"keadaan berpihak padaku. Terima kasih takdir.."
Kata Hani dalam hati. Sepertinya takdir menyebelahinya kali ini tanpa rencana sepenuhnya. Walaupun rasa bersalah itu ada, namun hatinya tidak dapat menepis bahawa kebenciannya terlalu besar suaminya. Tapi sungguhpun pun begitu, setiap ia menunaikan ibadah solat, pasti ia akan memohon doa keampunan kerana telah memperbodohkan suaminya.
Kecanggungan didalam kereta selama perjalanan menuju ke hospital membuatkan hati Hani ingin bertanya langsung pada Syah.
'Apa mungkin dia marah sebab tadi pagi tuu? Ah!Bukankah dia pantas mendapatkannya?' Batin Hani.
Lain halnya pula dengan Syah yang hanya fokus menatap ke hadapan sahaja. Sebenarnya dirinya amat kesal dan kecewa kejadian yang berlaku sejak pagi.
'Aku sangat kecewa.. adakah takdir sedang mempermainkan ku? Inikah balasan padaku yang telah memperkosa isteri sendiri?'
Bermacam soalan yang timbul difikirannya. Sehinggakan tanpa sedar kenderaan milik Syah berada tepat depan hospital.
"Ibu.."
Seru Hani pada ibunya sambil melakukan salam takzim. Begitu juga dengan Syah.
"Selamat ya buat korang berdua."
Ucap ibu Hani kepada anak menantunya.
"Nak, dokter ada pesan. Dokter kata lengkapkan butiran kemasukan ayah ke hospital. Syah tersenyum miring mendengar ucapan dari ibu mertuanya itu.
"Ok Ibu. Hani akan mengurusnya sekarang juga." Langsung saja ibu Hani setuju.
"Mari biar abang temankan."
Ujar Syah kepada isterinya. Ibu Hani yang melihat kedekatan anak dan menantunya itu tentu saja merasa bahagia. Kerana ia tahu keduanya hanya terpaksa menikah tanpa ada sedikit pun rasa cinta diantara mereka berdua. Jika bukan disebabkan ulah puteri sulungnya pasti sekarang ini yang bergandingan ialah Yana dan juga Syah.
Sekarang ini Hani dan Syah sedang berada dikaunter kemasukan Wad.
"Selamat pagi dokter Syahriz.. ada perlu apa ya dokter?" Sapa salah seorang petugas dikaunter hospital tersebut sambil tersenyum ramah.
"Selamat pagi. Oh ya! tolong keluarkan fail bapa mentua saya. Muhammad Zahri Bin Zainuddin."
Balas Syah spontan.
"Ok sekejap ya dok." Jawab petugas terebut. Lalu beredar menjalankan tugasnya sesuai yang diperintahkan oleh Syah.
Dalam pada itu kedengaran suara-suara sumbang dari kakitangan yang lalu-lalang dihospital tersebut.
"Wah ! Dokter Syah hebat ya. Tak dapat kakak, adik pun jadilah" Kata seorang perawat yang lalu dihadapan Syah dan Hani.
"Aku tak taulah apa dah jadi dengan Yana tu. Dia bah kan sudah bertunangan dengan doktor Syah malah masih juga curang. Malah dia bermain cinta dengan sahabatnya doktor Syah Cih !"
Kata seorang perawat lagi.
"Sangat disayangkan sekali ya? Sedangkan Yana itu assistant doktor Syah."
"Tapi sekarang dokter Ilham dan jururawat Aryana ditugaskan dimana ya?" Kata salah seorang perawat tidak lain ialah teman jururawat yang dekat dengan Yana.
'DEG'
Seperti terhenti saja nafas Syah saat mendengar umpatan dari kakitangan perawat tersebut.
'Apa benar semua ini?'
Batin Syah seakan tidak percaya.
"Dokter.."
Panggil petugas dikaunter kemasukan wad tersebut membuat lamunan Syah buyar.
"Ini failnya dok. Ini perlukan maklumat penuh waris pesakit.Boleh minta I/C isteri dokter?"
Sambung perawat itu lagi.
"Oh ya." Jawab Syah seraya menoleh kearah isterinya.
"Sayang I/C please?" Kata Syah pada isterinya. Sebenarnya Syah ingin menguji Hani.Apakah Hani sudah melupakan soal ia berbohong tentang I/C nya telah hilang. Rupanya Hani betul-betul sudah melupakan ulah yang dibuatnya sendiri. Syah hanya menggelengkan kepalanya melihat Hani yang nekad mencari I/C nya didalam beg tangannya serta dompetnya.
"Tapi sayang bukankah kamu bilang I/C mu hilang?"
Tanya Suami Hani.Sedangkan I/C itu berada ditangan Syah.
"Hahh !" Saat ini sudah pasti wajah Hani memerah seperti udang rebus disebabkan kebohongannya sendiri pada suaminya itu. Hani hanya mampu tersenyum kecut kerana malu pada Syah.
Syah kemudiannya mengambil dompetnya lalu mengeluarkan apa yang dicari oleh Hani itu seraya mengulurkan pada Hani.
"Kamu cari yang ini ?" Tanya Syah pada isterinya.
Mata Hani terbelalak melihat I/C nya yang ada pada suaminya itu.
Share this novel