19

Romance Series 70889

Brian keluar dari keretanya. Jambangan bunga turut dibawa sekali.

Dia menelek dirinya dicermin kereta. Sempat dia membetulkan kot dan gaya rambutnya.

Apabila sudah merasakan dirinya kemas, dia membuka langkah menuju ke kafe.

Atur langkahnya tersusun. Tangan kanannya memegang jambangan bunga. Manakala, tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Ketika itu, ada mata-mata anak gadis turut melirik sambil tersengih nakal.

Tidak kurang juga ada yang berbisik sesama sendiri sambil tergelak kecil.

Nampaknya, terpaksalah dia menebalkan kulit mukanya pagi itu.

Tetapi reaksi mukanya masih sama. Dia meneruskan langkah sehingga tiba dihadapan pintu kafe.

Pintu kafe ditolak dari luar.

Ting!

Bunyi dentingan loceng menyapa rongga pendengarannya.

Dia mengatur langkahnya ke dalam ruang kafe.

Muzik dari ‘that person-monogram’ menghiasi suasana kafe siang itu.

Seperti tadi, ada mata-mata pelanggan yang mencuri memandangnya.

Tetapi sedikit pun dia tidak mengendahkan pandangan tersebut.

Matanya meliar sekitar ruang kafe.

Tidak pula kelihatan kelibat gadis manis itu.

Brian menuju ke kaunter.

Derap kakinya menarik perhatian Stella yang sedang sibuk dengan kerjanya.

dia menarik segaris senyuman buat gadis itu.

“Hai. Cik Jasmine ada?” Soalnya sopan.

Stella memandang jambangan bunga ditangan Brian.

“Maaf ya, Encik Brian. Tapi hari ni kawan saya cuti. Jadi dia tak ada hari ni. Boleh saya tahu kenapa? Atau Encik Brian nak saya sampaikan pesanan pada dia?” Terjungkit kening Stella menunggu jawapan dari Brian.

“Cuti?” Dia memandang sekeliling kafe. Kemudian, pandangannya jatuh pada jambangan bunga ditangan.

Tidak mungkin dia mahu meninggalkan bunga itu pada Stella. Nanti dia dicop tidak menyampaikan amanah yang diberi pula.

“Ya. Eva Jasmine cuti hari ni.” Dia menarik senyum.
----
10 minit kemudian…

Ting Tong! Ting Tong!

Loceng pintu berbunyi beberapa kali. Isyarat bunyi itu memaksa kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Sejuk pagi kota Tokyo mengulit tubuhnya. Dia menggosok lengannya.

Dengan malas, dia bangun dari baringnya.

“Huarh!” Dia melepaskan kuapan kecil. Mulutnya ditutup. Siapa agaknya yang mengganggu waktu paginya?

Tengkuknya diusap perlahan. Dia turun dari katil. Suasana diluar sudah terang-benderang. Jam dinding menunjukkan angka 11.30 pagi.

Selipar comel disarung ke kakinya.

Dia menapak malas menuju ke pintu.

Klak!

Tombol pintu dipulas.

“Ya, ada apa?” Soalnya tanpa memandang manusia dihadapannya. Dia masih melayan kelat matanya.

Dia terpaku memandang Jasmine. Air liurnya ditelan beberapa kali.

Brian memalingkan dirinya ke belakang.

“Shit!” Dia berbisik perlahan.

Jasmine yang juga baru tersedar memandang Brian dihadapannya. Terkebil-kebil dia cuba mencerna apa yang terjadi.

“Cik…Cik Jasmine. B…baju” dia mula bersuara. Tetapi masih dalam posisi membelakangkan Jasmine.

Jasmine turut memandang dirinya. Dia ternganga.

“Arghhh!” Seraya itu, pintu biliknya ditutup cemas.

Bam!

Terhinjut bahu Brian.

“Huh! Crap, she’s damn hot.” Dia bersandar di dinding. Mukanya diraup. Pertama kali. Ya. Inilah pertama kali dia melihat keadaan perempuan seperti itu.

Dadanya dipegang kejap.

Dup dap! Dup dap!

“Nasib baik, nasib baik.” Dia melepaskan nafas lega.

Sementara itu didalam bilik…

Tap, tap, tap, tap!

Bunyi selipar comelnya memenuhi ruang bilik.

Jasmine berlari-lari anak menuju ke bilik air.

Bam!

Pintu bilik air ditutup kuat.

Dia bersandar disitu. Meredakan detak jantungnya.

Dia melihat dirinya dicermin.

“Arghhh!!!” Dia menutup mukanya. Hodohnya dia ketika itu!

Dengan keadaan rambut perangnya yang kusut-masai. Lingkaran gelap juga menghiasi bawah matanya.

Dress tidurnya dipandang sekilas. Hanya reben halus yang tergantung dikedua-dua bahunya. Terdapat juga bukaan luas pada dadanya. Dia hanya mengenakan dress tidur separas peha.

Patutlah bukan main terkejut Brian melihatnya tadi.

Bibir bawahnya digigit. Kemudian, pipinya ditampar lembut.

Tanpa membuang masa, dia terus membuka pancuran air. Segera bersiap-siap.

10 minit kemudian, Jasmine telah siap memakai pakaian. Sepasang track suit putiih dikenakan. Rambutnya yang masih basah disimpul kemas dengan tuala kecil.

Kemudian, dia menapak ke pintu.

Klak!

Pintu dibuka.

Dia menjengah ke luar.

Matanya melingas memandang sekeliling laluan kaki lima. Kosong. Brian tiada disitu. Mungkin sudah pulang agaknya.

Dia memusingkan semula badannya untuk masuk ke dalam. Tetapi belum sempat dia masuk kembali ke biliknya, matanya menangkap sesuatu yang disandarkan pada dinding tepi pintunya.

Dia membongkokkan sedikit badannya.

“Bunga?” Dia berbisik kecil. Terkebil-kebil dia memandang jambangan bunga bewarna ungu itu.

Siapa agaknya yang meninggalkan jambangan bunga yang cantik disitu?

Ada kepingan nama yang diselitkan pada bunga. Belum sempat dia membacanya, telefonnya terlebih dahulu bordering.

Dia menutup pintu.

Kakinya melangkah ke katil. Telefonnya dicapai.

Private number?

Ragu-ragu dia mahu menjawab.

“He…hello.” Jasmine diam. Dia menunggu si pemanggil menjawab.

“Kau dah dapat hadiah dari aku?” Gemersik suara lelaki itu menerobos ke ruang pendengarannya.

Encik Jimmy?

Air liurnya ditelan perlahan.

Sudah berapa hari dia tidak mendengar khabar tentang lelaki itu.

“Err…Encik Jimmy.” Perlahan saja sebaris nama itu meniti dibibirnya.

“Ya, sayang. Aku ni.” Tegang suara itu tetapi masih lagi mengekalkan gemersiknya.

Dia memejamkan matanya sekejap.

Kemudian, dia membuka semula kelopak matanya.

“Kau ada dapat hadiah yang aku bagi?” Soal Jimmy buat kali kedua.

“Ha? Hadiah apa?” Jasmine menyoal bingung.

(Dubai, UAE)
“Brian tak ada sampaikan hadiah aku untuk kau ke?” Jimmy sedang bersiap-siap.

Dia melihat sekali lagi dirinya dicermin.

Kolar baju kemejanya dikemaskan.

(Tokyo, Jepun)

“Encik Brian?” Jasmine baru teringat tentang tadi.

Mungkinkah tujuan Brian datang membawa pesanan lelaki itu.

Pandangannya jatuh pada jambangan bunga dikatil.

Bunga itu pemberian Jimmy?

Ah, tidak mungkin lelaki itu sempat memikirkan tentangnya. Bukankah dia lebih sibuk dengan urusan kerjanya?

Entahlah. Dia sendiri masih tidak mengenali lelaki itu.

“A…ada.” Ah, bantai sajalah jawapan itu. Masalahnya bukannya dia tahu bunga itu pemberian dari siapa.

Sedangkan tadi dia tidak sempat berbual dengan Brian. Inikan pula mahu menerima pemberian dari Brian.

(Dubai, UAE)

Jam tangan disarungkan ke pergelangan tangan kirinya.

Hujung bibirnya terjungkit senyuman kecil.

Dia memandang dirinya dihadapan cermin dinding besar itu. Cermin yang dipasang pada dinding ruang tamu hotel itu cukup memuatkan seisi ruang bilik tersebut.

Tangan kanannya diseluk ke poket seluar.

“Itu untuk kau.” Dia tersenyum sambil memandang dirinya yang berada didalam cermin.

Seolah-olah dia sedang bercakap dengan perempuannya.

“Kau suka?” Soalnya sambil tersengih.

(Tokyo, Jepun)

“Er…su…suka. Bunga ni cantik. Te…terima kasih.” Betul ke ayatnya sekarang ini?

Dia mencapai jambangan bunganya.

Kemudian, dibawa rapat ke hidungnya.

Dihidu aroma bunga itu.

“Hatchu!” Dia terbersin.

Hidungnya digosok. Bunga itu juga turut dijauhkan dari hidungnya.

(Dubai, UAE)

“Kenapa bersin? Kau tak sihat?” Terus berubah air mukanya. Sengihannya juga mati serta-merta.

(Tokyo, Jepun)

“Tak. Saya hidu bunga yang Encik Jimmy bagi. Bu…err…busuk. Itu yang terbersin.” Sekali lagi hidungnya digosok lembut.

(Dubai, UAE)

Fuh!

Jimmy menarik nafas lega.

“Habis itu kau ingat semua bunga bau wangi ke?” Dia menyimpan sengihannya.

Macam-macam hal.

Aish! Lama lagi nampaknya dia mahu pulang ke kota Tokyo.

Dia rindukan perempuan itu!

Biarlah perempuan itu tidak merindukannya!

Yang penting dia mahu perempuan itu sentiasa wujud dihadapan matanya.

Ambil bau saja pun tak apa. Ini mahu ambil bau pun tidak boleh. Mereka terpisah beribu batu.

(Tokyo, Jepun)

“Encik Jimmy pergi mana?” Tanpa sedar soalan itu meluncur laju dari bibirnya.

Bagai tersedar kesilapannya, cepat saja dia menepuk lembut mulutnya.

“Eh…tak, tak! Maksud saya, Encik Jimmy dah lama tak datang kafe. Lepas tu, suruh saya jaga Melly pula tu. Macam dah tak ada benda lain nak suruh saya jaga. ” Bibirnya memuncung sedikit.

Gayanya seperti kanak-kanak yang sedang merajuk.

(Dubai, UAE)

Jimmy menyimpul senyum.

Alahai, perempuan itu rindukannya? Sukanya dia!

Bibir bawahnya digigit geram.

Geram dengan perempuannya. Rindu mahu berbual dengan perempuan itu!

“Aku ada kerja, sayang.” Jawabnya serius. Sesekali jam tangan dikerling sekilas.

Ah, masih awal lagi.

(Tokyo, Jepun)

“Kerja apa? Lamanya?” Jasmine menyoal kembali.

(Dubai, UAE)

“Kerja akulah. Kau ni menyibuk betul. Kenapa tanya? Kau tak rindukan aku ke, Jasmine?” Jimmy menapak menuju ke pantri.

Dia mencapai garfu.

Sepotong buah kiwi disuap ke mulutnya.

(Tokyo, Jepun)

“Buat apa saya nak rindu Encik Jimmy?” Jasmine baring sambil memintal-mintal hujung rambutnya.

Matanya terkebil-kebil memandang jambangan bunga disebelahnya.

Kemudian, posisi baringnya ditukar kepada posisi mengiring menghadap jambangan bunga.
Jarinya menyentuh kelopak bunga.

(Dubai, UAE)

“Kalau kau tak rindukan aku tak apa. Aku cuma nak bagi tahu kau, aku rindu kau. Rindu bagai nak gila. Makan pun tak berselera.” Mukanya berubah sayu.

Tangannya rancak menyuap potongan buah kiwi ke mulutnya.

Ini yang dikatakan tidak berselera?

Pelahap!

Kemudian, secawan teh ros suam diteguk.

“Kau sihat sayang?” Cawan diletakkan perlahan-lahan pada piringnya.

Bimbang jika ketahuan dengan Jasmine. Maklumlah, dia selera makan dan minumnya telah hilang.

Mereka terus berbual.

Dia mahu melepaskan rindunya pada perempuan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience