Bab_3 I/C Hilang

Romance Completed 100113

"Aku datang ada tujuan." 
Kata abang Syah tanpa basa basi.

"Apa lagi ini Ya Tuhan" Batinku.

"Ya ada apa?" Ucapku.

"Mana I/C kamu? Aku perlukannya untuk ijab qabul esok nanti? Aku tidak yakin apa kamu akan melarikan diri apa tidak?" Aku tidak tahu apa abang Syah ini baik-baik saja atau tidak. Mana mungkin juga, abang Syah kan seorang Doktor. Umpatku dalam hati. Tiba-tiba muncul dikepala otakku ingin mengerjai abang Syah.

"Tapi.. I/C ku masih dalam proses. Belum tuntut kat pendaftaran." Kataku bohong.

"What?"
Sahut abang Syah dengan ekspresi terkejutnya.

"Jadi bila kamu akan menuntutnya?" Sambung abang Syah lagi. Aku mengangkat kedua bahuku. Aku cuba menahan tawa dalam hati takut akan pecah. Aku melucutkan telekung dari tubuhku lalu keluar dari kamarku tersebut meninggalkan abang Syah seorang didalam kamar.

'Siapa suruh berani masuk kebilik ku?' Gumamku.
Hani POV End.

Syah tidak menduga sama sekali. Ternyata jauh beza sangat tingkah laku Yana dan adiknya.

'Kalau dulu Yana itu manjanya terkesan sangat. Tapi adiknya ini.. Masyallah.. Keras kepala. Mungkin aku terjumpa batu kali?' Gumamnya Syah tanpa ada malunya merebahkan tubuhnya ditilam empuk milik Hani. Mata Syah menerawang kesana-sini melihat nuansa dalam kamar tidur tersebut. Matanya tertumpu pada sesuatu.

'Apa sebaiknya aku bongkar je beg tangan si Batu ni?' Fikir Syah. Dengan cepat Syah menyelongkar isi beg tangan Hani itu. Syah kemudiannya mengambil dompet Hani tanpa berlengah terus membukanya.

'Huft! dasar kamu ya bekas adik iparku. Kamu membohongiku bulat-bulat. Ok deal! Aku aku akan tunaikan katamu itu I/C kamu hilang kan?Baguslah, kamu kerjakan aku dan aku pula mengerjaimu. Permainan pasti seru nantinya. Dasar Cikgu bodoh!' Batin Syah dengan senyum liciknya.

Syah terburu-buru mengemas semula beg tangan milik Hani sejurus selepas terdengar langkah kaki seseorang menuju kekamar tersebut. Nasib sangat menyebelahi Syah kerana hanya beberapa minit sahaja Hani sudah pun berdiri didaun pintu. Syah bergegas keluar dari kamar itu.

"Aku pulang dulu. Tidur indah malam ni ya calon isteriku.." Bisik Syah ditelinga Hani.

"Ok tuan Dokter. Eh! Bekas abang iparku. Huft.. sorry." Hani sambil menutup mulutnya dengan gaya mengejek.
Mata Syah terbelalak mendengarkan nama panggilan dari Hani itu. Tapi Syah bukannya marah justeru membalasnya.

"Hmm ya Cikgu pemb.." Syah tidak menghabiskan kalimatnya takut nanti ketahuan bahawa dia sudah mengambil I/C Hani.

"Bye.." Sambung Syah sambil mengerdipkan sebelah matanya pada Hani. Hani yang belum mengetahui apa-apa hanya tersenyum biasa.

Syahriz Alvano POV
Jauh dilubuk hatiku aku sangat rindukan Yana. Tapi aku terlanjur terluka dan kecewa kerana kau tinggalkan aku sebagai pengantinmu.

'Sebesar apakah cintamu pada lelaki itu sampaikan kau sanggup pergi bersamanya sedangkan kita hanya tinggal duduk bersanding sahaja?' Batinku.

Aku tidak tahu apa, dimana salahnya mengongkong jika itu untuk kebaikan. Memang benar ada sesetengah pergerakanmu yang aku kongkong tapi semua kemauhanmu aku tunaikan semampuku.

Kerana kebodohanmu Yana aku sampai melakukan zina. Terkutuknya aku yang memperkosa adikmu hanya untuk melampiaskan betapa sakitnya hatiku.

'Astaghfirullah alhazim'.

Sungguh aku kehilangan kendali saat aku membaca surat yang tinggalkan itu. Dan aku tidak akan berjanji apakah aku akan baik-baik saja dalam menjalani pernikahan bersama adikmu. Aku tidak pasti selama 'Tempoh Pernikahan' itu nanti akankah aku pasrah pada takdir atau akankah sakit hati ini merubah pada benci dan dendam?

Tapi jujur dari hati, aku luluh bila melihat Hani yang sedang solat istikharah sewaktu aku masuk kekamar tidurnya tanpa izin. Sedangkan kau Yana, aku bahkan tidak pernah melihat sekali pun kau menutupi tubuhmu dengan telekung.

'Ah! bodoh sangat aku yang mengataimu Yana sedangkan aku sendiri sudah lama tidak menunaikan kewajipanku!'
POV End.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience