Hani melajukan kenderaan miliknya menuju ke sebuah klinik swasta yang sudah ditempah demi untuk melakukan pembedahan kecil menggugurkan janin. Hani tahu tindakannya ini mengundang dosa besar pada dirinya sendiri. Kerana sakit hati dan kebenciannya yang teramat dalam pada suamimya itu, dirinya sanggup menanggung dosa.
Saat ini Hani sedang berada didalam bilik bedah tertutup. Kerana melakukan pengguguran janin adalah satu larangan dari segi undang-undang mau pun dalam agama.
Dan sudah tentu perasaan Hani masa ini sedang dalam rasa takut. Kerana sedikit masa lagi janin yang ada dirahimnya akan disedut keluar dan akan dihancurkan.
'Aww..!'
Hani meringis sakit pada pangkal rahimnya.
Hani benar-benar merasa sakit bahkan ianya merasakan nyawanya juga bakal turut melayang.
Hani menarik nafas panjang.
Tidak menyangka akan sesakit dan seperih ini.
'Huft.. ini sangat sakit.' Gumam Hani dalam hatinya.
Setelah semalaman Hani dirawat diwad klinik swasta tersebut, akhirnya Hani dibenarkan pulang ke rumah.
Walaupun masih terasa sakit dibahagian rahimnya, Hani menguatkan dirinya untuk mengemudi kenderaannya pulang kerana ini adalah hari yang telah ia janjikan pada suaminya bahawa ia mesti sudah berada dirumah.
"Kau sudah sampai rupanya. Sampai jam berapa?"
Tanya Syah pada isterinya.
"Sampai tadi jam 3:30 petang."
Sambil melakukan takzim pada suaminya.
"Hani mengapa wajahmu pucat sekali ?
Kamu sihatkan ?"
Syah nampak merisaukan isterinya yang
kelihatan pucat bak mayat itu.
Hani menggeleng.
"Hani sihat bang. Mungkin Hani penat sebab drive jauh."
Ujar Hani ingin mengelak. Syah meletakkan punggung tangannya didahi sang isteri. Ternyata isterinya itu demam. Patutlah wajahnya kelihatan pucat seperti orang sakit.
"Kau demam Hani.. badanmu panas. Kau juga mulai berpeluh." Hani melihat ada sedikit kepanikan pada raut wajah suaminya itu. Tapi melihat akan itu,
Hani sepertinya merasa sakitnya bertambah.
"Abang please? Hani merasa pening dan mual. Tapi kalau abang terus bertanya macam-macam pada Hani,
Hani akan jatuh pengsan kejap lagi."
Kata Hani lalu bangkit dari duduknya.
"Kau mau kemana? Mari abang papah. Eh.. eh.."
Sebelum sempat Syah memapah isterinya itu, Isterinya sudah jatuh pengsan ke lantai.
"Hani.!"
Teriak Syah kuat sehinggakan kedengaran seisi penghuni yang ada dirumah tersebut.
Mereka semua berkumpul didalam kamar Hani dengan mata melotot. Apalagi melihat Hani yang dalam pendarahan.
"Syah sepertinya isterimu ini keguguran.. Cepat bawa dia ke hospital." Kata Ilham pada Syah sahabatnya itu.
"Apa! Keguguran ?" Tanya Syah seakan tak percaya pada apa yang Ilham katakan.
"Cepat bawa Hani.." Pinta ibu mertua Syah yang terlihat panik.
Kenderaan yang dikemudikan oleh Ilham akhirnya tiba tepat dihadapan bahagian kecemasan. Dan sekujur tubuh yang tidak sedarkan diri itu kini terlentang diranjang pesakit.
"Syah lihat ini ?" Kata seorang dokter yang memeriksa keadaan Hani sambil memperlihatkan di kaca monitor
iaitu hasil USG kehamilan Hani.
"Hani telah melakukan pengguguran janinnya dalam tempoh kurang 48 jam. Hani melakukan dengan cara penyedutan embrio. Tapi Syah kau sangat beruntung kerana ada satu lagi embrio yang tertinggal dirahim isterimu." Jelas dokter yang memeriksa kandungan Hani.
"Jadi maksudnya Hani hamil anak kembar?Astaghfirullah.. apakah janin yang tinggal itu tidak berisiko?" Tanya Syah penasaran.
"Jika dari pemeriksaan janin yang tinggal itu tidak terusik langsung. Mungkin yang melakukan penyedutan ini tidak mengimbas pada janin ini terlebih dahulu."
Terang dokter Danny pada kedua sahabatnya yang ada diruangan tersebut.
"Syukurlah Syah. Apapun kau masih tetap akan jadi seorang ayah." Ucap Ilham pada Syah sambil menepuk pundak bahu sahabatnya itu.
"Woii.. Kau menitiskan airmatamu bro?"
Ejek dokter Danny pada Syah.
"Ini darah dagingku. Tidak hairanlah jika aku terharu begini.. Syukur Ya Allah kerana anugerahkan aku dengan kurnia terindah dari_Mu. Amin."
Ucap syukur Syah yang di aminkan juga oleh kedua sahabatnya itu.
Share this novel