5

Romance Series 70889

Jimmy duduk bersandar dikerusi. Pen diletak atas meja. Satu keluhan kecil meniti diibibirnya.

Dia bangun dari duduknya. Dari tadi fikirannya melayang. Kesudahannya, kerja yang dilakukan tidak sesempurna seperti sebelumnya.

Dia melangkah mendekati dinding kaca. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Matanya meliar memandang bangunan-bangunan pencakar langit. Kota Tokyo tidak pernah tidur. Siang dan malam Bandar itu tidak pernah sepi. Masih sama suasananya.

Tetapi berbeza dengannya. Dia dapat merasakan perubahan dalam dirinya. Mungkin dia terlalu kerap memikirkan tentang perempuan itu.

“We will meet soon.” Dia berbisik sendiri. Dia merenung langit. Andai matahari boleh menghantar rasa rindunya pada perempuan itu, hantarlah pada dia.

Tubir mata yang terasa panas, diseka dengan ibu jari. Nafas ditarik dalam.

Telefon yang berada diatas meja diambil. Nombor Meena Nelson didail.

Tidak sampai satu deringan, panggilannya dijawab.
“Hello.” Meena Nelson menyapa terlebih dahulu.

“Meen. Macam mana?” Dia menyoal dengan penuh mengharap.

“Kau…Hahaha. Chill, okey. Kan aku dah bagi tahu, aku akan tolong kau. Aku baru siap e-mail pada kau. Kau boleh tengok dulu. Aku ada hantar sekali gambar anak perempuan dia. Yang terbaru. Itupun dua tahun lepas. Dari apa yang aku tahu, sekarang anak dia sambung belajar di Jepun. Dah dua tahun dia menetap disana sejak kematian orang tuanya.” Terangnya panjang lebar.

Jimmy mengerutkan dahi.

“Jepun? Maksudnya…dia…dia ada dekat sini?” Dia menarik nafas dalam. Serta-merta detak jantungnya berentak laju. Bibirnya turut melakar senyuman.
Air matanya mula bergenang. Tetapi cepat saja dikawal. Semuanya disebabkan perempuan itu jiwanya terus berubah laku.

“Absolutely! Jadi, lepas ni aku akan hantar orang-orang aku untuk bekerja dengan kau. Nanti bolehlah kau arahkan mereka untuk cari perempuan yang buat siang dan malam kau macam orang gila.” Dari hujung talian, Meena Nelson tersengih nakal.

“Damn! Kau jangan nak perli aku sangatlah. Anyway, thank you again Meen. Terima kasih sebab sudi tolong aku. Terima kasih banyak.” Ujarnya bersungguh-sungguh.

Lantas, telefon dicampak ke meja. Dia duduk menghadap komputernya. Detak jantungnya usah dikata.

Dadanya sesak. Tubir matanya bertakung dengan air jernih. Beberapa kali nafas ditarik dan dihembus perlahan.

Tangannya terketar-ketar menekan tetikus. Matanya sejak tadi tidak lari dari skrin komputer.

Satu fail yang tertulis ‘Perempuan Jimmy’ menarik perhatiannya. Dia tersengih sendiri. Ah, perempuan tua itu suka benar mengusiknya.

Ada puluhan gambar yang terkandung didalam fail itu. Satu-persatu gambar dilihat.

Jika sebelum ini, raut perempuan itu tidak berapa jelas. Hanya sisi kirinya saja yang jelas pada pandangannya.

Didepannya terpapar gambar pertama. Gambar dimana seorang lelaki separuh usia sedang keluar dari sebuah kereta mewah bewarna putih. Dia diiringgi seorang pengawal peribadi. Mungkin inilah klien pertama Meena Nelson.
Merangkap ayah kepada perempuan yang bakal menjadi miliknya. Oh, tidak! Perempuan itu sudah lama menjadi miliknya sejak 17 tahun lalu. Tamak? Ya, dia mahukan perempuan itu. Dia tampak tenang didalam gambar itu dengan secalit senyuman yang menghiasi bibir tuanya.

Dia beralih pula pada gambar yang kedua. Gambar lelaki itu dirumah kubur.
Dihadapannya ada sebuah pusara yang tertera sekeping gambar seorang wanita. Mungkin itu adalah pusara isterinya.

Gambar ketiga terlayar diruang matanya. Jantungnya bagai terhenti seketika. Seorang gadis berambut perang sedang memegang setangkai ros putih.

Dia!

Dia…gadis yang dijumpainya 17 tahun lalu. Hujung bibirnya menarik senyuman. Butir-butir jernih yang membasahi pipi diseka cepat. Dia menelan liur.

“Finally, I got you! I got you, dear! Hahahaha.” Mahu saja dia melompat ketika itu. Gembira bukan kepalang.

Lama gambar itu dipandang. Hujung jari telunjuknya diarahkan ke skrin komputer. Jarinya mula menyentuh bahagian pipi gadis itu. Bibirnya tersengih-sengih dari tadi.

Kemudian, dia beralih pada gambar yang seterusnya. Tiba pada gambar yang ketujuh, keningnya bercantum.

Terbit kerutan didahinya. Dia yakin pandangannya tidak salah. Berkali-kali matanya digosok. Air liurnya juga ditelan payah.

Raut itu…mirip seseorang yang dikenalinya. Bibir bawah digigit. Tidak. Tidak mungkin dia orang yang sama.

Kedua-dua tangannya meraup muka. Dia bersandar dikerusi. Dia memerlukan oksigen yang secukupnya. Aturan nafas diatur kembali. Matanya dipejam untuk beberapa saat. Kemudian, dia membuka mata semula.

Dia kembali focus pada gambar seterusnya. Masih lagi orang yang sama. Masih lagi muka yang sama. Masih lagi senyuman yang sama menghiasi bibirnya.

Dia membuka pula dokumen peribadi yang terisi tentang perempuan itu. Satu-persatu perkataan dibaca dengan betul. Tidak mahu dia bermimpi disiang hari. Tidak mahu dia kecewa lagi.

Dia membaca sebaris nama yang tertera.

“Eva…Jasmine.” Matanya terkebili-kebil memandang skrin komputer. Nama itu…

“E…Eva Jasmine?” Dia memproses semula ingatannya. Ya. Mukanya sama!
Ah, mungkin kembarnya?

Sekali lagi, maklumat tentangnya diteliti. Tiada pula mengatakan bahawa perempuan itu mempunyai saudara lain. Dia hanya anak tunggal pada Tuan Damien Lee.

Belakang lehernya diusap perlahan. Jadi, selama ini orang yang dicarinya ada didepan mata?

“E…va?” Air liurnya ditelan kasar. Matanya panas tiba-tiba. Dia seolah-olah tidak percaya tentang apa yang dibacanya tadi.

“God! Thank, god! Thank you so much!” Dia bangun dari duduknya. Hatinya meronta-ronta mahu berjumpa dengannya.

Telefon dicapai. Dia bergegas keluar dari ruang pejabatnya. Nombor Brian didail.

“He..hello. Brian. Aku…aku dah jumpa dia! Haha. Aku..dah jumpa dia!” Belum sempat Brian mengeluarkan suara, talian dimatikan.

Butir-butir jernih mula membasahi pipinya. Dia menuju ke lif.

“Come on!” Butang lif ditekan berkali-kali. Lambat pula rasanya pintu lif mahu terbuka.

“Aish! Shit!” Dia terus membuka langkahnya menuju ke tangga kecemasan. Air matanya diseka.

Dia tidak mahu kehilangan perempuan itu lagi buat kali yang kedua. Dia mahu perempuan itu menjadi miliknya sekarang. Dia terus bergegas menuju ke keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience