Ah, tak boleh jadi!
Jika dibiarkan perasaannya hanyut dalam kelam malam, boleh jadi dia tidak boleh lena malam ini.
Dia turun dari bangku dengan berhati-hati.
Irama dari piring hitam yang sedang memainkan lagu 'A Evaristo Carriego' dibiarkan berdendang.
Jaket tebal disarung ke badan.
Jam menunjukkan angka 1.30 pagi.
Dia bergegas ke pintu dengan tongkatnya.
Setibanya diparkir, dia memboloskan badan ke dalam perut kereta.
Tidak sabar dia mahu bertemu empat mata lagi dengan perempuan itu.
Yang dia tahu hanya perasaan ingin bersama dengan si dia.
Tidak diendahkan dengan kepekatan malam.
Pedal minyak ditekan. Kereta mula menderum laju membelah jalan raya.
Nafasnya diatur tenang. Walaupun dalam hatinya tidak pernah tenang jika nama Jasmine yang terbit.
Ah, dia memang sudah tidak waras.
Entahkan orang yang di sana sudah lena diulit mimpi atau belum. Main terjah saja.
Setelah memandu selama 15 minit dengan kelajuan 210 km/j, dia selamat tiba dikawasan parkir apartment.
Berdecit tayar apabila brek tangan ditarik secara mengejut.
Dia keluar dari kereta. Yang dia tahu,dia harus bertemu dengan Jasmine secepat yang mungkin.
Rindunya sudah menggunung!
Sedangkan seharian tadi dia bersama Jasmine.
Butang lif ditekan.
Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka. Dia melangkah ke rumah Jasmine.
Sesampainya didepan pintu pagar itu, dia menekan loceng.
Ding dong! Ding dong!
Pintu masih belum dibuka.
Dia sedikit termengah-mengah dek menahan nafas.
Sakit dikaki kian terasa. Dia membetulkan posisi berdiri dengan tongkat sebelahnya.
Ding dong! Ding dong!
Disebabkan lama sangat menunggu, dia bersandar pada dinding. Merenung jauh bintang didada langit.
Jika pintu itu tidak dibuka, maka dia harus bermalam dikoridor itu nampaknya.
Klik!
Tombol pintu dipulas dari dalam. Jimmy beralih dari sandarannya. Dia berdiri menghadap muka pintu.
Terjengul muka Jasmine dibalik pintu. Dia terpempan seketika dengan kemunculannya.
Jimmy menarik sengih lebar menampakkan barisan giginya.
"Hai." Ucapnya riang. Lagaknya seperti biasa. Sedangkan dia sudah menganggu waktu tidur orang lain.
"Encik Jimmy?" Terkebil-kebil Jasmine. Dia membuka pintu grill.
"Ke...kenapa datang sini?" Soalnya lagi.
"Aku tak boleh tidur. Sebab itu aku datang sini." Dia tersengih lagi persis si otak tiga suku.
"Habis itu, kalau tak boleh tidur kenapa datang sini? Kenapa tak tidur saja dirumah?"
"Sebab kau tak ada dekat rumah aku. Jadi, aku tak boleh tidur. Sekarang, kau ada dekat sini. Depan mata aku. Jadi, aku nak tidur sini." Jari telunjuknya juga gigih menunjuk ke lantai.
"God! Pergilah balik Encik Jimmy. Jangan bergurau boleh tak. Saya mengantuk. Pergilah tidur dekat rumah Encik Jimmy. Tsk!"
Jimmy menggeleng dan mencebik.
"Tak nak. Aku nak tidur dekat sini juga. Kalau aku balik, sama saja bukannya aku dapat tidur pun. Okey, senang saja sekarang ni, kau mengantuk dan aku pun mengantuk. Jadi, apa kata kita masuk dan tidur. Okey?" Dia pula yang memberi idea mengalahkan tuan rumah.
"Tak boleh. Inikan rumah perempuan. Mana boleh lelaki tidur serumah dengan perempuan. Tak manis dan saya tak suka. Apatah lagi kalau jiran-jiran buka mulut nanti. Baliklah, ya Encik Jimmy. Saya pun malas nak bertekak dah lewat malam ni."
"Kalau jiran kau nak mengata, biarlah. Dia orang pun ada mulut. Kita takkan boleh tutup mulut orang. Jadi, sekarang ni bagi aku tumpang tidur dekat rumah kau, ya." Dia masih cucuk jarum dengan tuan rumah
"Tak boleh!" Seboleh-boleh dia mendepang tangan dimuka pintu.
"Bolehlah, Jasmine. Kau tak kesian ke dekat aku. Kaki aku masih sakit lagi. Sampai hati kau halau aku. Sudahlah jauh nak datang rumah kau. Aku memandu macam orang gila tadi semata-mata nak jumpa kau. Kalau kau nak aku balik, aku boleh balik."
Dia berpusing membelakangi Jasmine. Sudah berkira-kira mahu membuka langkah pergi dari situ.
"Tapi...kalau kaki aku makin melarat sakitnya, bernanah atau terseliuh lagi, kau yang kena bertanggung jawab tahu?" Riak sendu sengaja dipamerkan.
Masih mengharap belas ihsan si tuan rumah.
Jasmine teragak-agak. Masalah jiran-jiran satu hal, masalah dengan Jimmy lain pula halnya.
Sentiasa bermasalah rasanya.
Dengan berat hati, dia menolak pintu grill.
"Masuklah." Dia mengeluh berat.
Jimmy menarik sengih lebar. Riangnya rasa hati seperti mahu gigit pintu grill disebelahnya.
Perlahan-lahan dia menopang tongkat masuk ke dalam.
Suasana malap dari lampu chandeliar membuatkan ruang kecil itu tampak elegan. Banyak pula duit dia beli lampu cantik itu.
"Aku minta maaf sebab ganggu waktu tidur kau." Dia memandang Jasmine yang sedang berpeluk tubuh dan berdiri jauh darinya.
"Em." Jasmine membalas dengan senyuman tawar. Tidak selesa betul bila berdua-duaan dekat rumah sendiri. Sudahlah lampu malap. Romantik sungguh suasananya.
"Encik Jimmy kata nak tumpang tidur dekat sini. Tapi dekat sini cuma ada dua bilik saja. Bilik saya dengan bilik stor." Serba salah dia memberitahu. Ah, lagi pula 'orang' itu yang beria menerjah ke rumahnya waktu malam begini.
"Tak kan Encik Jimmy nak tidur dalam stor?"
"Bilik kau dekat mana?" Soalnya sambil meliar memandang ruang tamu.
"Sebelah ruah tamu." Aneh. Tiba-tiba mahu tahu tentang biliknya.
Jimmy turut mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjuk. Oh, disitu. Hujung bibirnya terjungkit naik. Dia menarik senyum nakal. Tanpa menunggu keizinan dari tuan rumah, dia terus menuju ke bilik tidur Jasmine. Menonong sahaja tanpa menghiraukan jengilan si tuan rumah.
Pintu kayu putih ditolak perlahan. Aduhai, semerbak bau wangian biliknya. Baunya persis seladang tanaman lavendar di Berlin.
"Eh? Encik Jimmy! Tsk! Dia ni suka hati aje masuk bilik aku!" Dia menggumam sambil mengejar Jimmy.
Bilik dengan cahaya malap direnung sekilas. Wangi, bersih, cantik walaupun tiada hiasan yang sarat dalam biliknya. Jimmy melorek senyum. Mungkin berpuas hati dengan keperibadian perempuannya.
"Wangi. Aku suka." Ujarnya sambil duduk dibirai katil.
"Encik Jimmy tak boleh masuk bilik saya. Ini kan bilik orang perempuan. Kalau Encik Jimmy nak tidur sini, biar saya yang tidur dekat sofa luar." Dia cuba mengalah tetapi bukan menyerah.
Tongkat disandarkan ke dinding. Biarlah perempuan itu mahu bercakap sendirian. Dia tidak peduli. Yang penting sekarang ini Jasmine sudah ada didepan matanya.
