Dengan langkah cepat Syah bergegas meninggalkan perkarangan hospital. Mengemudikan kenderaannya dengan laju tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Yang ada dikepalanya ialah ingin sangat bertemu dengan Hashiran untuk meminta penjelasan tentang apa yang tak terjawab oleh benaknya sendiri tentang tuduhan-tuduhannya yang tak tak benar sekali pun. Tanpa ia menyedari bahawa dirinya telah memfitnah isterinya sendiri.
"Brakkk"
Bunyi dentuman kuat menggema dilampu isyarat simpang empat.
'Chakk chak cak'
Bunyi pecahan kaca cermin berhamburan ke merata tempat.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas dilampu isyarat disimpang empat kerana telah melanggar lampu isyarat yang masih mengisyaratkan
amaran berwarna merah.Dan menyebabkan kenderaan
tersebut melanggar tiang lampu isyarat kerana ingin mengelak daripada bertembung dengan kenderaan lain
dihadapan.
Dan pengemudi tersebut terlontar jauh ke hadapan dengan keras mengakibatkan ia tak sedar diri ditempat kejadian.
Dia ialah Syahriz. Syah terlibat kemalangan dijalan raya yang hampir mencabut nyawanya akibat
kecuaiannya sendiri.
Akhirnya Syah dibantu oleh orang awam yang berada ditempat kejadian tersebut. Mereka telah
menelefon ambulan kerana tiada satu pun yang berani menyentuh sekujur tubuh yang cedera parah. Entah
peluangnya untuk hidup masih ada atau sebaliknya.
'Astaghfirullah alhazim'
Itulah kalimat yang kebanyakannya keluar dari mulut pada setiap yang melihat sekujur tubuh Syah.
Yana melihat bekas tunangannya itu dengan tatapan
hiba. Apalagi saat ini kedua suami isteri itu sedang tidak sedarkan diri.
'Apa salah mereka berdua sehingga Tuhan menghukum dengan setragis begini.'
Batin Yana.Setitik airmata jatuh dipipinya. Mengingatkan pengkhianatan yang ia lakukan
pada Syah hati Yana merasa bagai disayat.
'Semua yang terjadi ini berpunca dariku. Andai saja waktu boleh diputar, mana mungkin aku tinggalkan
Syah hinggakan aku kehilangan ayah. Dan sekarang,
Allah sedang mengujiku. Apalagi yang berlaku selepas ini?' Batin Yana sementara tangisnya pecah,
memecah keheningan diruang menunggu ICU.
"Sayang.." Panggil Ilham pada isterinya Yana.
Ilham memeluk tubuh Yana lalu mengusap airmata isterinya itu.
"Syah dinyatakan koma. Mungkin peluangnya hidup sangat tipis. Keadaannya sangat kritikal. Kita banyakkan berdoa untukya." Terang Ilham sehinggakan
ramai yang mendengarkan penjelasan dari lham itu mengeluarkan tangisan diruangan itu terutama ibu Syah.
Hani mengerjapkan matanya. Melihat disekeliling ruangan tersebut dan dirinya mendapati ada ibu dan
kakaknya. Ia masih merasa lemah pada tubuhnya.
Saat ia mengingat kali terakhir sebelum dirinya jatuh
pengsan ia dan suaminya hampir saja bertengkar. Lalu
kemana pergi suaminya?
Hani mengelus perutnya.
'Apa abang Syah mengetahui kalau aku sudah membuang janin ini?' Batin Hani.
"Hani.. Apa kau sudah merasa baik pagi ini?"
Tanya ibu Hani setelah sedar anak perempuan keduanya itu sudah terjaga.
"Rasa lebih baik dari sebelumnya Ibu. Abang Syah dimana ibu?" Tanya Hani pada ibunya.
Bukannya ibu Hani menjawab tapi ibunya malah
menangis. Ibunya melihat Yana yang sedang duduk
disamping. Yana pula mulai terisak melihat ibunya
yang sedang menangis.
"Ibu dan Kak Yana kenapa?" Tanya Hani yang merasa
hairan.
"Hani yang sabar ya.. Syah kemalangan petang kemarin. Dan sekarang Syah ada di ICU. Syah koma Hani." Hani tekejut pada khabar yang Yana sampaikan padanya.
"Jangan difikirkan sangat Hani. Kau masih lemah. Nanti janin yang kau kanndung akan berpengaruh."
Kata ibu Hani.
"Ya ibu benar Hani. Kandungan akan berisiko jika
kau dalam masalah. Kau sangat beruntung Hani.
Kau hamil kembar. Masih ada satu yang tertinggal
didalam sana." Jelas Yana pada adiknya.
"Apa ! Bagaimana mungkin?"
Tanya Hani hampir tak percaya dengan wajah terkejutnya.
Share this novel