Semoga saja Allah tak melakantku kerana sudah mempermainkan suamiku.
'Ampuni aku Ya Allah' Gumam Hani disudut hatinya.
POV Syah
Aku yang bodoh atau isteriku yang bodoh? Fuh!
Hani oh Hani.. Kenapa kau membuatku gila?Perasaanku ini? Aku takut jika suatu hari akan jatuh cinta padamu..
Dengan gaya manja dan nakalmu membuatku luluh. Aku sama sekali tidak menyangka rupanya aku lebih senang bila berada dekat denganmu berbanding dengan Yana yang memang manja tapi manjanya seperti menginginkan sesuatu dariku saja.
Mungkin benar Yana tidak mencintaiku sepenuhnya sehingga dia sanggup pergi bersama lelaki bangsat itu.
Apa aku harus sepakat saja dengan Hani?
Sepakat untuk tempoh pernikahan ini?
POV End
'Opss sudah jam subuh rupanya.'
Syah meraba-aba mencari keberadaan Hani isterinya. Biarpun semalam dirinya tidak mendapatkan jatah dari isterinya itu, sekurang-kurangnya semalam isterinya tidur dalam pelukannya dan sudah pasti itu sangat menhangatkan.
'Kemana dia?' Gumam Syah lalu bangkit duduk.
Senyum Syah terukir dibibirnya ketika ia mendapati isterinya yang sedang sujud mengerjakan ibadah solat subuh. Sedap sungguh mata memandang. Alangkah bahagianya jika ini berlanjutan selamanya, menganggap Hani isteri sesungguhnya dalam fikirannya.
'Tapi kenapa dia tak kejutkan aku dari tidur ?Sepatutnya dia mengajakku solat beribadah bersama.Tapi ini.."
Kata Syah dalam hatinya dengan sedikit kekesalan.
Setelah beberapa minit,Hani yang sudah selesai mengerjakan solat subuh langsung terus berdiri menghadap ke ranjang king size miliknya itu. Hani melihat Syah yang sudah pun bangun dan sedang duduk ditepi ranjang itu sama sekali tidak terkejut.
Malah Hani menarik tangan Syah lalu melakukan takzim serta mengucup dikedua pipi suaminya. Dan Syah pula membalasnya dengan memberi kucupan ke dahi isternya.
Begitulah mereka yang menjalankan pernikahan seperti tiada apa rumit yang pernah berlaku pada hubungan mereka. Pada umumnya pernikahan itu terjadi umpama sebuah tragedi.
Hani melepaskan telekung yang membalut seluruh tubuhnya. Melepaskan ikatan rambutnya dan terlihatlah guraian rambut Hani yang panjang hingga ke paras pinggang itu. Seketika Syah terpana dengan pemandangan indah tepat dihadapannya itu.
Tiba-tiba ada rasa ingin memeluk tubuh isterinya namun Syah mencuba menepis hasratnya tersebut tatkala mengingatkan kejadian semalam.
Hani menatap dalam suaminya.. lalu Hani bersuara.
"Tentang kejadian semalam, aku minta maaf." Ujarnya.
Tiba-tiba Syah mengembangkan senyumnya bila Hani memohon maaf pada dirinya.
"Abang juga salah. Sepertinya abang juga ada memaksamu untuk kehendak abang sedangkan kamu sudah mengatakan kalau belum siap. Maaf ya!"
Kata Syah yang membuatkan hati Hani seperti rasa disayat. Apa tidaknya Syah mengungkapkan kata maafnya dengan tulus. Sedangkan Hani mengatakan kata maafnya sebab hanya ingin Syah jatuh dalam perangkapnya.
Syah merangkul bahu isterinya seraya mengatakan ada tujuannya.
"Sayang, abang tahu kejadian dihospital hari tu,
kamu pasti merasa sakit bila teringatkan perlakuanku yang mengambil paksa perawanmu. Fikiran abang tak terkawal kerana marah yang menguasai. Jadi apa kamu setuju sepakat dengan abang,ini tentang tempoh pernikahan?" Ucap Syah panjang. Hani menatap raut wajah suaminya itu.
"Sebelum itu, maaf kerana abang masuk ke ruang kerjamu semalam tanpa izin. Ni.. abang sempat taip surat sepakat ini dan print dengan printer mu." Kata Syah seraya mengunjukkan sekeping kertas pada Hani.Hani mula membacanya dengan saksama.
SURAT PERJANJIAN KESEPAKATAN
Pihak 1 ialah Suami
Pihak 2 ialah Isteri
1] Pernikahan cukup hanya 3 bulan.
2] Jika pihak 1dan 2 tanpa sengaja jatuh cinta antara 1 sama lain, tempoh pernikahan boleh diubah seandainya ada niat untuk meneruskan pernikahan dengan sesungguhnya.
3] Seandainya pihak 2 hamil dalam tempoh 3 bulan tersebut, tiada penceraian akan terjadi.
4] Bila isu kehamilan tersebut berlaku selepas tempoh penceraian, wajib untuk rujuk.
5] Selama 3 bulan pernikahan, diperbolehkan untuk melakukan kaedah perancang keluarga.
6] Tidak ada kecurangan dalam hubungan suami isteri kerana itu merupakan dosa.
7] Nafkah Zahir dan Batin tetap ada. Juga tiada penolakan jika kedua pihak menginginkannya.
Tandatangan,
______________
Nama:
tarikh:
Hani menghela nafasnya panjang. Memang idea Syah ini boleh sangat digunakan agar dirinya dengan cepat terlepas daripada pernikahan yang tak diinginkannya ini.
'Tapi bukankah membuat perjanjian kesepakatan disisi sebagai orang muslim,ini dilarang sangat. Apa abang Syah tidak tahu ini atau dengan sengajanya?'
Batinnya Hani. Tapi Hani tidak akan membahaskan soal ini, kerana Hani juga berharap cepat bercerai dengan Syah suaminya itu.
"Ok DEAL !"
Ucap Hani. Kemudian Syah mengeluarkan sekeping lagi surat perjanjian yang sama.
Akhirnya keduanya pun membubuhkan tandatangan masing-masing pada setiap sekeping surat perjanjian kesepakatan tersebut.
Share this novel