Bab_53 Mengetahui status

Romance Completed 100113

Hani perlahan menolak pintu bilik tempat Yana sewa sebulan yang lalu.Disitulah dia menyembunyikan diri dari terus dilecehkan oleh Danny.

"Assalamualaikum kak..Eh! Kau kenapa pucat sekali kak?" Hani terus duduk dipangkuan Yana.

Dan Yana pula, dia yang bagai kehilangan kesedaran pula serta merta bangkit dari berbaring.Satu persatu Yana melihat siapa yang sudah ada tepat dihadapannya.Mood bertambah tidak baik setelah melihat ada Danny juga yang turut serta ikut.

"Hani, bukakah sudahku bilang jangan beritahu sesiapa kecuali ibu..tapi mengapa Danny juga ada disini?"
Yana melototi adiknya itu.

"Kakak jangan marah dulu.Dengar dulu apa aku nak cakap.." Hani yang cuba menjelaskan pada Yana sudah disela oleh ibunya.

"Yana, Apa yang ada difikiranmu sampai sebulan tak pulang ke rumah? Apa kau tidak fikir kalau ibu bagai nak gila risau tentangmu? Dewasakanlah cara berfikir itu Yana.Jangan ada masalah, kau selalu menghilang.
Apa kau ingin ibu cepat mati? Begitu maumu?"
Yana terdiam apabila ibunya sudah masuk campur.

"Ibu, aku minta maaf.Aku tidak bermaksud buat ibu risau.Tapi..." Yana tidak dapat meneruskan apa yang cuba ingin disampaikannya.Tiba-tiba saja rasa mual datang menyerangnya lagi.

"Hoek..wekk.." Yana menutup mulutnya.Dia cuba ingin menutupi rasa mual itu dari terus dicurigai.

'Apakah isteriku sudah hamil?' Batinnya Danny.Melihat dari raut wajah pucat Yana, Danny yakin kalau isterinya itu hamil benihnya.Senyum bahagia nampak berbinar diwajah Danny.

"Apa kau sudah hamil Yana?" Tanya ibunya buat Yana tak terkutik.Yana hanya tinggal menggelang.Apakah ibunya mengetahui apa yang pernah berlaku antara dirinya dan juga Danny?

"Ibu cakap apa? Aku tidak faham Bu?" Yana menarik nafas panjang.Sungguh Yana tidak tahu harus bagaimana lagi.

Danny pula cuma diam sejak mula ia tiba.Begitu pun juga Syah yang tidak punya hak lagi untuk bersuara apa pun jika berkaitan dengan Yana.

"Dengarkan ibu, Kau bukan lagi sendirian sekarang.Kau
adalah isterinya Danny yang sah sejak sejak sebulan yang lalu.Danny sudah memeluk agama islam dan sudah lafazkan akad nikah dipejabat agama.Sekarang
kau adalah tanggungjawabnya Danny.Kau jangan terlalu banyak berulah lagi?"
Selesai mengatakan itu, ibu Yana pun bangkit dari duduknya.

"Syah, Hani, mari kita pulang.Tinggalkan dulu mereka berdua disini.Apa pun masalah, biarkan mereka selesaikan berdua." Tambah ibu Yana lagi.

Kini cuma Danny dan Yana sahaja yang tinggal berdua didalam bilik tersebut.Suasana jadi sunyi sepi setelah kepergian ibunya Yana, Hani dan juga Syah.
Keduanya hanya saling pandang.Masing-masing mengunci mulut.Apakah sebentar lagi akan ada perang
suami isteri?

"Apa kau tidak gila menikahiku? Kau memang manusia tidak waraskan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience