Bab_27 Papa BUCIN (Budak Cinta)

Romance Completed 100113

Sudah dua minggu lalu, Syah masih belum mengingat apapun sejak nahas itu. Dan hal ini sangat menyenang kan bagi Hani. Kerana ia harus melakukan sesuatu agar suaminya akan cepat jatuh cinta padanya.

Bagi Hani, tidak susah membuat Syah jatuh cinta padanya. Cukup sering bergelayut manja dan menuruti apa jua kemahuan suaminya jika yang termampu.

Hani selalu bersikap baik dan manja pada Syah.
Sepulang dari mengajar pun, Hani akan berusaha menggoda Syah.

'Wah! Isteriku sangat manja.Jika begini, esok lusa aku akan dicap sebagai BUCIN pada isteri. Tapi tidak apalah.. Lebih baik bucin sama isteri sendiri. Apalagi ada isteri yang hobinya suka menggoda.'
Batinnya Syah.
Syah menggelengkan kepalanya seraya tersenyum bahagia melihat tingkah isterinya yang berusaha seperti inginkan Syah agar segera jatuh cinta pada Hani isterinya itu.

"Hani.. apa kau belum hamil lagi?" Pertanyaan Syah itu
seakan membuat jantung Hani berhenti berdetak. Ada apa pula dengan Syah yang bertanya tentang kehamilan secara tiba-tiba.

Hani mencubit hidung Syah seraya berkata,
"Nak sangat Hani hamil ya? Dah tak sabar nak kumpul anak ya?" Kata Hani dengan manjanya.

"Kan Hani juga yang pernah katakan.. abang selalu membuangnya didalam.Takkan tak ada yang menyangkut? Penat tau.. jika hasilnya tiada." Ujar Syah.

"Oh! Penat ya, kalau rasa penat, tak payah buat. kumpul tenaga dulu banyak-banyak." Ejek Hani pada suaminya itu.

Syah menatap wajah Hani. Dengan sikap manja Hani, tiba-tiba dia merasakan degupan jantungnya berdetak cepat. Syah mulai bingung. Dan saat ini dirinya mencuba mengingat sesuatu yang menyangkut paut tentang perasaannya terhadap Hani. Namun kebinggungannya menjadi-jadi.

'Sebenarnya aku ada apa? Kenapa perasaan sebegini seperti aku pernah mengalaminya? Apakah aku pernah mencintai Hani, isteriku ini sebelum kemalangan?'

"Hani, boleh abang tanya?" Tanya Syah pada Hani.

"Tanyakan saja sayang. Ada apa?" Jawab Hani.

"Sebelum abang kemalangan, apa abang pernah menyuarakan kalau abang mencintai Hani?"
Dahi Hani jadi cemberut. Seingatnya, suaminya tidak pernah berkata sedemikian rupa.Hani menggeleng.

"Abang tak pernah berkata begitu pula pada Hani.
Abang ada teringat sesuatu?"
Tanya Hani merasa hairan pada suaminya itu.

Syah memejamkankan matanya. Sayang sekali dirinya tidak mengingat lagi apa-apa setakat ini.

Sebenarnya dulu sebelum nahas itu, Syah sudah pun jatuh cinta pada Hani dan mulai mencintainya. Hanya saja belum memberitahu dan mengungkapkan perasaannya pada Hani.

Dan yang sebenarnya, yang Syah alami saat ini adalah kesinambungan perasaannya terhadap isterinya.
Jika mungkin nahas itu tidak terjadi, mungkin waktu
ini Syah sudah pun boleh digelar sebagai bucin.
Yang sanggup menuruti apa saja keinginan serta kemahuan buat sang tercinta.

"Apa sekarang ni abang sudah mencintai Hani?"
Tanya Hani hati-hati pada suaminya.

Syah memgukir senyum buat isterinya. Apakah dia harus jujur pada perasaannya sendiri, yang kini dia mula menyimpan rasa terhadap Hani isterinya?
Syah memeluk tubuh isterinya itu, seraya mengucup dahinya.

"Hani, jujur abang katakan.. Tak perlulah abang berkata panjang lebar disini. Cukup Hani mendengarnya dan abang akan katakan sekali ini saja. Abang mencintaimu sebagai isteriku dan sebagai ibu kepada anakku, dunia dan akhirat."
Ungkapkan jujur lahir batin dari Syah itu mampu menitikan airmata Hani. Jujur juga bagi Hani, dirinya juga sudah menyimpan rasa cinta pada Syah suaminya itu sejak Syah masih koma lagi. Dan mungkin sudah tiba masanya untuk Hani mengungkapkannya juga.

"Abang, terima kasih kerana sudah mencintaiku. Dan ketahuilah, Hani juga sudah lama menyintai abang sepenuh raga."
Ungkap Hani pada Syah, suaminya itu.

"Tapi abang, tak perlulah sampai jadi bucin. Hani mohon, cukup abang jadi papa bucin sahaja buat Ivan. Itu lagi afdal, Iya kan?" Pinta Hani.

"Tapi papa bucin itu kan buat Hani juga?"
Kata Syah.

"Hah, Iya benar juga." Sahut Hani spontan.

"Papa..mama.." Panggil Ivan.
Syah dan Hani saling pandang seraya serentak menoleh ke arah Ivan anak lelaki mereka.

Next.. "Sayang, akhirnya kau hamil juga.Terima kasih sayang." Ungkap...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience