“Daddy…m…mum…myyy. K…ke…kenapa…tinggal…kan…Jimmy…s…seorang?” Esakannya tidak putus dari tadi. Dia tersedu-sedan menahan tangis. Kepalanya dirapatkan ke lutut. Esakannya berlagu dalam tunduknya. Setitik demi setitik butiran jernih membasahi lengannya.
Tanpa disedarinya, dibalik biasan matahari yang memancar ke seluruh ruang rumah kubur itu seorang gadis dalam lingkungan 12 tahun sedang mendekatinya. Dia duduk diatas sebuah kerusi roda. Dibelakangnya ada seorang jururawat perempuan yang membantu menyorong kerusi rodanya.
Pandangannya jatuh ke arah Jimmy yang sedang menekup mukanya dilutut. Esakannya dari tadi tidak putus. Timbul rasa simpati pada dirinya.
Dia teragak-agak mahu mengeluarkan sesuatu dari sapu tangan birunya. Bibirnya bergerak kecil mahu memanggil. Tetapi dia tidak tahu bahasa apa yang sesuai mahu digelarkan pada remaja lelaki yang sedang menangis itu.
“Er…” Gadis kecil itu memberhentikan kata-katanya. Takut jika dia sedang mengganggunya.
“Abang.” Suara lembutnya memecahkan suasa hening dirumah kubur itu. Dia berdehem sedikit membetulkan suaranya.
Jimmy mendongak apabila ada suara yang menegurnya. Pantas tangannya menyeka air mata yang membasahi pipinya sejak tadi. Dia cuba mengawal sedunya. Matanya tekebil-kebil memandang dua orang manusia yang wujud dihadapannya sekarang.
“Nah. Ambillah.” Gadis kecil itu menghulur satu balutan dari sapu tangan biru kepada jimmy. Bibirnya terhias senyuman kecil. Senyuman itu manis.
Jimmy menyambut bungkusan yang berbalut kemas itu. dia meneliti isi dalam bungkusan ditangannya. Ada sebungkus coklat bar sebesar tapak tangannya dikeluarkan. Sedunya semakin reda.
Dia memandang ke arah si pemberi tadi. “Terima ka….” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, gadis itu telah jauh dari pandangannya.
Ketika itu pandangannya jatuh pada kaki kiri yang berbalut dengan kain. Ada kesan iodine dan tompokan darah pada balutannya. Kasihan dia.
“Huhhh!” Jimmy terjaga dari lenanya. Ah, mimpi itu sudah lama tidak menjengah lena malamnya. Tetapi kenapa baru malam ini dia hadir kembali?
Hatinya tiba-tiba dirundum sebak. Sempit dadanya ketika itu. Dia memegang dadanya meredakan rasa.
Dia mengarahkan badannya untuk bersandar dikepala katil. Matanya turut terpejam rapat. Dia mahu melupakan mimpi itu. Tidak. Dia sebenarnya mahu melupakan tentang perempuan itu. Tetapi mengapa sehingga kini perempuan itu masih lagi mengunjungi lenanya? Rindukah perempuan itu padanya? Ah, jangan mengarut!
Dia sendiri tidak mengenali antara satu sama lain. Bagaimana perempuan itu turut berkongsi rasa yang sama? Dia saja yang sehingga kini masih tergila-gilakan perempuan yang tidak tahu lagi tentang kewujudannya.
Nafas berat dilepaskan. Kelopak matanya perlahan dibuka. Dia menoleh ke sisi kanannya. Remote lampu yang terletak diatas meja dicapai. Punat ‘on’ ditekan.
Automatik ruang tidurnya terang-benderang diterangi cahaya oren dari lampu kristal. Dia melempar remote ke tilam.
Dia melutut sambil memandang ke luar tingkap. Suasana kota Tokyo diterangi dengan ribuan neon pelbagai warna. Cantik. Tetapi kecantikan dari cahaya itu tidak dapat meruntuhkan rasa sesak didada.
Jam tangan dilirik sekilas. Baru jam 2 pagi. Ini bermakna dia hanya melelapkan mata selama dua jam saja. Sekali lagi dia melepaskan nafas berat.
Kertas kerjanya yang berselerak diatas meja dipandang kosong. Tidak berminat untuk menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
Dia melurut comforter ke bawah. Tengkuknya diusap perlahan. Sakit. Tetapi tidak setanding sakit menahan rindu.
Telefon dan dompet yang berada didalam laci diambil. Kakinya menyarung selipar bewarna putih. Dia turun dari katil. Langkahnya dibawa menuju ke bilik pakaian.
Sehelai jaket kulit hitam yang tergantung dicapai. Sehelai t-shirt hitam pendek diambil dari dalam laci. Kemudian, dia beralih ke rak yang tersedia seluar panjangnya. Seluar panjang yang sama tona dengan bajunya dicapai.
Segera dia mengatur langkah menuju ke bilik air.
---
(X:X Night Club, Minato City- 3.00 pagi)
“Bos. Lama tak nampak?” Seorang barista lelaki menyapanya.
Jimmy melabuhkan punggungnya diatas kerusi tinggi. Dia menebarkan pandangannya disekitar ruang kelab malam itu. Kelab itu adalah milik brian. Tetapi dia adalah rakan kongsi Brian saja. Hanya menghulur duit jika lelaki itu tidak mencukupi.
Setakat ini belum pernah lagi Brian memintanya duit. Gaji lelaki itu saja sudah memadai untuknya membayar empat orang pekerja. Dia tersengih sendiri apabila teringatkan tentang lelaki itu.
“Hm, Ken… aku sibuk. Kau habis shift jam berapa?” Dia memerhati pergerakan tangan Ken yang sedang menuang 2 ounce cecair gin Empress 1908 ke dalam gelas bancuhan bewarna silver.
Kemudian, dia beralih pula pada sebotol kaca yang berisi sirap lavender. Setengah ounce dari sirap lavender dicampurkan dengan cecair gin tadi. Dia mencapai pula balang kaca yang berisi penuh dengan serbuk kopi Arabika. 2 milileter dari serbuk tersebut dicampur sekali dengan bahan tadi.
Ken mencapai penutup gelas silver dirak yang tersusun dengan barisan gelas. Setelah itu, dia menggoncang beberapa kali campuran bahan tadi dengan penuh gaya.
Sebiji lemon dibelah dua. Dia memerahkan satu sudu jus lemon ke dalam bancuhannya. Siap saja bancuhan tersebut, dia menuang ke dalam gelas kaca yang tersedia. Setangkai lavender menghiasi diatas permukaan koktailnya.
Gelas kaca disua kepada Jimmy. Dari tadi lelaki itu hanya bermuram saja. Entah apa lagi masalahnya. Dia menggeleng kecil sambil tersengih.
“Nah. Social Distance Queen Cocktail untuk bos.” Hulurannya disambut Jimmy.
Dia meneguk sedikit koktailnya. Kemudian, gelas diletak kembali diatas meja bar. Keluhan berat dilepaskan.
“Bos, err… nak aku call Brian suruh datang sini ke?” Teragak-agak dia menutur kata. Nanti jika tersilap bicara, mahu kena maki dengannya.
“no need. Aku nak bersendirian. Fikiran aku tengah serabut. Kau sambunglah kerja kau. Jangan sibuk pasal aku.” Jimmy menyambung lagi tegukkannya.
Dari belakang, datang seorang perempuan berambut kecoklatan menghampirinya. Lenggok tubuhnya mampu menggoda mata-mata lelaki yang berada disitu. Sesekali dia mengeyit matanya pada pelanggan yang hadir.
“Hello, my handsome boy. Why don’t you call me? Merajuk dengan I ke, hm?” Tangannya merayap dilengan Jimmy. Dia tersengih nakal. Rambut panjangnya diselit ke telinga. Menyerlahkan lagi gaya feminin dan seksinya malam itu.
“Vee, tolong jangan ganggu aku. Aku tak ada mood nak layan kau.” Dia menepis kasar tangan gatal itu. Rimas dia dibuatnya.
“Ugh! Fineeee. Kau ni kenapa, Jimmy? Monyok aje. Come on, datang sini kena enjoy. Come, dance with me! Lagipun kau ah lama tak menyanyi dekat sini. Customers selalu tanya pasal kau. Kau tu aje yang sibuk setiap masa.” Vee menayang riak bosan. Rasanya sudah sebulan lelaki itu tidak ke sini.
“Hoi, perempuan. Kau boleh tak pergi buat kerja kau. Nanti aku suruh Brian potong gaji kau baru tahu. Menyibuk aje!” Dia menyambung tegukkannya lagi. Rasanya ada yang kurang pada koktailnya.
“Tsk! Ish, yalah. Aku blah dulu. Nanti kau potong pula gaji aku.” Dia mengajuk semula ayat Jimmy. Vee mencebik. Langkahnya diatur pada meja pelanggannya.
Dia memandang tanpa riak pada minumannya. Atau memang deria rasanya yang berkurang sejak dia terjaga tadi? Dia mencari kelibat Ken. Ke mana pula lelaki itu menghilang?
Tidak lama kemudian, muncul Ken dari bahagian dapur. Jimmy melambai ke arah Ken.
Dia melangkah ke arahnya dengan beberapa lipatan tuala kecil. Tuala itu disusun ke dalam bakul rotan.
“Ya bos. Kenapa?” Keningnya ternaik sedikit memandang Jimmy.
“Aku tanya dari tadi, shift kau habis jam berapa?” Dia menyoal malas.
“Hah? Hahahaha. Sorry, sorry. Bising sangat dekat sini. Aku tak dengar tadi. Aku habis jam 6 pagi nanti. Kenapa? Kau panggil aku sebab nak tanya soalan tu aje ke?” Soalnya pelik.
Jimmy menyorong gelas koktailnya yang susut hanya 1/3 saja. Ken memandang pelik.
“Tukar. Aku tak nak. Tak sedap. Bagi aku macam biasa.” Gelas kaca bertukar tangan.
“Hm. Tunggu kejap. Cerewet pula kau malam ni. Selalu okey aje. Haih.” Ken melangkah ke sinki. Gelas tadi diletakkan disitu.
Kemudian, dia menuju ke stor penyimpanan minuman. Tangan kananya diimbas pada alat pengimbas. Keluar cahaya biru dari skrin.
Automatik pintu stor terbuka. Ken melangkah masuk ke dalam. Disini wine yang berharga tinggi disimpan pada bahagian belakang. Dia terus menuju ke rak yang ke-11. Jarinya dilarikan pada setiap botol-botol kaca yang tersusun rapi.
Pergerakan jarinya terhenti apabila tiba ditingkat yang ke-6. Dia tersenyum. Botol kaca itu dicapai. Dia meneliti nama yang tertera pada kertas tampalan. Chateau Margaux 1787 yang berharga $225,000 sebotol. Kakinya diatur keluar dari stor.
Sampai saja dimeja bar, terus saja dia menyediakan minuman tersebut. Gelas tinggi disorong ke arah Jimmy.
“Nah. Chateau untuk kau. Jangan banyak sangat. Kalau kau mabuk aku malas nak hantar kau balik.” Mulut botol dilap dengan tuala kecil. Kemudian, botol itu diletakkan dihadapan Jimmy.
“Aku tahulah. Dah, kau boleh sambung kerja kau.” Jimmy tersengih pada Ken.
“Okey.” Ken berlalu pergi meninggalkan Jimmy bersendirian.
Gema muzik memenuhi ruang X:X Night Club. Jimmy melayan perasaannya sendiri. Buat kali yang kedua dia meneguk rakus minumannya.
Habis segelas, dia menuang lagi minuman itu ke dalam gelasnya. Kepalanya mula memberat.
Dia meneguk lagi. Sesekali dia mengetap gigi menahan rasa pahit dari minumannya. Dia mahu melupakan tentang mimpi tadi. Dia mahu melupakan tentang perempuan itu.
Selama satu jam itu dia duduk bersendirian sambil meneguk minumannya. Botol kaca diraih. Ditonggengkan sedikit mahu menuang ke dalam gelas. Tetapi tiada air yang keluar. Dia menggoncang botol ditanganya beberapa kali.
“Tsk! Damn!” Botol itu kosong. Dia mahukan air itu lagi. Tetapi dia tidak mampu melawan berat kepalanya.
Dia memicit matanya. Pandangannya semakin kelam. Telefon dikeluarkan dari poket jaket hitamnya.
Jam yang tertera diskrin menunjukkan angka 4.02 pagi. Baru dia teringat, esok dia harus masuk ke pejabat. Dia mengeluh berat.
Dia bangun dari bangkunya. Badannya terhuyung-hayang ketika menapak keluar dari kelab. Dia memegang dahinya.
Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluar. Dia melangkah menuju ke keretanya.
Buk!
Dia terlanggar seseorang. Badannya terjelepuk diatas jalan tar.
“Ish! Bodohlah! Buta ke tak nampak aku?” Dia mula memaki hamun. Bersusah-payah dia berdiri. Dia mencari kunci keretanya.
“Encik! Sorry! I’m so sorry! Err…ini kunci kereta encik.” Perempuan itu membantu Jimmy berdiri. Kunci keretanya diletakkan pada tapak tangan Jimmy.
Jimmy memandang ke arah suara itu. Matanya yang kabur digosok perlahan. Mahu memberi fokus pada manusia yang sedang bercakap dengannya.
“Sorry encik. Saya pergi dulu.” Kata perempuan itu dengan nada tergesa-gesa. Sempat dia menghadiahkan sebuah senyuman buat Jimmy.
Senyuman itu? Manisnya! Jimmy seakan terpana dengan senyuman itu. Dia menoleh ke arah perempuan tadi.
Dalam masa yang sama, perempuan itu turut menoleh ke arahnya. Dia tersenyum lagi sambil menundukkan sedikit kepalanya.
Jimmy kaku ditempatnya. Kecantikannya persis bidadari. Ya, memang dia tidak pernah melihat rupa bidadari. Tetapi, yang dia tahu bidadari itu cantik. Secantik dia.
Jimmy tersenyum nipis. Ah, mungkin kerana dia sedang mabuk. Sebab itu semua yang dilihatnya indah-indah belaka.
Dia menuju keretanya. Mahu pulang secepatnya. Kepala juga semakin sakit.
Share this novel
.