Setelah lapan bulan berlalu..tiba-tiba satu kad undangan perkahwinan sampai ke tangan Hani dan Syah.Siapa memyangka kalau kad itu datangnya dari seseorang dimasa lalu...
Danny yang menberikan kad undangan tersebut ke tangan Syah.Kad itu sebenarnya jemputan undangan
perkahwinan Hashiran dan calon isterinya.
"Sayang.. akhirnya dia bertemu jodoh juga."
Hani melirik sekilas pada Syah.Dia tersenyum bahagia tapi dalam hatinya, bohonglah jika sedikit pun dirinya tidak merasa sakit hati.
"Oh ya! Syukurlah.Jodoh manusia, siapa tahu.Semuanya ditangan Tuhan.Bukan begitu ya bang?" Ucap Hani seraya memperlihatkan senyum manisnya pada Syah.
"Apa kau baik-baik saja sayang?" Tanya Syah pada Hani
seraya merangkul kedua bahunya dengan posisi berhadapan sehingga muncung hidung mereka berdua
tersentuh.
'Ehem! Ehem!' Danny berdehem kerana pandangan matanya yang hampir ternodai oleh kedua insan yang saling menyayangi itu.
Syah melirik kearah Danny.Syah tergelak melihat Danny yang sedang melototinya.
"Bro, Cari saja pasangan sana.Biar ada dipeluk.."
Kata Syah.
"Kau ingat cari pasangan itu senang? Macam cari baju?" Tukas Danny seraya matanya melihat kearah Hani.
Hani seakan tahu maksud dari Danny itu.kerana beberapa bulan ini, Danny sangat akrab dengan Yana.
Cuma belum ada kata putus menyatakan kalau mereka
masing-masing ada menyimpan rasa cinta.
"Kenapa melihat isteriku? Kau..." Kata Syah pada Danny.Tapi dia tidak bergurau dengan ucapannya.
"Bro, apa kau serius berkata dengan kata-katamu?"
Danny bertanya pada Syah juga tidak bergurau.
"Apa aku sedang terlihat tidak serius? Rupanya kau masih tidak kenal padaku?" Syah menarik sebelah sudut bibirnya.Tatapannya tajam menatap Danny.
"Bro, begini..apa boleh aku terus-terang saja.Aku perlukan bantuan korang berdua.Sebelumnya aku minta maaf dulu." Ucapan kata Danny itu buat suami isteri itu saling pandang.
Syah memicingkan matannya.Mendekat pada Danny.
"Tolong apa? Tapi tidak menyusahkan bukan?"
Syah menaikkan sebelah alisnya.
"Aku dah lama sangat dekat dengan Yana.Tapi hatinya macam batu.Aku syok kat Yana..Bro, kau tidak kisahkan kalau aku jadikan Yana yang muhrim bagiku?"
Danny memberanikan sahaja menyuarakan isi hatinya kepada sepasang suami isteri tersebut.
"Heii..Bro, kau tidak gila kan seperti meminta restu dariku?" Kata Syah.
"Ya..suamiku sudah lama move on dari masa lalu.
Bukankah masa lalu itu wajar ada setiap manusia?
Betulkan abang? Abang cuma cintakan Hani seorang,
iya kan?" Seketika Danny merasa jengah pada pasangan suami isteri itu.
"Iya sayang.Kau benar.Sini abang cium sekali lagi.."
Kata Syah kepada isterinya buat Danny benar-benar bertambah jengah.
"Uh..Korang ingat ada korang berdua je kat sini? Korang
sengaja ya bagi aku supaya panas? Tak boleh tunggu ke sampai kat rumah nanti?" Danny menggeleng- gelengkan kepalanya.
"Hani, bagaimana nak pikat kakakmu itu yang tak kalahnya macam batu?" Tanpa basa-basinya Danny terus bertanya pada Hani.Kerana ditanya pada Syah, tidak ada keseriusannya sama sekali.
"Tak susah.Sangat muda.Kuncinya cuma satu.Peluk islam seikhlas-ikhlasnya.Kalau kau memang benar nak pikat kak Yana.Bagaimana kak Yana berani berdampingan dengan seorang yang bukan muslim.
Apapun, Sahabatmu ini boleh membawamu berjumpa dengam mana-mana Ustaz untuk minta pendapat.
Tidak begitu abang?"
Kata-kata Hani itu buat Danny terpaku.Sungguh dia kehabisan kata.Bila difikirkan daripada saran Hani itu, memang ada benarnya.Mungkin disebabkan itu juga alasan Yana yang acuh-acuh padanya.Sedangkan Danny ada menyimpan suatu rasa pada Yana.Cuma Yana sahaja yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu akan perasaan Danny itu.
Danny berharap kali ini dirinya tak salah pilih cari teman hidup.Kalau dulu isteri pertamanya, dia sangat menyesal kerana bekas isterinya itu tak menginginkan
zuriat.Dan penting baginya adalah penampilan masa mudanya yang begitu banyak terpengaruh pada dunia sosial.Sehingga Danny mengakuinya bahawa jodohnya tidak panjang bersama Amber, bekas isterinya.Mereka pun tiada paksaan untuk bercerai jua pada akhirnya.
"Boleh aku ikut ke majlis kahwin Hashiran? Kau pasti tidak keberatan kan jika aku jadi pasanganmu? Lagipula, aku juga diundang sama oleh Hashiran.Dan kita sama-sama tiada teman pasangan untuk hadir ke majlis itu.Boleh ya?"
Share this novel