Yana bergedik takut.Sentuhan tangan Danny tadi itu menyedarkan dirinya akan statusnya sebagai seorang balu.
'Kenapa menyandang status tidak bersuami ini terasa berat buatku? Danny, kau itu sahabat arwah suamiku.
Aku tidak mau dicap sebagai meminta simpati darimu kerana ketiadaan suami.Aku tidak mau dikatakan ambil kesempatan padamu yang kini tidak beristeri.Apakah
pula yang akan berlaku nantimya?' Yana mengelamun jauh.Bergumam sendiri dalam hati tentang statusnya sekarang.
"Sudah siap termenung? Dokter Danny akan menggantikan tempatku sampai jam kerja ku siap petang ni.Aku ada urusan.Aku pergi dulu?"
Syah yang cuma singgah sebentar dibilik pemeriksaannya itu pun meninggalkan Yana dengan tanda tanya yang muncul difikiran Yana.
'Ego sungguh tau Syah ni.Kalau nak pergi pun, beritahulah apa alasannya.Kalau dokter lain tanya, senang jawab.' Yana menghela nafas.
"Yana." Danny menyapa Yana yang sedang memyusun rapi fail-fail pesakit.
"Syah sudah memberitahumu? Dia memintaku untuk menggantikan tugasnya."
"Ya, dia ada singgah kesini tadi." Jawab Yana tanpa menoleh pun pada Danny.
"Dia pergi temankan isterinya masuk dewan bedah.
Janinmya terpaksa dibuang kerana hamil diluar rahim."
Tanpa ditanya pun oleh Yana, Danny memberitahu apa
urusan sebenar Syah.Dan Yana dibuat terkerjut dengan khabar yang ia baru saja ketahui itu.Yana benar-benar bungkam.
Hani yang ditemani oleh Syah sang suami mula gemetaran.Dia sebenarnya berasa takut juga.Dan berharap rasa kali ini tidak sesakit bila dulu dirinya pernah melakukan pengguguran.
"Jangan takut ya sayang? Abang ada disini temankanmu? Kuatkan semangatmu.." Syah yang masih setia berada disamping Hani memberikan kata semangat semoga ketakutan Hani akan segera hilang.
"Puan, tarik nafas.Jangan takut.Jangan fikirkan sangat.Pembedahan ini biasa dilakukan bagi mana-mana ibu hamil yang kesnya sama seperti puan."
Kata seorang dokter yang bertanggungjawab dalam pembedahan kecil bagi kes Hani tersebut.
"Isteri saya kenapa Dok?" Tanya Syah pada dokter tersebut.
"Tekanan darahnya menurun.Bagaimanai nak mulakan Operation?" Sahut si dokter.
Syah menatap Hani tanpa kerdip.Syah seperti dapat melihat ada ketakutan yang sedang dirasai Hani melalui manik matanya.
"Sayang, apa kau berasa takut sekarang? Ia tidak akan sakit mana seperti apa yang kau bayangkan. Tenangkan diri okey?" Kata Syah.
"Aku tak sanggup bayangkan betapa sakit masa aku gugurkan janin dulu?" Terang Hani.
"Sakit sangat ya? Tu lah siapa juga suruh yang buat?
Kau tahu, ini adalah kesan sampingan bila pernah buat pengguguran." Ketus Syah tanpa fikirkan perasaan Hani.
'Huft! Patut saja kak Yana mengumpat selalu, bercakap tak fikir dua kali.' Kata Yana dalam hatinya yang berasa jengah pada sindiran Syah suaminya itu.
Syah memegang tangan Hani erat.Namun Hani memalingkan wajahnya ke tempat lain.Dan Syah yang perasan akan perubahan raut wajah isterinya itu cuba mengambil hatinya.
"Kau marah ya sayang? Abang minta maaf.Abang tak sepatutnya berkata seperti itu.Buat apa diungkit hal lama? Abang ini bodoh sekali.Tak pandai jaga hati isteri
yang sedang takut masuk dewan bedah." Ujar Syah cuba menghiburkan hati isterinya.
Dalam hati Hani tak percaya kalau Syah selucu itu.
Sanggup menghiburkan hatinya.Dan tahu serta sedar akan ucapan yang sempat menyinggung perasaan.
"Okey puan, kita boleh masuk dewan bedah sekarang.Syah nak masuk dalam juga?" Tanya dokter bedah kandungan tersebut.
"Dok, izinkan suami saya ikut masuk bersama saya.Boleh kan?" Permintaan Hani itu di ia kan oleh sang dokter.Bagaimana pun, Syah juga adalah seorang dokter pakar.Tidak salah jika cuma sekadar menemani pesakit yang namanya isterinya sendiri.
Syah menatap wajah isterinya yang kelihatan masih pucat.Hatinya juga turut merasa sakit sama seperti Hani isterinya.
Share this novel