Perasaan yang berbaur kini sedang bermain disudut hati Hani.Walau sekuat apa pun caranya ia menepis rasa itu, namun ia tetap kalah.
Suatu saat dulu, Hani pernah bermimpi bahawa dia adalah pengantin yang sangat bahagia dan beruntung bagi Hashiran.Namun, takdir berkata lain.Mimpinya tetaplah jadi mainan tidur.Jangankan jadi pengantin untuk sang kekasih hati, jadi calon pun tidak mewar-warkannya sama sekali.Benar-benar jauh dari bayangannya.
Pandangan Hani kini jatuh pada sosok wanita yang beruntung besar telah berhasil menambat hati Hashiran.
'Bukannya aku salahkan takdir hidupku bila tidak bersamamu.Tapi aku tidak kuat bila melihat kau bersama wanita lain.Ini sangat sakit buatku.'
Hani berguman sendiri dalam dalam hati.Tapi bukannya dia masih berharap sebenarnya cuma wajar saja kalau rasa sakit hati yang pahit serta getir itu masih ada bersisa.
Hani melirik pandang pada Syah suaminya.Ada rasa yang singgah menhimpit dikalbunya.Ianya sangat menyesakan dadanya.Satu-satunya rasa yang paling sulit untuk ditepis.Terkadang rasa itu akan datang menyapanya.Rasa bencinya, marah dan sakit hati pada
suaminya sendiri.Terkadang dia jadi lupa pada situasi yang sedang berhadapan dengannya kerana tekanan perasaan yang melanda.
"Kau okey sayang?" pertanyaan Syah itu buat Hani tersentak.Segera ia cari ketenangan yang sempat hilang tadi disebabkan lamunannya melayan tekanan perasaannya.
"Okey.Kenapa abang tanya? Apa wajahku kelihatan tidak okey?" Jawab Hani.
"Tak juga.Kita pulang sekarang ya?" Ajak Syah pada isterinya itu.Dia tahu apa yang sedang dirasai oleh Hani tika ini.
"Okey.Kita pulang sekarang." Balas Hani singkat. Suasana hatinya jadi suram mengejut.
Setibanya dirumah, Hani bergegas ke bilik air membersihkan diri.Selesainya, sebelum tidur dia akan meminum separuh daripada sebiji pil tidur agar ia cepat terlelap.Tanpa pengetahuan Syah, Hani sudah mula mengamalkan pil tersebut sejak ia hamil yang kedua dan kehamilannya pula harus digugurkan.
Syah tidak tahu kalau Hani terkadang mengalami gangguan perasaan.Mungkin kerana dia terlalu depresi.
Dan itu adalah alasan utamanya.
'Wah! Kau pasti sangat lelah sampai terlelap.'
Gumam Syah seraya ia menyibak rambut bahagian hadapan Hani yang tergurai.
"Papa..Nak tidur kat mama?' Tanya Ivan tiba-tiba yang muncul menyeronong masuk kedalam kamar tidur tersebut.
Syah tersenyum senang melihat tingkah polos anaknya itu.Syah menangkap tubuh kecil itu.Lalu meletakkan ke pangkuannya dan mengucup dahinya.
"Ivan tunggu papa sini dekat mama ya, papa nak mandi
kejap.Jangan kejutkan ibu tau.." Pesan Syah pada Ivan.
Dan Ivan pun mengangguk patuh.
Setelah Syah masuk ke bilik air, perlahan Ivan turun dari ranjang tidur tersebut.Ivan mencari-cari telefon bimbit milik ibunya kerana merasa bosan.Ivan memang selalu menggunakan telefon bimbit Hani untuk menonton video animasi cerita pendek kegemarannya.
Ivan terus mencarinya ke serata meja solek Hani namun tidak juga menemuinya.Dan kini, mata Ivan tertumpu pada beg tangan Hani.Tanpa berlengah, Ivan terus saja menyelongkar isi beg tangan tersebut dan menumpahkannya ke lantai.Hasilnya tetap juga tiada.
"Astaga Ivan..Kenapa selongkar barang-barang mama?
Tak elok tau?" Tegur Syah selepas melihat kekacauan yang Ivan buat dalam kamar tersebut.
"Lain kali tak boleh macam ini tau? Mari tolong papa kemas semula.Mama pasti tak suka bila melihat berselerak begini.." Ucap Syah lagi pada Ivan.
Ivan memberikan satu persatu barang-barang yang ia tumpahkan tadi dari beg tangan Hani kepada Syah.
Dan Syah pula menyambutnya lalu memasukannya ke dalam beg tangan Hani semula.
'Eh! Kenapa Hani punya pil tidur? Apa dia meminum ini?'
Batin Syah.
Syah tak habis fikir pada cara pemikiran isterinya.Dan apa yang ia takutkan sekarang ialah takut Hani ada sembunyikan sesuatu darinya.
Syah membawa pil itu ke tempat dimana Hani mendapatkannya.Syah akan siasat sendiri apa sebenarnya yang berlaku pada isterinya itu.
Share this novel