Bab_21 Bangun dari tidur yang panjang

Romance Completed 100113

'Deg'
Jantung Hani berdegup kencang. Apa dirinya tidak salah salah dengar? Mengapa anaknya boleh berkata sedemikian? Apa yang anaknya rasakan saat Ini?
Sungguh pilu dihati Hani ketika ini. Dirinya benar-benar merasakan kasihan pada satu-satu anak lelakinya ini.

Diruang lain pula, dimana dua dokter bersahabat
yang sedang memantau rakaman cctv setiap kali
Hani serta anaknya menjenguk Syah.

Melihat rakaman cctv tersebut, dua dokter bersahabat itu merasa aneh pada tingkah anak Syah. Keduanya melihat secara dekat ke layar 'screen monitor' dengan
memperbesarkan gambaran yang ingin dilihat dan hasilnya sangat memeranjatkan.

"Danny, telunjuk Syah bergerak!!" Teriak Dokter Ilham.

"Ya kau benar. Cepat kita kesana!"
Kata Dokter Danny yang tak kalah teriaknya.

Tanpa berlengah, Kedua dokter yang bersahabat itu pun bergegas pergi menuju ke bilik Syah ditempati.

Syahriz POV
Aku merasakan tubuhku seperti dihempap benda berat.
Aku cuba mengerakkan apa yang termampu diseluruh tubuhku. Mengapa aku berasa anggota tubuhku kebas?
Apa yang berlaku sebenarnya?

Aku mencuba membuka kelopak mataku. Ah! Pedih sekali. Ada apa dengan mataku? Aku membuka kelopak mataku sekali lagi secara perlahan. Dan akhirnya aku dapat melihat juga walau hanya samar-samar.

Sampai kelopak mataku terbuka luas, pertama yang ku
lihat ialah kedua sahabatku. Aku memanggil nama keduanya.

"Danny... Ilham.."
Aku tersenyum bahagia.
Syahriz POV End

"Nak air bro?" Pinta Syah pada kedua sahabatnya itu. Syah merasa perlukan air untuk membasahi tekaknya yang terasa kering.

"Kau ok bro? Minumlah dulu." Kata Dokter Ilham seraya membantuku untuk duduk bersandar dikatil pesakit ini.

"Ok! Aku kenapa?"
Tanya Syah pada kedua sahabatnya itu.

"Kau accident bro.." Jawab Dokter Danny.

"Dan koma selama dua tahun sebelas bulan.Parah sekali ya bro.." Timpal Dokter Ilham lagi.

"What! Selama itu?" Tanya Syah hampir tak percaya.

"Cuba ingat sesuatu?" Kata Dokter Danny pada Syah.
Kerana kedua sahabat Syah itu ingin memastikan
sejauh manakah ingatan Syah selepas ia sedar dari koma.

Syah memejamkan matanya. Mencuba mengingat
semampu boleh tentang dirinya. Seketika kepalanya terasa pening. Bayangan dua kelibat yang tidak asing
baginya muncul dibenaknya.

'Dad.. Mom..'
Seru Syah dalam hati. Tiba-tiba muncul lagi seseorang dibenaknya?

'Yana'
Gumam Syah yang masih jelas terdengar ditelinga kedua sahabatnya itu.

"Yana mana?"
Tanya Syah kepada kedua sahabatnya.
Kedua sahabatnya itu saling pandang. Dokter Ilham
hanya tersenyum hambar bila Syah menanyakan
keberadaan isterinya. Tapi dia faham sangat pada keadaan Syah ketika ini yang banyak kehilangan memori. Mana mungkin Dokter Ilham melanggar etika kerjanya atau campur adukan masalah peribadi dalam
merawat Syah.

"Boleh tolong panggilkan Yana?" Pinta Syah.
Dokter Ilham pun mencari isterinya Yana di lobby.

Ilham POV
Setelah selesai menjelaskan pada Yana serta adiknya
Hani tentang keadaan dan perkembangan Syah saat ini, aku pun membawa mereka masuk dalam bilik Syah dirawat. Tidak lupa juga membawa Ivan bersama.

'Yana.." Panggil Syah pada Yana. Aku melihat ke arah isteriku Yana yang hanya tersenyum hambar pada Syah bekas tunangnya itu.

Syah melihat kesana-sini. Tatapannya jatuh pada Ivan.
Aku tidak tahu apa sedang ada difikiran Syah saat
melihat anaknya. Lalu tatapan Syah beralih pada Hani pula.

"Hai.."
Sapa Syah pada isterinya Hani. Ku lihat dari raut wajah Syah menyapa Hani, Syah seperti cuma mengenal Hani sebagai adik perempuan Yana. Mungkin
waktu ini apa yang Hani rasakan sama seperti aku tentang tanggapan Syah pada kami berdua.

"Yana sayang kemarilah, apa kau tidak merindukan abang?" Kata Syah tanpa ia mengingat hal sebenarnya.

Aku mengajak Hani dan anaknya keluar dari bilik tersebut. Aku takut hal lain pula akan terjadi tanpa diduga.
Ilham POV End

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience