Manalah dia tahu.
Share this novel