"Perempuan yang kau maksudkan tu adalah perempuan aku. Jadi, rasanya tak ada masalah, kan?" Dia rebah ke tilam. Kedua-dua tangannya didepangkan.
"Sinilah." Ajaknya sambil menepuk permukaan tilam. Lagaknya seperti dialah tuan rumah.
Jasmine menggeleng laju. Jika mendiang orang tuanya masih hidup, sudah tentu telinganya dipulas kuat. Berani membawa masuk lelaki ke rumah. Ibarat mengundang malapetaka.
Apabila sedar ajakannya tidak bersambut, Jimmy bingkas duduk. Dia merenung Jasmine semahunya. Buat beberapa detik suasana bilik menjadi sepi.
Raut wajah comel itu ditatap lama. Sungguh dia minat dengan aura manis Jasmine. Marah macam mana pun dia, tetap lembut tutur katanya. Itu perkara biasa rasanya jika mabuk dilamun cinta. Yang pahit boleh menjadi manis, yang buruk boleh menjadi cantik.
"Encik Jimmy tidurlah dekat sini. Biar saya tidur dekat ruang tamu. Lagi pun, kaki Encik Jimmy masih belum sembuh. Kalau tidur dekat sofa nanti makin tak selesa pula." Tengok, baru dikata. Marah macam mana pun dia, dia yang akan berundur dulu.
"Jangan. Apa kata kita berdua tidur dalam bilik ni. Aku pun tak nak badan kau sakit-sakit kalau tidur dekat sofa tu."
Tidur sebilik? Jangan mengarutlah!
"Eh, tak apa. Saya lebih rela tidur dekat sofa daripada kita tidur berdua dalam bilik ni." Dia ketawa janggal.
"Kenapa tak nak? Rugilah kau tak nak tidur dengan aku. Bukan senang aku nak tawar-menawar macam ni. Atau...kau takut aku..." Tubuh Jasmine dipandang nakal dari atas ke bawah. Terbit sengihan dihujung bibirnya.
Serta-merta Jasmine berpeluk tubuh menutupi bahagian dadanya.
"Tak. Saya tak takut pun. Saya tahu Encik Jimmy menghormati saya."
"Yakinnya. Kau bukan tahu pun apa yang tengah aku fikirkan dalam kepala aku sekarang ni." Sengaja dia mahu mencucuk fikiran Jasmine.
"Terpulang pada encik nak fikirkan tentang apa. Itu hak encik. Siapalah saya nak ambil tahu."
Comforter baru diambil dalam almari. Kemudian, dia meletakkannya diatas tilam.
"Jasmine." Dia memegang kejap lengan Jasmine. Ada perkara yang perlu diberitahu padanya. Sebenarnya sudah lama dia memendam hasrat yang satu ini.
"Hm." Jawabnya malas.
"Aku lapar." Sengaja dia menagih riak simpati.
Melongo Jasmine. Panggil namanya bukan mqin serius, tetapi mahu memberitahu lapar semata-mata?
"Hah? Tadi dekat rumah kenapa tak makan? Ni dah lewat malamlah. Mana ada makanan untuk dimakan." Suaranya sengaja ditekan. Tertekan sama dengan jiwanya.
"Lupa. Sebab aku tak sabar nak jumpa kau." Dia tersengih menayang barisan giginya. Tanpa rasa segan silu.
Malas mahu melayan kerenah otak tiga suku Jimmy, dia terus berlalu keluar.
Terkocoh-kocoh Jimmy mengekori langkah Jasmine ke dapur.
Dia terbongkok-bongkok menggeledah harta karun yan tersisa didalam almari menyimpan makanan kering.
Sementara dibelakang, Jimmy sedang mengekek-kekek menahan tawa. Geli hati sangat gayanya.
"Teruknya. Kau cari apa dalam tu? Serupa tikus aku tengok. Haha." Geli hati pula dia.
Sudahnya dia mendapat jelingan tajam dari Jasmine yang sedang bersusah-payah menyediakan makanan untuknya.
Hai, malam ni Jimmy muncul lagi.
Share this novel