Bab_13 Sembunyikan kehamilan

Romance Completed 100113

Kini sudah sebulan setengah sudah berlalu tempoh pernikahan Hani dan juga Syah. Hani sangat bersyukur pada ilahi. Sejak ayah Hani meninggal, Hani dan Syah jarang sudah berkomunikasi. Kerana mereka sama-sama sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Hani yang selalu sibuk dengan kelas tambahan disekolah. Syah pula sibuk dengan pesakit-pesakitnya dihospital. Lain lagi yang selalu 'On Call' bila ada 'Emergency Operation'.

Kak Yana dan dokter Ilham kini juga sudah di Ijab qabul. Terkadang Hani sangat jengah melihat pasangan suami isteri itu yang menjengkelkan menurutnya. Apalagi mereka semua tinggal serumah. Kerana alasan masing-masing yang ingin menjaga ibu Hani.

Hani memijit pelipisnya. Hari ini dirinya benar-benar sibuk dan itu membuatnya tekanan. Pelajarnya pun kebanyakannya berkarenah. Tapi disebaliknya, Hani hairan dirinya yang suka melenting dan kurang nafsu makan. Sejak seminggu yang lalu ia merasakan sendiri perubahan itu.

Hani POV
Aku hairan pada diriku ini. Apa tidaknya, aku tiba-tiba
ingin bertemu dengan bekas kekasihku, Abang Hashiran. Hupss.. Dosa.. dosa. Aku sepertinya sudah gila mengingatkan saat-saat manisnya bercinta dengannya. Jujur aku sedikit pun tak pernah menyimpan apapun perasaan pada suamiku itu. Aku tidak dapat memaksakan diriku untuk berbaik hati dengannya. Kebencian dihatiku masih kuat dihatiku. Terlalu sukar untukku membuang rasa benci itu.
Aku melihat abang Hashiran yang menuju kearahku.
Dia mengukir senyum manis. Sungguh aku terpesona
dengan senyumnya itu. Itu juga senyuman yang sangat ku rindukan. Abang Hasiran menyapaku.

"Hai.. busy?" Tanyanya.

"Sedikit." Jawabku sepatah.

"Wajahmu pucat Hani?" Kata abang Hashiran.

"Masa.. aku ada pening sedikit." Terang Hani.

"MC ya ! Abang temankan ke klinik?" Ucap abang Hashiran lagi.

"Eh! Tak perlulah. Aku okey." Kataku pula.

Tanpa aba-aba, Abang Hashiran menarik tanganku menaiki ke kenderaan miliknya. Aku tinggal diam diperlakukan sebegitu oleh abang Hashiran.

Aku dan abang Hashiran tiba disalah sebuah klinik berdekatan dari sekolah tempat kami mengajar. Lalu
Abang Hashiran pun pergi ke kaunter pendaftaran.

Sementara menunggu nombor gilirian, aku memotret foto bersama abang Hashiran yang duduk bersebelahan denganku. Tanganku gatal sekali. Entah kenapa aku merangkul bahu abang Hashiran.
Aku tersenyum manis. Lalu aku memotret semula momen itu.

Namaku dipanggil oleh jururawat yang sedang bertugas. Aku kemudiannya masuk kedalam ruang doktor. Doktor itupun mula bertanya padaku.

"Ada keluhan apa Puan?" Tanya dokter itu padaku.

"Begini dok.. Sejak seminggu ni saya selalu pening dan kurang selera makan." Jawabku.

"Ok ! sebaiknya puan periksa dulu air kencing.
Siapa tahu mungkin Puan hamil."
Kata dokter itu lagi. Aku sedikit terkejut.

Mengingat perjanjianku dengan suamiku, aku jadi takut seandainya benar jika aku hamil. Jika aku hamil dan
suamiku mengetahuinya, peluangku untuk bercerai dalam waktu singkat ini tiada. Aku harap semoga aku tidak hamil.

"Tahniah Puan.. Puan hamil dua minggu."
Kata dokter yang buat jantungku terkejut.

Aku tidak sangka secepat ini aku hamil anak si bangsat itu. Aku menoleh ke arah abang Hasiran. Dia tersenyum padaku. Senyumnya memberiku kekuatan walau dia hanya berstatuskan mantan buatku.

Selesai semuanya diperiksa oleh dokter, Aku dan abang Hashiran kembali semula ke sekolah.

"Hani, ingat pesan abang ya.. Jangan lupa beritahu pada Syah tentang kehamilanmu.."
Pesan abang Hashiran padaku. Aku tersenyum kecut mendengarkan pesan tersebut.

'Aku janji akan gugurkan janin ini. Aku akan berusaha menyembunyikan kehamilanku dari abang Syah.'
Batinku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience