Akibat mimpi itu, Syah bagai merasa trauma.Kerana bila diperhatikannya seiring hari yang datang menyapa, mimpi itu seperti sedang ikut bersamanya.
'Apakah mimpi-mimpi itu akan benar-benar berlaku?'
Batin Syah.
"Hani yakin kalau belum hamil lagi? Bukankah abang ada menyuruhmu membeli test pack itu?"
Tanya Syah tidak pasti sebenarnya.Dia sekarang sedang mengikuti kata hatinya sahaja.Sedangkan dia hanya merasakannya melalui mimpi-mimpi itu.
"Sorry ya.Aku belum membeli lagi test pack yang abang suruh tu.Petang nanti, boleh ya?"
Kata Hani dengan senyuman manisnya buat sang suami.Dan Syah pula hanya mengangguk tanda setujunya.
Hani mendekati kearah Syah yang nampak seperti keresahan.Hani memeluk tubuh suaminya itu.Tubuh sang suami yang sudah dicintai segenap ruang hatinya.
Tangannya ia lilit ke pinggang suaminya tersebut.
"Apa yang abang fikirkan? Wajah abang jelas sekali terlihat resah?" Ucapan Hani itu buat hati Syah sedikit
tenang.Dengan perhatian dari isterinya itu, semangatnya seperti kembali lagi.
"Kenapa bertanya? Kalau bagimu, apa yang sedang abang resahkan?" Syah bertanya semula pula pada Hani.Seperti teka-teki pula.
"Hmm? Abang sayangkan Hani tak?"
Senyum Syah terukir dibibirnya.Soalan itu bagaikan soalan bonus sahaja baginya.
"Itu soalan atau pertanyaan?" Dahi Hani jadi cemberut.
"Bonus kali?" Syah mencubit pangkal hidung Hani.Menurut Syah, wajah cantik isterinya itu selalu buat hatinya luluh.
"Hani, dengar baik-baik ya.Abang...Syahriz Alvano bin Shahrul, Mencintaimu isteriku, Aresha Farhani binti Mohd.Tarmizi dunia dan akhirat." Ungkapan lafaz dari Syah itu kini menyakinkan Hani bahawa Syah sudah melabuhkan jiwa raganya terhadap dirinya.
"Dan hanya ajal yang akan memisahkan kita.."
Sepasang suami isteri itu akhirnya sama-sama mengungkapkan perasaan masing-masing.Perasan cinta yang tak diundang kedatangannya, takkan pernah diusir walau diminta.
'Ting Tong'
Terdengar bunyi loceng ditelinga Syah dan Hani yang sedang melayan perasaan dan yang hampir bermadu kasih.Hani pun membuka pintu utama apartment tersebut.Ternyata dorkter Ilham dan Yana yang datang.
"Assalamualaikum dik.." Ucap salam dari Yana buat Hani yang sedang terpaku didaun pintu.
"Walaikumsalam Kak..masuklah." Pelawa Hani selepas menyambut salam dari kakaknya itu.
"Duduklah, aku ke dapur kejap.Nak buat air dulu."
Kata Hani lalu meninggalkan Kakaknya serta suaminya itu.Hani berpapasan dengan Syah semasa dia hendak ke dapur.Mereka berdua berbalas senyum.Seperti faham pada situasi sebegini perlu ada mental yang kukuh kerana kedatangan Yana dan suaminya ke apartment mereka.
"Ada apa kesini?" Syah bertanya pada Ilham tanpa ia menoleh keberadaan Yana yang ada disana.
"Sayang, beritahulah pada mereka tujuan kita kesini?"
Kata Ilham pada isterinya Yana.Yana melihat kearah adiknya yang sedang menghidangkan empat cawan teh suam dimeja.
"Hai aunty..." Ivan melonjak riang setelah melihat Yana yang berada dikediaman tersebut.Ivan sangat suka dan rapat selama Syah koma.Dimana-mana pun Ivan akan menyapa Yana bila melihatnya.
"Hai..Sini Ivan, rindu sama aunty ya?" Panggil Yana pada Ivan.Ivan segera berlari melompat ke pangkuan Yana.Syah yang melihat Ivan yang rapat dengan Yana sedemikian, hatinya seperti tidak rela.Jika saja boleh, ingin saja ia berteriak pada Yana bekas tunangnya itu agar tidak menyentuh anaknya.
"Ada apa kak?" Dengan wajah dingin Hani bertanya pada Yana apa tujuan dia dan suaminya datang bertandang.
"Boleh tolong temankan ibu kat rumah? Hanya beberapa hari sahaja.Kakak dan abang Ilham akan balik ke kampung halaman suami.Boleh ya dik?"
Pinta Yana dengan wajah memohonnya.Yana tau selama Hani sah sebagai ister Syah, Sikap Hani selalu dingin padanya.Yana juga tau kalau Hani masih marahkan dirinya yang berbuat kesalahan sebelum tarikh pernikahannya dulu bersama Syah.
"Baiklah.Hanya itu? Kenapa tidak call saja? Tak payah susah-susah datang sini, buat penat je.Buang tenaga lagi." Kata-kata Hani itu sedikit mengguris perasaan Yana serta suaminya.
"Apa yang terjadi pada Ilham dan Yana?" Tanya Syah pada isterinya Hani yang nampak cemas.
Share this novel