Bab_37 Bagaimana dengan nasibnya?

Romance Completed 100113

"Apa yang terjadi pada Ilham dan Yana?"
Tanya Syah pada isterinya Hani yang nampak cemas.

"Abang mereka berdua kemalangan.Suami kak Yama kritikal berat.Kita ke hospital sekarang.Ibu sedang bersiap." Syah terkejut pada apa yang Hani sampaikan itu.Syah cuma mengangguk sebagai tanda ia setuju.

Syah menghampiri ke arah unit rawatan rapi.Lalu ikut bergabung di kerumunan para dokter yang menangani kes Ilham dan Yana.

Melihat Yana sudah tidak sedarkan diri.Dan jangan dikatakan bagaimana keadaan Ilham.Matanya masih berbuka lebar.Wajahnya berlumuran darah.Entah masih bernafas atau tidak.

Suasana keadaan jadi sibuk, riuh dan diluar pula sudah mula kedengaran tangis dari keluarga sebelah Ilham.
Hati Syah juga mula berasa tidak enak.Firasat buruk seperti sedang hampir.

Syah melihat sendiri.Bersaksikan dengan kedua matanya, Ilham telah pun berhenti bernafas.Dan kali ini
ia bukan lagi mimpi semata melainkan kenyataan yang pasti.

Syah melihat katil pesakit disamping Ilham.Dia isterinya Ilham.Yana yang dinyatakan koma.Perasaan siapa yang jadi tidak iba malah simpati, bila berhadapan dengan situasi seperti ini.Terlalu pahit untuk ditelan.Terlalu getir untuk dilewati pula.

Sungguh masih ada tersisa perasaan sakit hati, benci serta marah pada sepasang suami isteri itu yang dulu pernah mengkhianatinya, Syah bukannya munafik.
Baginya, tidak seharusnya dia melibatkan perasaan.
Apalagi saat genting seperti ini.

Syah melangkah pergi dari tempat yang begitu menyedihkan itu.Berada disana lebih lama lagi buat dadanya tambah sesak semacam

"Hani..." Syah memanggil nama isterinya yang sedang duduk disamping ibunya.Syah menggelengkan kepalanya.Tanpa ia berkata apa-apa, tanpa ia menjelaskan atau memberitahu apa-apa pun, keadaan dan suasana sudah mula tampak berkabung.

"Ibu, tenang ya? Kak Yana pasti tidak akan apa-apa.Kak Yana itu orangnya kuat." Hani cuba menenangkan ibunya yang juga ikutan terisak mendengar keluarga Ilham menangis.

"Abang, keadaan Kak Yana bagaimana sekararang ini?"
Tanya Hani pada suaminya.Walaupun hatinya selalu mengatakan bahawa dia masih benci dan marah pada kakaknya itu, jauh disudut hatinya rasa khawatir itu selalu ada.Kerana kenyataannya, mereka berdua tetaplah adik-beradik sedarah dan sudah tentu ikatan batin itu kuat.

"Koma.Tapi taklah separah sangat." Jawaban dari Syah itu melegakan hati Hani juga ibunya.

"Bagaimana dengan nasibnya? Setelah bangun dari koma, bila mengetahui suaminya telah tiada, apakah dia akan menerima statusnya nanti sebagai seorang balu?" Ungkap dari hati ibu Hani.

"Ibu, jangan difikirkan dulu apa-apa yang buat ibu stress.Kita akan membantu kak Yana walau apapun
yang menimpa kak Yana.Dan Hani janji, sebagai seorang adik, Hani akan berusaha membantu kak Yana
sebaik mungkin." Kata Hani.Ibunya berusaha untuk senyum.Namun disebaliknya, hatinya cukup miris.Kalau dulu suaminya telah meninggal terkena serangan jantung.Dan kini menantunya meniggal disebabkan nahas kemalangan.Bagaimana pula nanti dengan nasib anak perempuan sulungnya itu?

Tiba-tiba terlintas satu pertanyaan dibenak Syah.Mendengar apa yang baru sahaja Hani katakan pada ibunya, Syah tinggal hanya geleng kepala.

'Bagaimana nanti jika ibumu atau pun Yana memintaku untuk menikahi kakakmu Hani? Apakah kau akan tunaikan janjimu? Bukankah itu juga termasuk dalam membantu Yana?' Batin Syah.Entah mengapa Syah boleh terfikir sedemikian.Apakah kerana dirinya simpati pada Yana? Atau apa mungkin masih ada cinta yang yang tersisa buat Yana, yang dulu pernah mengisi ruang hatinya itu...

Teriakan dari Yana itu buat semua yang ada disana ikut merasakan pedih.Jangan dikatakan kalau Syah ditika ini. Ingin sekali dia memeluk erat tubuh Yana bekas tunangnya itu.Apakan daya, Yana bukan muhrim baginya.

Share this novel

norsila
2022-07-05 20:41:04 

eeemm napo syah leh fikirkn nk nikah dgn yana....tk cukup ke hati hani trluka...biarlah laki lain yg nikah yana..bukan ada anak..janda je..leh teruskn hidup..cuma awal je derita..huu apolah klu smua janda kono nikah dgn adik ipar atau abg ipar smato2 nk mlindunginya...kelakar..satu dunia ipar dn adik ipar nikah janda adik2 bradik isteri sdunia..huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience