'Aku tidak tahu, yang mana lebih sakit. Apakah melepaskankannya sahaja atau melupakannya?'
Sakit menusuk ke kalbunya. Beban raganya berat tak tertimbang. Apakah dirinya harus terus menyalahkan pada orang yang mengkhianati dan menyakitinya?
Syah merasakan apa yang diucapkan dalam hati saat ini seperti ia pernah mengucapnya suatu ketika dulu sebelum dirinya koma.
#Flashback On
'Aku tidak tau yang mana lebih sakit? Melepaskan atau merelakan? Kenapa rasa cintaku pada Yana hilang begitu saja? Bukankah dikhianati itu akan menjadikan seseorang marah, benci atau boleh jadi lebih teruk dan
buruk dari segalanya? Lain halnya dengan Hani, seperti aku tidak rela melepaskannya.'
#Flashback Off
Benar, memang benar. Syah sudah mengingatnya bahawa dia pernah mengatakannya dahulu tapi tidak
pernah mengungkapkannya lagi.
Dan kini, kekecewaan Syah datang bertandang lagi.
Dia akui masih berasa kecewa atas sikap Hani yang
sewenangnya buat keputusan sendiri tanpa ia memikirkan ada pihak lain terluka.
Syah tidak ingin perasaan kecewanya terus mengganggu konsentrasi jam kerjanya. Dia harus bijak dalam menangani hati dan perasaannya. Da tidak akan mengambil keputusan terburu-buru seperti menegur sikap Hani yang pentingkan diri sendiri dan mana mungkin juga Syah menyudutkan Hani, isterinya.
Apa pun, jika Syah menyakiti Hani, sudah tentu tempiasnya akan berbalik kepadanya juga. Sebenarnya
ini juga yang membingungkan fikiran Syah. Dia tidak sampai hati meluapkan kekecewaannya pada Hani jika
akan menyakiti isterinya itu. Kerana rasa cintanya tidak mampu meluruhkan hatinya walau sekejam apa keadaan mau pun takdir mengujinya.
"Abang sudah pulang? Apa abang lelah hari ini?"
Tanya Hani kepada suaminya yang baru sahaja pulang
dari kerja seraya mencium punggung tangannya tanda takzim.
Syah menarik nafasnya. Lalu menjawab pertanyaan isterinya itu.
"Ya, hari ini abang rasa sangat lelah.." Jawaban singkat dari Syah itu terkesan dingin oleh Hani.
"Abang perlukan sesuatu?" Tanya Hani hati-hati.
Syah menatap isterinya itu seraya berkata,
"Yana hamil tapi dia keguguran. Tadi Danny yang mengatakannya." Kata Syah dengan wajah diginnya.
"Hahh!" Hanya itu jawaban ringkas yang diberikan oleh Hani. Namun dalam hatinya, seperti dia tahu kenapa suaminya sedikit bersikap dingin padanya. Mungkin kerana ada sangkut pautnya dari kak Yana.
Syah meninggalkan Hani tanpa izin. Meninggalkan isterinya tanpa ada sepatah kata pun. Hani yang terdiam kaku merasa hairan pada sikap suaminya yang tidak selalu begini.
'Apa kerana kak Yana, abang Syah bersikap dingin padaku? Apa masih ada cinta dihati abang Syah buat kak Yana?' Senyum getir terukir dibibir Hani. Sedangkan
Hani belum mengetahui hal tentang suaminya yang sudah pulih sepenuhnya. Apa lagi mengetahui kalau suaminya sudah tidak amnesia lagi.
'Apa aku harus bersedia mulai dari sekarang, seandainya abang Syah ingin pisah dariku?'
Sekali lagi senyum getir dibibir Hani terukir.Sejak suaminya koma, Hani sebenarnya sudah persiapkan mental, hati dan keperluannya seandainya suatu saat, suaminya itu akan meninggalkannya atau juga mungkin dirinya diceraikan. Bagi Hani, semua itu tidak mustahil berlaku jika memang itu sudah suratan tertulis.
Hani mengejar suaminya yang sudah pergi dulu ke kamar tidur mereka. Melihat suaminya yang cuma mengenakan sehelai tuala dililtkan hingga ke paras pinggang sahaja, membuatnya berencana sesuatu.
"Abang mahu mandi? Hani temankan abang mandi boleh?" Kata Hani seraya melingkarkan tanganya ke pinggang suaminya itu.
'Ah! Dia mulai lagi menggodaku? Uh!' Batinnya Syah.
"Boleh?" Tanya Hani semula seraya melumat bibir suaminya tanpa izin dari sang pemilik bibir.
"Pergilah, abang sangat lelah hari ini.." Kata Syah pada isterinya Hani. Seketika Hani merasakan wajahnya merah merona kerana malu ditolak olah suami sendiri.
"Okey, aku pergi. Nanti kalau abang nak jatah, jangan hairan kalau.." Bisik Hani ditelinga Syah lalu meninggalkan suaminya.
Syah menarik tangan Hani yang belum sempat menjauh darinya lalu memeluknya.
"Isteri bodoh!" Gumam Syah seraya melumat bibir Hani dan ia pun melanjutkan aksinya sehingga mereka melakukan penyatuan yang tak terkata nikmatnya.
"Hani minta maaf, Hani akan pergi. Abang perlukan ketenangan dan kita harus berpisah buat sementara waktu."
Share this novel