Bab_43 Bertemu Hashiran

Romance Completed 100113

Yana POV
Kehidupanku sudah jadi apa? Kenapa boleh jadi berbelit begini? Semua tali ikatan pun jadi sagut?

Ku lihat cara Danny belanja memang ketara sangat kalau dia memang tidak tak seahli seperti seorang wanita melakukannya.Lantaklah dia apa pun dia nak beli.Cukuplah aku sudah menemaninya seperti apa yang dia minta.

"Betul-betul tak nak bantu aku pilih barang?Sampai hati betul tau.." Kata Danny menyindir padaku.Aku menjeling.

"Maaf! Aku tak tau apa sebenarnya yang ingin kau beli?
Lagi pun kau non muslim.Mana ku tahu barangan dapur jenis apa yang diguna sesuai seleramu?"
Aku cuba memenangkan kata-kataku tapi tetap saja dia bergeming tak habis cakap.

"Apa kau tidak tahu ini market halal? Aku lebih suka makan makanan muslim?"
Ku lihat dari anak matanya seperti tiada pembohongan.
Mungkin benar apa yang dia katakan tadi.

"Oh..begitu rupanya.Tapi aku cuma temankan kau belanja sajakan?" Kataku sambil menolak troli belanjaannya.

Tiba-tiba mataku tertumpu pada satu sosok lelaki yang seperti tidak asing pada penglihatanku.Ku lihat baik-baik, menatap terus pada pandangan yang nampak tak terurus kemas.

Ah! Apa aku tidak salah nampak? Ya aku mengenal pada sosok itu.Aku mendekat padanya untuk bertegur
sapa.

"Haii..beli apa?" Tanyaku.Dia menoleh padaku.Aku mengulas senyum padanya begitu juga dengannya.

"Hai.." Balasnya jawab sepatah padaku.

"Seorang ke Shir?" tanya ku langsung padanya.Dia mengangguk.Tapi menunduk.Ku lihat dia seperti menahan sesuatu.

"Shir kau okey?" Dia menoleh padaku lagi.Nampak jelas pada manik matanya berkaca-kaca.Aku berasa hairan padanya.

"Kita minum kat cafe, aku belanja.Boleh ya?"
Aku mengajak Hashiran minum kat cafe untuk bersembang dengannya.Dia mengangguk setuju.

Sebelumnya, aku meminta izin pada Danny sekaligus mengajaknya juga jika dia mahu.
"Nak ikut tak? Aku nak ke cafe? Aku nak sembang dulu dengannya.Nak?" Tanyaku pada Danny.

Danny melihat pada Hashiran sekilas.
"Okey.Tapi korang duluan je.Nantiku susul.Share lokasi ya?" Sahut Danny.

Aku dan Hashiran pun melangkah keluar dari market tersebut.Sebenarnya Hashiran itu adalah teman sekelasku masa ditingkatan tiga, empat dan lima.
Kami berdua memang rapat selama tiga tahun.Cuma sebatas teman.Dan dari sanalah Hashiran mengenal Hani.Siapa sangka kalau mereka berdua sampai menjalin kasih.Tapi takdir tidak menjodohkan mereka.

"Kau betul-betul okey ke Shir? Kau nampak tak terurus gini dan nampak kurus sedikit.Kau sakit?"
Aku mengatakan padanya tentang apa yang aku lihat.

"Bukankah kau sudah lama pindah tempat mengajar?"
Tanyaku lagi padanya.

"Ya.Tapi aku sedang cuti sekarang.Oh ya, takziah untuk kepergian suamimu.Aku ada mendengarnya dari mamaku."

"Tadi time kat market tu, aku nampak sepertinya kau menahan untuk tidak nangis? Ceritalah padaku?"
Hashiran tersenyum padaku.

"Kau seperti tau saja.Apa kau peramal ? Selalu saja sibuk macam dulu." Aku tergelak mendengar kata-katanya.

"Kau belum jawab pertanyaanku? Apa kau sakit? Atau.."
Ku hentikan apa yang ingin aku sampaikan.Pasti dia kecewa lagi jika ku teruskan.

"Ya! Aku memang sakit.Tapi tak seteruk mana pun.Mungkin masih kecewa kot.." Kata Hashiran buat jantungku bagai tak berdegup.

"Maaf.." Hanya itu yang mampu ku ucapkan jika menyentuh tentang pernikahan pertamaku yang tak jadi dulu kerana ulahku.

"Yana..maaf jika aku terpaksa katakan ini.Mungkin aku dan Hani tidak akan pernah berpisah kalau bukan kerana kau tinggalkan Syah, semuanya mungkin tidak seperti ini.Aku sangat kecewa padamu."
Kata Hashiran lagi.Matanya mula berkaca-kaca.Aku
tahu betapa besarnya cinta dan kasih sayangnya terhadap Hani.

"Tapi aku bukan munafik, jika salahkan kau terus.Itu
sama saja aku salahkan takdir.Dan aku bukannya hipokrit untuk merebut Hani dari Syah yang memaksanya kahwin."

"Aku minta maaf sekali lagi.Andai saja waktu terulang,
aku mungkin pertimbangkan tingkahku yang pentingkan diri sendiri.Sudah bertahun Shir, jangan simpan kecewa terlalu lama.Merananya tak sudah tau?"

"Lidah berkata senang.Tapi hati yang menanggung siapa rasa?"

Aku tahu apa maksudnya.Dan aku juga tahu hanya dia saja sendiri yang merasai pahitnya kehidupan yang harus ia jalani kerana kesalahan orang lain.
Berapa banyakkah yang terluka dulu keranaku?
Yana POV End

'Sampai bila-bila pun aku tak mungkin dapat bertemu dengannya lagi.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience