Bab_19 Bangunlah abang Syah

Romance Completed 100113

Hani POV
'Abang marah sekali ya pada Hani? Kenapa abang
pecahkan telefon bimbit Hani? Apa yang salah pada telefon itu?'
Bisikku ditelinga abang Syah seraya mengelus lembut
pada punggung tangan suamiku.

'Abang pasti gembira dan senang kan? Abang tak dapat ceraikan Hani dalam tiga bulan tempoh pernikahan kita? Hani tahu abang tentu marah besar
sebab Hani dah buang satu waris abang. Biarpun
Hani benci abang, Hani akan minta maaf pada abang sebab Hani salah dan tetap salah.'

'Abang.. bangunlah.. abang tega ya lihat anak kita lahir tanpa abang melihatnya tumbuh?'
'Hiks hiks hiks'
Tanpaku sedari rupanya aku sedang menangis seengukan dalam aku berbisik ke telinga abang Syah.

'Abang Syah.. dengarkan Hani bang.. Hani mohon bangunlah. Dah nak maghrib bang.. cukup dulu tidurnya.'

'Hiks hiks hiks'
'Hani tinggal abang kejap ya. Hani nak mandi wajib dulu. Lepas tu kita sama-sama baca surah ya bang.'
kataku pada abang Syah sambil mengusap airmataku.

Aku membentang sejadah mengikut arah kiblat didalam bilik abang Syah ditempati lalu aku menutup aurat ku
dengan telekung yang ku pesan dari ibu bersama Quran
Al karim.

Setelah siap solat maghrib, aku pun pindah duduk di samping abang Syah. Sekali lagi aku membisikan di daun telinga abang Syah dengan membacakan surah Al-Fatihah diikuti dengan surah yasin.

Aku mencium punggung tangan abang Syah selepas membacakan surah-surah tersebut.

'Hani nak tanya abang ni, selama tempoh pernikahan kita ni, abang ada feeling apa-apa ke kat Hani?
Sebab Hani nampak dari sikap abang, abang selalu saja
bersikap baik. Sekali lagi Hani minta maaf pada abang.
Selama kita bersama, Hani selalu saja mencari alasan untuk mengelak bila Hani sudah kerjakan abang.'

'Abang cepat bangun ya.. Hani pasti kesepian jika tiada teman debat.Lagipun sampai bila abang terus begini saja?'
Hani POV End

Tak disedari oleh Hani sendiri, dirinya ketiduran disamping suaminya yang masih koma itu dengan wajah sembab.

Dan tanpa disedari juga oleh Hani, rupanya dokter Danny dan Dokter ilham sedang melihat setiap pergerakan Hani sejak dirinya berada didalam bilik tersebut melalui CCTV.

Melihat gerak-geri Hani itu dokter Danny dan Dokter Ilham saling berpandangan. Mereka berdua turut berdukacita melihat isteri sahabat sendiri seperti itu.

"Ini tentu sangat sulit dihadapi oleh Hani sendirian ya bro?" Kata Dokter Danny pada rakan sekerjanya itu.

"Aku seperti merasa bersalah pada Syah juga isterinya.
Besar kemungkinan, apa yang berlaku pada mereka ada kaitannya sama aku." Ucap dokter Ilham.

"Maksudmu tentang kahwin paksa mereka itu?"
Dokter Danny seperti mengerti akan maksud pada kata-kata sahabatnya itu.

"Jika saja dulu aku dan Yana berterus-terang tentang hubungan kami pada Syah, tentu saja ini tak mungkin terjadi. Iyakan?" Timpal Dokter Ilham lagi.

Dokter Danny hanya mengerdikkan kedua bahunya.
Sebenarnya dia juga tidak tahu-menahu apa yang berlaku diantara kedua sahabatnya itu. Cukup dia jadi
pendengar setia buat kedua sahabatnya itu pun jika diperlukan.

"Bro, jangan terlalu banyak berfikir? Lebih baik kita doakan sebanyak mungkin. Semoga Syah cepat sedar." Kata Dokter Danny pada sahabatnya yang mungkin sedang meluahkan rasa bersalahnya itu.

"Percaya pada takdir itu lebih baik. Daripada salahkan diri sendiri." Sambung Dokter Danny lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience