Bab_42 fitnah

Romance Completed 100113

Syah menatap wajah isterinya yang kelihatan masih pucat.Hatinya juga turut merasa sakit sama seperti Hani isterinya.Seperti Syah dapat merasakan sakit yang sedang ditanggung oleh isterinya.

"Sayang, apa kau tidak berasa mual? Kau pasti pening saat ini." Syah memegang pergelangan tangan Hani.
Terasa sejuk pula telapak tangannya.Syah menyentuh
didahi Hani pula.Suhunya panas.

"Kau demam Hani? Tapi jangan risau, ianya normal.
Cuma kau akan rasa tak selesa.Kejap ya, abang ambilkan panadol dulu."
Hani melihat punggung suaminya yang menghilang dibalik pintu bilik VIP tempatnya dirawat.Hani bersyukur dapat memiliki Syah, suami siaga baginya.

"Nah minum dulu." Hani menyambut huluran ubat dari tangan Syah lalu memasukannya terus kedalam mulut
seraya meneguk segelas air.

"Rehatlah dulu.Abang nak keluar kejap.Abang nak tengok Ivan.Mujur ada ibu yang tolong jagakan."
Hani cuma mengangguk.Sebenarnya dia juga tak ingin
diganggu oleh sesiapa.Bila banyak bercakap pun, kepalanya bertambah pusing.

"Bagaimana dengan Hani?" Tanya sang ibu mertua sebaik melihat Syah keluar dari dalam wad bilik tempat Hani dirawat.

"Hani sudah ok.Tapi dia sedang rehatkan diri.Eh! Ivan sudah tidur ya bu? Syah hantar ibu dan Ivan balik rumah sekarang.Ibu lebih baik rehat dirumah saja."
Ibu Hani mengangguk.Ia setuju pada cadangan menantunya itu.

"Mak siti, tolong gendong Ivan.Tak usah kejutkan dia.
Aku akan menghantar korang pulang dahulu."
Kata Syah pada pengasuh anaknya.

Setelah Syah menghantar mereka semua, dia berbalik lagi semula ke hospital untuk menjaga isterinya yang masih harus lagi dirawat.

Dari lobi hospital Syah melihat ada Danny dan Yana yang sedang beriringan bersama.Tiba-tiba ada rasa cemburu yang singgah dihati Syah bila melihat ada lelaki lain yang mendekati Yana.

'Bodoh! kenapa juga aku harus fikirkan si Yana lagi?
Dia yang tinggalkan aku dulu..' Batin Syah.

"Syah, mau ke wad? Bagaimana dengan keadaan Hani
sekarang?" Tanya Danny pada Syah.

"Isteriku okey sekarang.Alhamdullilah." Sahut Syah tanpa melihat pada Yana.

"Aku pergi dulu bro." Sambung Syah lagi.
Syah meninggalkan Danny dan Yana berdua yang entah
kemana tujuan mereka.

"Kenapa menatap Syah terus? Ingat kenangan lalu?"
Yana melototi Danny yang seenaknya berkata begitu padanya.Sungguh Yana tak sangka kalau Danny boleh berkata sedemikian.

"Bukan urusanmu Dokter Danny.Aku pulang dulu.Kereta
ku ada disebelah sana.Sampai jumpa lagi."

"Nanti dulu.Temankan aku dulu ke market.Aku tak pandai belanja sendirian?"
Yana berbalik menoleh ke belakang.Menatap pada Danny dalam-dalam.

"Bukan urusanku.Kita tiada kaitan apa pun selain hanya
kerja.Cari saja orang lain.Maaf !"
Ucap Yana.

"Berhenti sekarang! Atau aku akan sebarkan..."

"Sebarkan fitnah? Kalau statusku ini sedang mengejarmu? Silahkan saja.Aku tidak kisah."
Kata Yana spontan.

"Bagaimana jika kita pernah tidur bersama? Setuju kalau itu yang ku sebarkan?" Santai saja Danny mengatakan itu pada Yana tanpa ada rasa malunya.

Mau tidak mau terpaksa Yana menyetujuinya.Bencinya
pada Danny berkobar-kobar.Entah apa yang sedang ada difikiran Danny sampai sanggup menabur fitnah untuk diri sendiri.

"Naik keretaku saja.Nanti siap belanja aku hantar kau ke sini lagi." Danny menarik paksa tangan Yana masuk ke dalam kenderaan miliknya.

"Danny, jaga sikapmu.Apa masalahmu hah? Banyak
mata yang melihat disini.Jika mereka nampak kelakuanmu begini? Aku akan dicap nanti sedang menggodamu." Yana memghela nafas.

"Ada aku kisah pada mereka? Jangan terlalu jauh fikirkan yang tidak masuk akal."

"Danny, sedar. Kita bukan muhrim.Dan kau tidak boleh suka-suka menyentuhku.Kerana.."

"Kerana aku non muslim? Maksudmu kita beza anutan?
Common lah Yana.Buang jauh-jauh fikiran kotor mu itu.
Aku tak buat apa pun lagi diluar bataskan?"
Danny menyela ucapan Yana tadi.

"Tetap saja tidak!" Tegas Yana lagi penuh penekanan.

Kehidupanku sudah jadi apa? Kenapa boleh jadi berbelit begini? Semua tali ikatan pun jadi sagut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience