Hani menaikkan kedua alisnya.Ia merasa hairan.Apa hal pula pada ibunya yang sampai ikut ke pejabat agama segala.
"Ibu? Ibu kenapa ada kat pejabat agama pula?"
Tanya Hani.Kerana Hani tidak tahu pun tentang rencana Danny hari ini.
"Danny yang mengajak ibu sebenarnya.Ada khabar baik yang belum Hani tau kan? Yana sudah sah jadi isterinya
Danny." Khabar itu buat Hani terkejut besar.Dia tak menduga kalau Danny benar-benar serius pada kakaknya itu.
"Hah!! Ternyata Danny memang benar sukakan Kak Yana lah kan? Wow..amazing lah Kak Yana ni, dah dua
kali Kak Yana bersuamikan seorang Dokter.Kalau dulu abang sebagai tunangnya, abang juga seorang Dokter."
Kata-kata Hani itu seketika buat Syah terdiam.Diam bukan kerana dia rasa tersindir pada apa yang baru saja Hani ucapkan.Diam kerana Syah ingin melihat reaksi berkaitan tentang apa yang Hani sudah suarakan.
"Hani, datang kat abang sini?" Seraya menepuk-nepuk
disofa tempat dimana Syah sedang duduk.Hani pun datang mendekat pada Syah.Sesuai apa yang diminta oleh suaminya.
Syah memeluk tubuh isterinya penuh hangat.Hati Syah saat ini, dia dipenuhi dengan tanda tanya tentang keadaan yang telah berlaku pada Hani, sang isteri.
"Abang sangat sayangkan Hani...Terlalu sayang..
Hani baik-baik saja kan?" Pertanyaan dari Syah itu buat Hani curiga.Hani merenung tajam pada Syah.
"Abang kenapa? Kenapa tiba-tiba abang bahas soal sayang pula? Aku tahu abang memang sayang padaku.
Abang selalu baik..suami yang pengertian."
Syah semakin memeluk erat tubuh Hani.Dalam hatinya dia tahu jika Hani masih membencinya.Tapi dia tidak tahu, apa yang mendorong isterinya itu untuk terus tetap bertahan.Memikirkan hal ini, Syah mula rasa bersalah.Mungkinkah Hani trauma terhadap suami sendiri? Namun Hani cukup kuat untuknya mengharungi sendirian apa yang sentiasa ada dalam hatinya.Dan hal itu sangat sulit untuk Syah memahami tentang situasi sebenar isterinya.
"Hani, apa pun yang menimpamu abang sentiasa ada disisimu.Katakan pada abang apa sedang kau rasakan? Apa kau punya masalah yang buatmu
trauma?" Hani menautkan kedua alisnya.Dia tidak tahu apa yang patut ia ceritakan pada suaminya itu.Trauma? Hani sendiri belum pasti tentang itu.
"Abang cakap apa? Aku baik-baik saja.Tiada apa-apa masalah yang aku hadapi bang?" Hani berasa mula curiga pada suaminya.Apa saja yang suaminya tahu pada dirinya, Hani sendiri tidak pasti itu.
"Hani, kalau ada apa-apa, luahkan saja pada abang.."
Syah cuba mengumpan Hani.Siapa tahu jikalau terbuka hatinya Hani untuk meluahkan segala apa yang berbuku dihatinya.
"Abang, bukankah sudah ku Katakan tadi kalau aku baik-baik saja.Abang pelik ya hari ini?" Kata Hani.
'Hani, jika pun benar trauma mu ada disebabkan perbuatan abang dulu, kenapa abang tidak perasan itu?
Pandai sungguh kau sembunyikannya dari abang.
Abang tak membiarkanmu untuk sentuh pil-pil itu lagi. Abang tak kan biar itu terjadi lagi padamu?'
Monolog Syah disudut hatinya.
Ditempat lain pula, Danny masih mencari keberadaan Yana yang sudah sah menjadi isterinya.Saat ini, entah kenapa ada rasa kebimbangan yang mula terasa dihatinya Danny.
Danny cuba menghubungi nombor telefonnya Yana. Namun hasilnya hanya sia-sia.Nombor telefon Yana kini sudah tidak aktif.Apa Yana benar-benar menghilang
sekali lagi? Seperti yang ia pernah lakukan dulu terhadap Syah? Ketika Yana sedar kalau Syah bukanlah
pilihan terbaiknya.Apakah Danny juga akan menerima nasib yang sama seperti Syah? Bezanya cuma Danny
sudah pun sah jadi suaminya Yana.
'Biar aku mati perlahan-lahan, itu lebih baik buatku daripada aku terus hidup disampingmu, aku tidak rela untuk bersamamu disepanjang hayatku.'
Share this novel