"Apa ! Bagaimana mungkin?"
Tanya Hani hampir tak percaya dengan wajah terkejutnya.
"Yana panggil suamimu kesini. Hanya suamimu sahaja
yang dapat menjelaskan tentang kehamilan adikmu."
Kata ibu Hani pada Yana.
"Baik ibu." Sahut Yana.
Hani POV
Dr.Ilham datang menghampiriku.
"Dr.Danny menyuruhku untuk membawamu ke bilik
UltraSound sekarang.Kamu sudah siap?" Tanya abang Ilham padaku yang berpangkat abang iparku iaitu suami kepada kak Yana. Hanya anggukan yang ku beri sebagai jawaban.
"Ada keluhan apa-apa buat masa sekarang puan Hani?'
Tanya dokter Danny padaku. Aku menggeleng sebagai jawabanku.
'Tuth tuth tuht'
"Kamu dengar bunyi detak jantung janin ini?"
Tanya semula dokter Danny padaku. Lagi sekali aku
hanya mengangguk sebagai jawaban.
"Ini janin milik kamu puan? Kamu beruntung sangat. kamu sebenarnya hamil kembar. Memang nasib kamu baik sekali. Biarpun kamu telah menggugurkan janin kamu, masih ada satu yang tertinggal didalam sana. Dan janin itu tak terusik langsung. Tapi mengapa kamu nak gugurkan janin yang tak berdosa itu puan?"
Aku menatap kearah layar monitor. Hasil USG
itu menampakkan ada satu titik bulat. Aku menghela nafas melihat pada titik itu. Bagaimana mungkin bisa jadi seperti ini? Semuanya jadi kacau.
"Dan abang Syah sudah mengetahui tentang ini?"
Tanyaku inginkan penjelasan.
"Hmm.. sudah. Dan lihat rakaman cctv ini sebelum suami puan kemalangan. Dan masa Syah mengamuk,
puan masih belum sedarkan diri." Kata Dokter Danny
seraya menghulurkan telefon bimbitnya padaku.
Ku sambut telefon bimbit yang dokter Danny hulurkan padaku. Aku melihat rakaman tersebut sebanyak dua
kali dan mengembalikan semula telefon bimbit itu kepada pemiliknya.
Aku terdiam seribu bahasa. Lidahku kelu tak mampu berkata apa. Hanya batin yang yang bermonolog kini.
Segala persoalan mula singgah dibenak. Persoalan demi persoalan muncul berkaitan abang Syah.Ini sangat membebankan fikiranku. Yang jelas semua tanda tanya ini tak akan terjawab sebelum abang Syah sedar dari komanya.
Aku kemudiannya meminta abang Ilham untuk membawa ku pergi kepada abang Syah ditempati.
Melihat abang Syah yang berbaring kaku, aku jadi iba
padanya. Tapi bukan bererti aku akan memaafkannya
atas perbuatan bangsatnya padaku.
"Cubalah berbisik ditelinga suami puan.
Siapa tahu semangat suami puan untuk sedar dari
komanya akan ada dengan bisikan itu? Selalulah bersembang dengannya.. Tuhan itu maha mendengar."
Saran Dokter Danny padaku.
"Peluang Syah hidup sangat tipis puan..Akibat hentakan kuat pada kepala suami puan akan membuatnya koma selama beberapa hari lagi. Atau juga mungkin memakan masa sampai berbulan lamanya.. dan tidak mustahil juga boleh berlaku bertahun-tahun?"
Sambung Dokter Danny lagi cuba memjelaskan keadaan abang Syah.
"Dan jika pun suami puan sedar nanti, mungkin dia akan
kehilangan memorinya buat sementara waktu.Ini berlaku disebabkan gegaran otak akibat hentakan itu.
Banyakkan berdoa untuk suami puan.. semuanya akan baik-baik saja."
Itulah akhir kata dari Dokter Danny padaku.
Setelah dokter Danny dan abang Ilham keluar dari bilik dimana abang Syah ditempati, Ku hampiri abang Syah yang nampak damai dalam tidurnya.
Entah perasaan apa yang aku rasakan saat ini.
Rasa iba, kasihan, benci dan marah. Itulah rasa yang
menjadi satu sedang bergejolak direlung hatiku. Rasa sayang? Sangat sukar bagiku untukku semai rasa itu ke sanubariku.
Demi janin yang ku kandung, aku akan mencuba berdamai dengan keadaan, demi ayah janin yang sedah tumbuh dalam rahimku ini. Aku akan berusaha
membuang jauh-jauh egoku ini walau rasa marah dan
benci masih menyelimuti jiwa ragaku.
Share this novel