Bab_40 Kernyitan mata Danny

Romance Completed 100113

'Aduh! Mengapa aku harus jadi pembantunya lagi?"
Batin Yana setelah mengetahui bahawa dia akan berkerja lagi semula bersama Syah sebagai pembantu
seperti dahulunya.

Yana menarik nafas panjang.Saat ini Yana sedang
berada dibilik pemeriksaan Syah seorang diri. Kerana Syah belum tiba masuk, Yana mengambil kesempatan untuk mengemas.

Seketika Yana tercengang.Melihat fotonya bersama Syah yang ditengkurapkan disudut meja saat mereka baru bertunangan.Dan Yana teringat kembali kenangannya bersama Syah.Kenangan manis dan lebih baik banyaknya pahit.Kerana kurang keserasian.

"Buat apa?" Tanya Syah pada Yana yang sedang nampak mengelamun.Ditangannya masih memegang bingkai foto itu tersebut.

Lamunan Yana tersentak.Terkejut dengan kedatangan
Syah tiba-tiba.
"Sedang kemas." Yana menepikan tubuhnya.Memberi laluan pada Syah.Lagi-lagi aroma minyak wangi Syah mengingatkan ketika kebersamaan mereka.

"Tolong buang foto itu.Aku benar-benar sudah lupa tentangnya." Tanpa mengatakan apa-apa Yana terdahulu merobek foto tersebut lalu membuangnya kedalam tong sampah.

Kini keduanya pun mulai melakukan kerja.Sebagai seorang dokter dan ada jururawat yang membantu, sepatutnya tidak ada kecanggungan yang harus terjadi.
Sebaliknya yang ada berlaku pada mereka ialah sindir
menyindir.Dan hal itu disaksikan sendiri oleh Danny yang lewat kebetulan dibilik pemeriksaan Syah.

"Syah, jangan sampai etika kerja korang rosak gara-gara ada perselisihan.Yana, tengah hari nanti, aku tunggu dicafe sebelah.Ada hal yang aku nak sampaikan.Ada pesan dari pengarah hospital."
Kata Danny dengan kernyitan matanya pada Yana.
Syah yang sempat melihat pemandangan seperti itu bagaikan ada tidak suka.

Setelah Danny keluar pergi dari bilik pemeriksaan Syah tersebut, Syah menatap pada Yana.
"Sukalah dengan kernyitan mata si Danny itu?"
Kata Syah buat Yana tak habis fikir pada bekas tunangnya itu.

"Dih! Sibuk campur urusan orang lain." Sahut Yana jengah pada tingkahnya Syah.

"Danny tu sudah beristeri.Lainlah kalau nak dijadikan isteri kedua?" Kata-kata Syah yang melepas tanpa saringan itu sudah menghiris perasaan Yana.

"Abang Syah kau apa hal sebenarnya? Ada yang tidak puas hati lagi sama aku? Kubur arwah suamiku masih merah, kenapa cakap pasal isteri kedua?" Yana berkata pada Syah dengan emosi yang sudah mula berang.Dia benar-benar tidak menyangka pada sikap Syah terlihat masih ada menyimpan rasa sakit hati.

Syah mendengus kesal menatap wajah Hani.Dengan perasaan yang berbaur marah dan kesal, Syah meninggalkan Yana sendirian dibilik tersebut menuju ke bilik air khas kakitangan.

'Bodoh! Apa yang terjadi padaku sebenarnya? Apa yang dapat aku harapkan dari perasaan gila ini?" Syah berguman sendiri dalam bilik air tersebut.Sebelah sudut
bibirnya terangkat kesudut.

'Astaghfirullah alhazim.. Astaghfirullah alhazim.."
Syah mengucap berkali-kali dalam hati.Dia menggelengkan kepalanya bila mengingat ucapannya pada Yana sebentar tadi.

"Hai..Sudah lama tunggu?" Sapa Danny pada Yana yang sedang duduk dimeja cafe tersebut.

"Baru sampai.Duduklah?" Pelawa Yana pada Danny.
Danny pun segera duduk.

"Apa yang pengarah pesankan?" Tanya Yana basa basi.

"Owh! Pengarah menyuruhku untuk bertanya padamu? Jika kau tidak selesa bertugas ditempat Syah, kau boleh menyuarakan pada pengarah."

"Okeylah.Nanti aku akan menemui pengarah."
Kata Yana.

"Oh ya! Sorry ya kalau aku bertanya ini akan menyinggungmu.Lain kali jangan kernyitkan mata padaku lagi? Kau tahu? Syah mengatakan yang tidak-tidak padaku? Katanya aku ini nak jadi isteri Keduamu.." Kata Yana lagi mengungkapkan perasaannya pada Danny.

Seketika Danny terkekeh.
"Kenapa juga Syah berkata seperti itu? Hairan.Kenapa dia tidak memberitahumu aku dan isteriku sudah lama cerai?"

"Hah! Mungkin Syah belum mengetahuinya? Aku minta
maaf.Aku tidak bermaksud sampai masa lalumu terungkit." Ucap Yana ada rasa bersalah dari hatinya.

Danny mengerdikkan kedua bahunya.
"Aku juga tidak tahu? Pesanlah makananmu, aku belanja. Tak perlu segan."

"Oh tidak apa-apa.Aku masih kenyang lagi.Kalau sudah
tiada apa-apa, aku pergi dulu ya?" Tanpa menunggu jawaban dari Danny, Yana bangkit dari duduknya lalu
beranjak ingin pergi.Namun tangan Yana dicekal oleh Danny.

"Duduklah dulu.Temankan aku makan.."
Pandangan mata mereka saling tatap.Cepat-cepat Yana mengalihkan tatapannya kearah lain.Dan hal itu buat Danny terkekeh semula kerana merasa Yana yang
seperti takutkan dirinya.

"Jangan takut ya sayang? Abang ada disini temankanmu? Kuatkan semangatmu.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience