Syahriz POV
Aku benar-benar tidak menyangka Hani sanggup
membunuh darah dagingnya sendiri. Apa dosa pada janin yang tidak berdosa sehingga ibu yang mengandungkannya tak menginginkan ia lahir ke dunia.
Kau sungguh kejam Hani ! Disaat aku mulai mencintaimu kau malah menyakitiku. Mengkhianatiku dengan menyembunyikan kehadiran calon buah hatiku.
Kau melanggar perjanjian yang telah kita sepakati
bersama. Untung saja Allah masih memberikan ku seorang waris lagi. Aku sangat mensyukuri anugerah terbesar yang Allah titipkan ini.
Sebenci apakah dirimu padaku Hani? Betapa kau pandai menyembunyikan rasa bencimu sehingga setiap kau baik padaku ternyata hanyalah lakonanmu semata agar aku tak mencurigaimu. Sungguh aku kecewa pada
sikapmu Hani.
Ku tatap wajah Hani yang masih berbaring tak
sedarkan diri diketika ini. Hatiku tiba-tiba sakit tak tertimbang mengingat apa yang Hani lakukan pada warisku. Tangan ini bagaikan tak sabar
untuk memberinya tamparan. Andai saja saat ini dia sudah sedarkan diri dari pengsannya mungkin aku sudah melayangkan penamparku diwajahnya.
'Ting'
Bunyi pesan masuk ditelefon bimbit Hani.
Aku membuka pesan tersebut. Tertera nama pengirim
pesan itu adalah mantan kekasih Hani.
[ Hani kamu ke mana dua hari ini? Kenapa tidak masuk mengajar? ]
-Abang Hashiran
Cih!! Rupanya selama ini dibelakangku ternyata kamu masih berhubung. Tidak sedar dirikah kau Hani yang telah bersuamikan aku? Aku kemudiannya memeriksa segala isi ditelefon bimbit milik isteriku Hani. Dan apa yang aku temui adalah mungkin jawaban pada janin yang dikandung Hani dan mengapa Hani berniat sangat ingin menggugurkannya.
Beberapa foto yang aku temui dimana ianya foto Hani dan mantan kekasihnya yang sedang berada bersama disebuah klinik swasta. Aku sangat camkan tempat itu.
'Apakah Hani sedang periksa kehamilannya bersama Hashiran? Apakah janin itu milik Hashiran? Apakah ini alasan Hani yang selalu menolakku? Dan apakah selama aku nikah dengan Hani.. dia curang padaku?'
'Arghh!'
Teriakku seraya membaling telefon bimbit milik Hani ke sudut sehingga retak berkecai. Tidak hanya dengan itu aku menginjak sepenuh ragaku pada telefon bimbitnya tersebut.
Aku meninju dinding dikamar wad Hani ditempati.
Lagi, lagi dan lagi meninju ke dinding tersebut.
Aku menatap kearah Hani yang belum juga sedar-sedar.
Entah syaitan mana yang merasuk ku yang tiba-tiba mengila. Aku menarik dan mencabut paksa infius yang masih bersambung diurat nadi tangan Hani. Kemudian
aku menampar wajah itu berkali-kali. Malah aku hampir mencekik lehernya. Untung saja waktu itu ada Ilham dan Danny yang menarikku paksa daripada terus mengamuk.
"Kau kenapa begini Syah? hah!" Tegur Ilham. Lalu kedua sahabatku itu mengunci tubuhku. Jika tidak ada mereka mungkin aku sudah membunuh Hani tadi. Kedua sahabatku itu menatapku dengan tatapan hiba juga tatapan marah.
"Kau lihat apa yang kau lakukan pada isterimu?
Jika kau tak nak akui dia bukan isterimu sekarang,
tapi anggaplah dia adalah pesakit yang sedang dirawat dihospital ini.." Ucap Danny.
Ilham diketika ini sibuk menangani Hani. Mencari semula urat nadi baru untuk di infius lagi ke tubuh Hani. Lalu Ilham membersihkan luka
kecil yang membekas darah ditepi bibir Hani.
Aku terdiam melihat pada isteriku yang seperti mayat hidup saja. Sungguh aku tak menyedari kelakuanku tadi. Argh ! Ini sangat tidak masuk akal.
"Jangan biarkan ibu dan Yana melihat Hani dalam
keadaan seperti ini. Kau bisa saja dipenjarakan jika mereka tahu apa yang kau lakukan pada Hani."
Kata Ilham menasihatiku.
Aku tersedar dari amarah ku sendiri. Aku melihat kearah llham dan Danny. Mereka berdua saling pandang seraya sama-sama menggelengkan kepala.
Syahriz POV End
Dengan langkah cepat Syah bergegas meninggalkan perkarangan hospital. Mengemudikan kenderaannya dengan laju tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Yang ada dikepalanya ialah ingin sangat bertemu dengan Hashiran untuk meminta penjelasan tentang apa yang tak terjawab oleh benaknya sendiri tentang tuduhan-tuduhannya yang tak tak benar sekali pun. Tanpa ia menyedari bahawa dirinya telah memfitnah isterinya sendiri.
Share this novel