Bab_57 [Extra Part] Syahriz Alvano POV

Romance Completed 100176

"Sayang..." Ku panggil nama isteriku dengan panggilan sayang.Tapi aku memanggilnya bukan sekadar gelar melainkan kasih sayangku padanya tak terukur luasnya.Dan tak dapat ku ungkapkan melalui kata-kata.

"Lagi-lagi panggilku sayang.Abang, kita sudah berumur,
tak usah panggilku sayang.." Aku tertawa mendengar kata-kata isteriku itu.

"Siapa yang kau katakan sudah berumur? Sayang, kita masih layak untuk dapatkan adik buat Ivan.Kita masih muda.Kau harus sedar itu." Kataku pada isteri tercintaku itu.

"Abang nak anak lagi? Boleh.Tapi abang kena kahwin satu lagi.Aku dah tak kisah sudah jika abang nak tambah satu cawangan lagi."

"Papa betul Ma, Ivan nak sangat ada seorang adik yang lucu.Boleh ya Ma?" Sampuk Ivan yang muncul tiba-tiba.

"Astaghfirullah alhazim abang, Ivan dah mula dah mengada-ada.Ingat senang ke Van nak dapat adik?
Suruh saja papamu cari lain?" Ivan seketika diam mencerna maskud kata-kata ibunya tersebut.Tapi memang Ivan tak faham langsung.

"Apa maksud mama Pa?" Tanya Ivan padaku.
Aku melihat reaksi anakku itu.Aku tahu kalau Ivan tidak berbohong.

"Mama nak papa beri Ivan adik cepat..tapi.." Aku tak jadi teruskan kata-kataku kerana aku rasa ia tak baik untuk Ivan tahu hal mengenai rumahtangga.Apa lagi Ivan yang baru berumur baru mencecah usia sepuluh tahun.

"Ivan tak baik tau ikut serta dalam hal-hal orang dewasa? Lebih baik Ivan mandi sekarang, nanti petang ni kita ke rumah nenek." Ivan segera beredar pergi dari hadapanku dan juga isteriku.Sangat penurut anak itu.
Beruntung ada anak seperti Ivan.

"Sayang jom.." Kataku pada Hani.

"Please abang, jangan mulakan lagi." Sungguh..Aku tidak tahu nak kata apa lagi.Apakah isteriku ini benar-
benar tidak mengerti apa mau ku?

"Sayang..mau abang gendong?" Tanyaku serius.

"Abang nak apa sebenarnya? Terus-terang jelah."
Aku mengulas senyum buat isteriku.Aku senang kalau dia faham maksudku.

"Nak buat adik untuk Ivan.Kau sudah berhenti kan meminum pil perancang tu? So..Mungkin sudah tiba masanya untuk tambah zuriat.Sementara abang masih
muda lagi." Kataku buat Hani tergelak.

"Abang sekarang dah pun berumur 39 tahun.Apa abang masih kuat?" Tawaku pecah memenuhi ruang.

"Dan kau harus siap untuk bertahan pada kekuatan abang? Kau ingat abang sudah tua untuk umur 39 tahun? Tidak sayang.Dan kau yang baru berumur 35 tahun masih kuat untuk lahirkan anakku lagi..bukan begitu sayang?" Tanpa bertanya pada sang empunya
badan, aku menggendong tubuh isteriku ala 'Bride Style'
menuju ke ranjang milik kami berdua...

Aku bersumpah! Aku tak akan melepaskan Hani walau apa pun terjadi.Cukup terdahulunya aku sakiti hatinya, memaksanya terimaku jadi isteriku.Dan kini, aku sedar rupanya memang aku tidak salah dalam memilihnya sebagai pasangan hidupku.

'Aresha Farhani...Cinta itu membuatku berasa bersyukur dan terima kasih ku ucapkan padamu yang telah mencintaiku dengan tulus.Kehadiranmu mengajar
ku erti kata kedewasaan seiringnya waktu berjalan.Selesai sudah kisah pahit yang kita lalui bersama.Hikmahnya aku bahagia bila aku bersama dengan orang yang aku cintai dan rasa dicintai itu ada anugerah yang tak terhingga buatku.Semoga Allah panjangkan usia kita untuk nikmati kehidupan bersama keluarga tercintaku sampai ke jannah.Amin.

"Terima kasih sayang..Aku mencintaimu.." Ucapku pada Hani.

"Terima kasih juga abang.Hani terlalu mencintai abang,
Sunggguh..." Ungkapan dari Hani itu buatku merasa aku lah yang paling bahagia dan beruntung didunia ini.

TAMAT.

[Maaf diatas kekurangan dalam karya saya ini.Terima kasih atas sokongan dari korang semua yang setia membaca karya ini.Semoga terhibur..]

Follow my fb & IG

Nantikan kesinambungan cerita Ivan Haziq dan Aralea dalam novel berjudul RESTU akan datang. Spin Off dari Novel TEMPOH PERNIKAHAN.

Share this novel

norsila
2022-07-30 17:34:50 

dah tamat..hehe next novel ..good luck....


NovelPlus Premium

The best ads free experience