Setiap hari itulah yang akan dilakukan oleh Hani.
Membisikan ditelinga Syah dengan membawanya
bersembang serta memperdengarkan alunan surah lazim itu sudah seperti termasuk dalam rutin hariannya.
Dan begitulah seterusnya. Bahkan tanpa terhitungnya hari, bahkan berbulan dan bertahun lamanya. Keadaan
Syah tetap sama tanpa ada perubahan langsung.
Kini genap sudah Syah koma selama dua tahun sebelas bulan. Hani bagaikan kehilangan semangat untuk meneruskan statusnya sebagai isteri Syah.
Terkadang Hani berasa putus asa tatkala
dia berfikir akan penantian yang tak berkesudahan terhadap orang yang dia tidak cintai. Hani juga merasa dirinya sedang berdamping dengan mayat hidup bersama seorang anak yang membesar tanpa adanya
belaian kasih seorang ayah pada anak.
Hani POV
"Sapa papa dulu sayang?" Kataku pada anak lelaki
ku yang telah berusia dua tahun sebulan.
"Hai papa.." Sapa anakku pada ayahnya yang ia panggil
dengan panggilan papa. Aku merasa kasihan pada anakku yang sejak lahir hingga saat ini hanya melihat ayahnya yang cuma berbaring sahaja tanpa ada pergerakan juga komunikasi apapun.
"Assalamualaikum.. abang apa khabar hari ini?
Maaf, hari ini Hani lambat sedikit datang. Banyak kerja sekolah yang harus Hani siapkan."
"Abang bila bangun? Tak nak jumpa anak lelaki abang?
Dia dah pandai berkata-kata sekarang ni secara spontan. Dia juga sering berkomunikasi sama abang. Setiap hari dia pasti akan menyapa abang dengan 'Hai'."
"Apa abang tahu dia yang Hani sebut tu siapa? Dia tu
anak lelaki abang. Namanya Ivan Haziq Bin Syahriz Alvano. Hani memanggilnya hanya Ivan. Dia dah pun berumur dua tahun. Abang tahu.. Dia anak yang sangat
lucu.. Wajahnya sangat tampan seperti abang. Jika dilihat dekat, parasnya benar-benar salinan seperti abang."
Sesekali aku mengusap pipiku yang basah oleh airmata. Sekilas aku memandang ke arah anakku,
Dia ikut-ikutan terisak. Melihat sikap anakku yang polos itu, dadaku jadi sesak. Inilah punca utamaku mengapa
aku masih bertahan sebagai isteri abang Syah.
Jika bukan kerana anak yang lahir dari rahimku, mana mungkin aku akan bertahan mempertaruhkan hidup
bersama orang yang menberiku luka dan kebencian.
Dan apa lagi abang Syah pernah berbisik ditelingaku saat dihari pernikahan. Sampai sekarang ianya masih sangat jelas terngiang...
"Percayalah pernikahan ini akan berakhir dalam tempoh yang terdekat, sehingga kamu lelah lalu mundur dengan sendirinya. Walau sekuat apapun kata rayumu, jiwa luluhku tidak akan pernah tunduk dihadapanmu kerana ada gores luka yang terlalu ramah dihatiku."
Sakit.. Itulah yang aku rasakan bila mengingatnya.
"Ivan sayang.. mama ke toilet kejap ya. Duduk yang sopan ya dekat papa? Dan jangan ganggu papa tidur ya?" Pesanku pada anakku seraya mengusap lembut pundaknya. Lalu aku pergi meninggalkan anakku bersama ayahnya.
Hani POV End
'Papa.. Kenapa papa tidur lama sangat? Ivan sudah bangun banyak kali. Papa masih juga tidur. Kenapa?"
Ucap Ivan sambil menaikkan kedua alisnya.
Kemudian Ivan menunjuk satu-persatu jemari Syah.
'Satu dua tiga dan..? Eh salah lagi. Satu dua tiga..?
Ish papa, Ivan lupa. Lepas tiga apa ya pa?"
Tanya Ivan pada sekujur tubuh ayahnya yang tidak sedarkan diri itu berbulan lamanya.
Ivan mendekati wajahnya pada jemari ayahnya. Ivan
menatapnya lekat, hairan dan aneh melihat jari telunjuk
ayahnya bergerak turun naik.
"Ha!! Mama ! Lihat ini mama ? Jari papa gerak-gerak?"
Teriak Ivan memanggil ibunya. Dalam fikiran Ivan
dia bersorak senang kerana ia fikir ayahnya mengikutinya mengira angka sepertinya tadi.
"Ivan apakan papa sayang?" Tanya Hani pada Ivan anaknya itu. Anaknya dengan cepat menjelaskan apa yang dia lakukan pada ayahnya.
"Ivan kira nombor satu dua tiga kat jari papa."
Jawab Ivan santai.
"Apa yang Ivan kira kat jari papa?" Tanya Hani berasa hairan pada Ivan yang tak pernah seperti itu selama dia
berkomunikasi sama ayahnya.
"Ivan kira sebab nak tahu berapa lama sudah papa tidur. Kan papa tidurnya lama sangat ma.."
Kata Ivan dengan gaya polosnya seraya menyilangkan
kedua tangannya ke siku.
'Deg'
Jantung Hani berdegup kencang. Apa dirinya tidak salah salah dengar? Mengapa anaknya boleh berkata sedemikian? Apa yang anaknya rasakan saat Ini?
Sungguh pilu dihati Hani ketika ini. Dirinya benar-benar merasakan kasihan pada satu-satu anak lelakinya ini.
Share this novel