Bab_14 Rencana & Kebohongan Hani

Romance Completed 100113

'Aku janji akan gugurkan janin ini. Aku akan berusaha menyembunyikan kehamilanku dari abang Syah.'
Batinku.

Aku harus cari jalan keluar agar abang Syah tidak akan syak pada kehamilan ku ini. Semoga saja rencana ku nanti berhasil. Aku tidak dapat bayangkan kehidupanku Setahun akan datang jika aku ketahuan hamil oleh abang Syah. Apatah lagi aku yang sudah langgar syarat perjanjian.

Aku menunggu abang Syah pulang dari hospital. Ada yang ingin ku beritahu pada abang Syah tentang rencanaku.

"Abang baru sampai? Penat ya bang?" Tanyaku pada abang Syah seraya mengambil jas kerjanya yang dihulurkan padaku. Abang Syah menatap ku dekat.

"Kau sihat Hani? Wajah kau pucat." Tanya abang Syah padaku. Degup jantungku terasa bagai nak terhenti akan pertanyaan abang Syah itu.

"Hari ini Hani penat sangat. Dimana ada tuisyen lagi."
Jelasku pada abang Syah. Abang Syah mengangguk mengerti.

"Ada yang ingin Hani katakan pada abang."
Kataku pada abang Syah.

"Hmm." Jawab abang Syah singkat tanpa menoleh padaku.

"Lusa Hani ada seminar selama dua hari dekat Pejabat Pelajaran Negeri." Bohongku pada abang Syah. Sebenarnya ini adalah rencanaku untuk aku menggugurkan janin yang ada rahimku ini. Jika aku tak berbohong, tak akan ada kesempatan waktu untuk aku lakukan pengguguran ini.

"Pergi dengan siapa?" Selidik abang Syah.

"Seorang.. Kan aku Panitia Bahasa Melayu. Ini seminar khusus dari setiap sekolah. Boleh ya?" Kataku pada abang Syah dengan harapan akan disetujui oleh abang Syah.

"Ok! Ingat jaga batas. Kau tu wanita bersuami."
Pesan abang Syah tanpa ada rasa curiganya padaku.

"Abang tidak apa-apakan? Atau sebaiknya abang menginap je kat rumah mama? Ibu ada kak Yana yang jaga.." Saranku pada abang Syah.

"Tengoklah." Sahut abang Syah sepatah.

"Hani nak rehat dulu ya bang.. Hani rasa ada pening sedikit." Izinku pada suamiku. Aku mengucup pipi abang Syah tanda ucapan selamat malamku padanya.
Lalu aku merebahkan tubuhku yang terasa sangat lelah ini. Tanpa sedar rasa lelah itu telah membawaku ke alam mimpi dalam tidurku.
Hani POV End.

Syahriz POV
Aku menatap raut wajah isteriku. Ya.. aku akui dia memang cantik menawan. Dia pandai menggodaku dengan perwatakannya yang lemah lembut padaku selalu. Dan aku akui juga, hatiku kini sudah menjadi miliknya. Aku telah jatuh cinta padamu isteriku. Cinta ku ini buatmu isteriku lebih besar berbanding cintaku pada Yana dahulunya. Aku tidak tahu mengapa secepat ini aku jatuh cinta semula. Adakah ini karma buatku yang mengatakan bukan-bukan pada dirimu pada awal pertemuan kita? Kerana egoku yang tinggi,
aku sanggup jarang untuk selalu berkomunikasi denganmu. Aku takut andai suatu hari nanti perpisahan itu terjadi. Sedangkan aku sendiri yang menentukan tempoh pernikahan ini. Adakah ini juga balasan diatas perbuatanku yang bejat pada Hani ?

Betapa damainya wajahmu ketika dalam tidur.
'Maafkan aku sayang..kerana kebodohanku kau yang jadi korbannya. Kau tau sayang sekarang ini abang terlanjur mencintaimu... Mencintaimu lebih dari segala-galanya. Abang berani sumpah demi Allah." Gumamku sendiri.

Aku meletakkan tanganku diperut isteriku lalu mengelusnya penuh kelembutan dan kehangatan.
Aku berasa sangat nyaman dengan kehangatan ini.

'Aku harap disini akan tumbuh buah hatiku yang akan menyatukan hubungan ini sampai ke jannah. Amin.'
Syahriz POV End.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience