Bab_46 Aku akan melamarmu

Romance Completed 100113

"Boleh aku ikut ke majlis kahwin Hashiran? Kau pasti tidak keberatan kan jika aku jadi pasanganmu? Lagipula, aku juga diundang sama oleh Hashiran.Dan kita sama-sama tiada teman pasangan untuk hadir ke majlis itu.Boleh ya?"

Yana mendongak, menatap kepada sosok yang tak henti-henti mengganggu dikebanyakan jam rutinnya.
Ada saja kata-kata Danny asal saja dalam sehari dapat menbuang waktunya Yana untuk disembang yang Yana rasa sendiri tak penting.

"Apakah perlukan teman untuk hadir ke majlis itu? Tak ada pula syarat begitu dinyatakan dalam kad undangan itu kan?Jadi..tak perlu sibuk-sibuk nak berteman segala untuk ke majlis tu.Ada kaki, ada tangan."

"Wow! Hebat sekali ucapanmu ya? Oh, ayolah Yana..
Jangan jual mahal sangat kat aku? Tak takut ke, kau pula nantinya yang akan terkejar-kejar padaku?"
Kata Danny cuma ingin menghiburkan hati Yana yang sedikit keras itu.

"Tak de maknanya.Kau ingat aku kepayang sangat sampai nak kejar kau? Kau tahu, apa kau yakin kalau aku akan bercinta lagi dengan seorang doktor? Seperti aku tidak berjodoh panjang dengan dokter.Kau tidak perasan?"

Danny menelan ludahnya kasar.Dia terpengarah pada kata-kata Yana.Bila difikir, memang benar apa yang Yana katakan itu.Dan kalau dirinya berjodoh dengan Yana, dia adalah orang ketiga pendamping Yana sebagai seorang dokter.

"Yana, minggu depan Syah akan temani aku untuk berjumpa dengan seorang ustaz.Aku ada hal penting nak bagi tau ni."

Yana jadi curiga.Tapi Yana belum tahu maksud sebenar apa yang bakal disampaikan oleh Danny.

"Maksudnya apa?" Tanya Yana.

"Aku akan melamarmu.Tapi sebelumnya, aku akan memeluk agama islam.Pelajari asas sebagai seorang muslim.Kalau ada jodoh, aku teruskan niatku merisik."

'Bragh'
Yana terasa dirinya tersambar oleh petir.Apa dia bermimpi disiang hari begini?
" Kau ingin memeluk islam? Ya itu keputusan dan hak kamu.Tiada akan dapat mengubahmu melainkan kamu sendiri.Tapi tak payah melamarku.Aku tak ingin dan tak sudi.Jika hanya gara-gara untuk melamarku, baik tak payah masuk islam.Dosa kalau tak ikhlas."
Kata-kata padas dari Yana itu telah menyinggung perasaan Danny.

Danny cuba membuang rasa tidak hormatnya terhadap Yana.Kalau diikutkan hati, mungkin sudah lama dia melakukan perkara yang tak senonoh pada Yana.Tapi,
dia masih waras.Dan kerana kewarasanmya itulah yang mendorongnya kuat untuk dia mendekatkan diri pada Yana biar halal.

"Yana, akau tidak bergurau.Aku akan buktikan nanti kalau aku serius melamarmu."

Yana terbahak-bahak.Dia merasa kelakar pada setiap kalimat yang diucapkan oleh Danny.

"Sorry Dokter Danny, apa pun yang berlaku, aku tidak akan menerimamu.Batal saja niatmu nak melamarku itu.Aku tidak ingin time kau datang merisik, aku menolakmu dan itu akan buat family mu malu."

"Yana, lebih baik kau tarik balik kata-katamu.Kau jangan percaya diri sekali.Sementara aku masih berbaik hati padamu, apa kata kau berbaik saja padaku.
Kita mulakan hubungan mulai sekarang ya?"

"Ewah! Kau memang tidak sayang mulutkan? Kau tidak
faham..tak ada hubungan yang akan berlaku antara kita selain tugasan kerja.Sampai bila-bila.Jelas?"

Danny menarik nafasnya sedalam-dalamnya.Dia merenung tajam ke anak mata milik Yana.Tanpa meminta izin dari sang pemilik empunya bibir, Danny melumat bibir Yana secara agresif.Sehingga nafas keduanya yang mulai kehabisan oksigen, akhirnya pagutan itu terpisah juga.

Yana tak terkata lagi saat ini kerana dia sangat marah pada Danny.Yana meninggalkan Danny sendirian yang tersenyum puas kerana berjaya membuat Yana kesal.

"Yana, itu hukuman untuk bibir yang sering menolakku?" Danny sempat memekik pada Yana.
Dan Yana sudah tidak pedulikan lagi apa yang dikatakan oleh Danny tersebut.

Yana bergegas ke bilik air.Berkali-kali dia cuba menghapuskan jejak ciuman yang ditinggalkan Danny pada bibirnya.

Perasaan yang berbaur kini sedang bermain disudut hati Hani.Walau sekuat apa pun caranya ia menepis rasa itu, namun ia tetap kalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience