Bab 41

Romance Completed 114969

Hana menekan pedal minyak dengan kasar. Hatinya betul-betul marah tika ini. Baru saja tadi dia mendapat panggilan yang tidak dikenalinya. Katanya, dia ada nampak Firash dengan seorang perempuan memasuki bilik hotel.

Sampai sahaja di bangunan hotel itu, dia terus turun keluar dari kereta. Telefonnya dikerling kejap supaya memastikan nombor bilik hotel yang dihantar oleh seseorang itu betul.

‘481' bilik itu disebutnya perlahan. Dia berjalan menuju ke kaunter pertanyaan.

“Err, excuse me miss. Boleh saya tanya, bilik hotel 481 kat mana?" tanya Hana lembut.

Seorang wanita yang memakai baju seragam kerja itu memberhentikan dulu kerjanya. Dia menoleh ke arah Hana.

“Tingkat 3. Cik jalan je terus. Lepastu belok kiri. Jalan depan sikit. Kat situ ada bilik 481"

Hana hanya mengangguk tanda faham. “Okey, thank you" ucap Hana sebelum berlalu pergi memuju ke lift.

Wanita itu hanya tersenyum manis ke arah Hana, lalu menyambung semula kerjanya.

‘Ting!'

Pintu lift dibuka. Cepat sahaja Hana menghayunkan langkah sehingga dia berdiri betul-betul di hadapan bilik itu. Mukanya jangan cakaplah. Merah menyala menahan marah.

Lambat-lambat dia mengetuk bilik itu. Tiada sahutan. Dia mengetuk lagi sehingga lah Firash keluar juga.

Terbuntang biji mata Firash tika itu. “Ha...hana... a...awak buat apa kat sini?" suaranya dikawal sedikit.

Hana tidak mempamerkan apa-apa riak. Tangannya terus menolak pintu bilik itu sehingga terbuka luas. Matanya terbuntang besar. Dia melihat seorang wanita yang membaluti tubuhnya dengan selimut.

Hana tersenyum sinis. “Kau tak payah nak balut tubuh kau tu la perempuan. Dengan jantan ni, kau boleh pulak tunjuk. Tapi dengan aku, kau nak tutup dengan selimut pulak. It's so funny la perempuan. Kau tak takut dosa ke ah.. Ingat, neraka dah memanggil tu. Dasar perempuan kotor" tengkin Hana. Wanita itu tidak berganjak dari katil. Tubuhnya yang terdedah itu, masih dia menutup dengan selimut.

Firash kaku tidak bergerak di tempatnya. Sungguh dia masih lagi terkejut dengan kedatangan Hana. Macam mana dia tahu? Siapa yang bagitahu? Soalnya sendiri.

Kali ini, Hana menoleh pula ke arah Firash. “I...I boleh explain semua ni, Hana" ujarnya ingin meminta simpati. Tangan Hana cuba dicapai namun ditepisnya.

“Kau jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau. Kenapalah aku bodoh sangat pergi percayakan jantan tak guna macam kau ni" turun naik dadanya menahan marah.

Cincin emas yang tersarung elok di jari manisnya itu ditanggalkan lalu dibaling tepat-tepat ke arah muka Firash. “Simpan saja cincin tu. Mulai hari ni, aku dan kau dah takda apa-apa. Anggaplah, yang kita tak pernah kenal. Aku nak kau tahu yang aku betul-betul menyesal berkenalan dengan orang macam kau." Hana terus melangkah ke luar dari bilik itu. Tidak betah ingin berlama-lama di situ.

Firash memandang Zila iaitu gadis yang dibayarnya tadi. Gadis itu masih lagi dalam keadaan berkain selimut. Zila juga turut memandang ke arah Firash.

Firash menguak rambutnya ke belakang. “You baliklah dulu. Nanti apa-apa I call you pula" ujarnya sebelum dia menuju ke arah bilik air.

Hilang sahaja kelibat Firash, gadis itu terus menyarungkan baju dan seluar yang dipakainya tadi. Tanpa memunggu Firash keluar, dia terus berlari dari bilik itu. Ahh sungguh aku takut.

******

Mirza menguak pintu bilik Danish. Dia memandang kawannya itu hairan. Selalunya kalau aku tak ketuk pintu ni, bukan kemain lagi dia mengamuk. Dia berjalan ke arah Danish. Lalu punggung dilabuhkan pada kerusi di hadapan Danish.

“Yana minta tolong aku suruh bagitahu kau yang kau ada meeting pukul 2. Dia tak berani nak masuk bila tengok muka kau macam takde mood je tu"


Sepi

Tangan Danish bermain-main dengan pennya di tangan. Lansung tidak mengendahkan bicara Danish.

Mirza menggeleng. Entah apa yang kau fikir ni pun aku tak tahulah. Serentak itu, dia mengetuk meja Danish yang menyebabkan Danish mengangkat wajahnya. Pen yang ada ditangannya pun sudah jatuh ke bawah.

“Kau okey tak ni?"

Danish menggeleng. Mulutnya masih tidak dibuka.

“Kau rindukan dia?"

Danish mengangguk. Kepalanya juga ditundukkan.

“Habistu, kenapa kau tak jumpa dia?"

Wajahnya diangkat. “Aku tak tahu dia kat mana sekarang ni, macam mana aku nak jumpa" akhirnya dia membuka juga mulut.

“Kau fikir dia kat mana sekarang ni?"

Bahunya diangkat serentak tanda tidak tahu.

“Mhmm, aku rasakan mesti Fiqa kat rumah keluarga dia sekarang ni?" tangannya diletakkan ke atas dagu.

“Australia?" ujar Danish was-was.

“Entah"

Danish jeling. Punggungnya diangkat dari kerusi. Baru kakinya ingin keluar, tiba-tiba tangan Mirza menahannya.

“kau nak pergi mana?"

“aku nak pergi tempah tiket flight"

“Tapi, kau kan ada meeting pukul 2 ni"

“Tolong cancelkan." bersahaja dia menjawab. Terus dia menghayunkan langkah keluar dari bilik itu.

Mirza yang melihat itu, menggeleng kepala.

Just wait, Fiqa. Saya akan cari awak sampai jumpa. Sampai awak maafkan saya. Sampai awak boleh terima saya balik.

Itu janji saya!

*****

Fiqa mula berjalan balik dari rumah dengan menaiki teksi. Memang niatnya, ingin balik ke rumah dengan berjalan kaki, tapi disebabkan kakinya sudah lenguh dia terpaksa juga menumpang teksi.

“we have arrived" ujar pemandu teksi itu.

Fiqa mendongak memandang ke luar tingkap sebelum dia mengucapkan terima kasih. “Thank you"

Pemandu teksi itu hanya mengangguk berserta senyuman. Fiqa menghulurkan duitnya kepada pemandu teksi itu. Lelaki itu hanya mengangguk dan menyambut huluran Fiqa.

Fiqa keluar dari teksi itu. Dia mendepakan tangannya sambik mengambil udara. Ahh, nyamannya.

Dia mendongak ke atas. “Kenapa sejuk semacam je kat sini. Langit pun macam mendung je" dia mula memeluk tubuh sendiri. Ahh sejuknya!!

Cepat sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah. Kalau tak, mesti dah jadi beku aku dibuatnya.

Cepat sahaja kakinya mendaki tangga menuju ke biliknya. Pintu bilik dibuka, terus dia membaringkan tubuhnya di atas katil lalu selimut di tarik sehingga mukanya sahaja yang terlihat.

Tangannya menggigil menahan sejuk. Kipas di biliknya pun tidak dipasang.

Setelah agak lama dia berdiam diri akhirnya dia terlena juga.

******

“Fiqa, bangun Fiqa" Emelda mengejutkan Fiqa yang masih lena tidur. Belakang Fiqa ditepuk sedikit. Fiqa menggeliat kecil sehinggakan selimut yang membaluti tubuhnya tadi telah bergerak sehingga ke paras kaki. Terus tangannya menyambar selimut itu lalu diselimutkan tubuhnya.

Emelda menghulurkan satu biji ubat berserta dengan botol air mineral kepada Fiqa. Fiqa kerut kening.

“Apa ni?"

”Kau demam. Tadi aku baru je beli ubat ni"

Mendengar kata-kata Emelda itu, Fiqa meletakkan tangan kanannya ke atas dahi. Memang panas. Patut la aku rasa sejuk semacam je.

”Aku yang silap. Aku lupa nak pesan dekat kau bila keluar tu kena pakai baju yang tebal-tebal sebab esok kan salji dah nak turun"

Fiqa yang sedang berbaring itu, mengangkat sedikit tubuhnya. “Sa...salji? esok ke?" soalnya dengan keterujaan. Memang dah lama dia tak main salji.

Emelda mengangguk. “Tapi kau tak boleh keluar. Kau kena stay sini. Kau tak, demam kau takkan kebah"

Fiqa juih bibir. “Alaa nak keluar juga" dia merengek manja. Amboi kau ni Fiqa. Makin lama makin menjadi-jadi eh perangai manja kau tu.

“Kalau kau keluar, aku terus bawak kau pergi hospital. Kau nak?" Ugut Emelda.

Cepat-cepat Fiqa menggeleng. Emelda menguntum senyum. Tahu pun takut.

“Kau makan dulu ubat tu. Aku nak turun bawah kejap, nak buatkan bubur untuk kau" Emelda terus berlalu dari bilik Fiqa. Pintu biliknya ditutup rapat.

Mulut Fiqa muncung sedepa. Hilang sahaja kelibat Emelda, ubat yang terletak elok di atas piring itu diambil lalu dicampakkannya ke dalam tong sampah. Memang tak la, aku kena makan ubat ni.. Nak main salji !!

Makin lama makin degil kan perangai kau ni Fiqa.

*****

Liana mengetuk pintu rumah Danish. Tidak lama kemudian, terjengul wajah Danish di muka pintu. Liana menguntum senyum.

“Err, tak nak jemput I masuk ke?"

“No. You just stay here." kata Danish tegas.

Liana cuba memaniskan wajahnya sehabis baik kepada Danish walaupun Danish sudah berkata kasar kepadanya. Mungkin dia sudah kalis dengan kata-kata Danish.

Matanya tertancap pada sesuatu di tangan Danish. Dia mengecilkan mata bagi melihat sesuatu pada pegangan tangan Danish. Kertas. Tapi kertas apa tu. Nampak macam tiket je.

“Apa kat tangan you tu?" soal Liana sambil menunjukkan sesuatu di tangan Danish.

Mata Danish jatuh pada tangannya. Ahh, macam mana dia boleh lupa nak sorokkan benda ni. Ya, ini adalah tiket. Tiket flight untuk dia terbang ke Australia esok.

“None of you business. Sekarang ni you datang rumah I nak apa sebenarnya?" Dalih Danish. Pada masa yang sama, dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tak hingin lah nak tengok muka si minah gedik ni.

“I...I datang sini nak jumpa you" kepalanya ditundukkan kerana tidak mampu untuk melihat wajah Danish. Walaupun dia tahu yang Danish akan mengamuk nanti, ada dia kisah. Lagipun memang dia datang sini untuk tengok Danish. Itu jujur bukan?

‘Dum'!! Pintu rumah Danish ditutup rapat. Terhinjut bahu Liana dek terkejut. Dia mengangkat wajahnya. Gigi diketap kuat. Ahhh! tak guna!!. Akhirnya, dia terpaksa juga berjalan keluar dari rumah itu.

Danish menyandarkan tubuhnya di atas sofa. Tiket itu direnungnya. Saya akan jumpa awak, Fiqa. Saya akan datang. Awak tunggu saya disana ye.

*****

“Hana, betulke yang apa yang mama dengar? kamu dah putus tunang dengan Firash?" soal Puan Aminah ingin meminta kepastian pada anak tunggalnya.

Lambat-lambat Hana mengangguk.

“Tapi kenapa, sayang?"

“Dia curang belakang Hana. Dia main perempuan Ma. Itu ke lelaki yang Mama ingin jadikan menantu? Hana menyesal sangat-sangat jumpa dia. Kalau boleh, Hana taknak kenal pun dengan dia selama ni" Rintih Hana. Matanya mula memberat. No, aku takkan nangis sebab jantan tak guna tu. Air matanya diseka kasar.

Puan Aminah memeluk tubuh anaknya. “Takpe, sayang. Mungkin Allah nak tunjuk perangai sebenar Firash sebelum dia kahwin dengan kamu. Mama percaya yang Hana akan jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari dia" ujar Puan Aminah lembut. Belakang anaknya digosok.

Hana mengangguk kecil. Betul juga, apa yang dikatakan oleh Mamanya itu. Mungkin dia akan dapat lelaki yang jauh lebih baik dari Firash. Dia membalas pelukan Mamanya itu.

******

Danish mengerling jam di tangannya. Lagi 15 minit, dia akan bertolak. Kaca mata hitam yang dipakainya tadi, disangkutkan pada kolar baju.

Secara tidak sengaja dia terpandangkan seseorang yang cukup dikenalinya. Danish terus membuka langkah mendapatkan lelaki itu.

Danish menyambar tangan lelaki itu dengan kasar. Firash berpaling. Danish senyum sinis. Tak sangka boleh jumpa setan ni kat sini pulak.

“Kau ada benda nak cakap dekat aku ke?" Danish menyoal sambil mengangkat kening sebelahnya

Firash yang masih terpinga-pinga dengan kedatang Danish itu, terus dia menggeleng kepala.

Buk!!

Danish menumbuk tepat ke arah muka Firash. Nasib baiklah tempat ini sedikit tertutup, jadi tidak ada sesiapa akan melihat aksi ini.

Firash terdorong ke belakang. Dia memegang kejap mulutnya apabila merasa sesuatu yang keluar. Darah!!. Matanya tepat memandang Danish dengan wajah yang tidak puas hati.

“Itu balasan bila kau hampir rogol isteri kau. Kau ni memang tak pernah cukup kan. Dah dapat Hana, kau masih lagi nak daptkan isteri aku"

Firash masih diam. Sungguh dia tidak berdaya. Mukanya berkerut menahan sakit.

“Kau dengar sini. Sekali lagi, kau muncul depan aku, siap kau!" tengkin Danish kuat.

Firash bangun. Dia berdiri betul-betul di hadapan Danish. Tangan kanannya dihulurkan tanda meminta maaf. Danish memandang hairan. Tidak lama kemudian, kedengaran Danish ketawa sinis. “Kau tak payah nak tunjuk baik depan aku la" hembur Danish lagi.

Malas ingin berlama di situ, dia terus berlalu meninggalkan Firash berseorangan.

Apabila dia sudah selamat berada di atas kapal terbang, bibirnya tidak henti menguntum senyum. Lupa sudah apa yang berlaku antaranya dengan Firash tadi. Yang penting, dia ingin berjumpa dengan isterinya.

******

Dari tadi lagi, Fiqa tidak henti-henti menggigil. Ditambah pula, dengan cuaca sejuk di luar. Sesekali, dia memandang ke luar tingkap biliknya. Salji dah mula turun. Puas dia merayu kepada Emelda supaya mengizinkannya keluar. Tapi Emelda tetap berkeras. Ahh sampai bila aku nak berkurung dalam bilik ni!

Dia bangun dari pembaringan lalu pintu biliknya dibuka. Dia memanjangkan lehernya memandang sekeliling. Okey, dia takde.

Dia berjalan pula ke arah tangga. Anak tangga dituruninya satu persatu. Dia melihat sekeliling. Ok cun. Mungkin dia keluar.

Tanpa membuang masa lagi, laju kakinya bergerak ke arah pintu.

“Arghh!!" terjerit kecil Fiqa apabila melihat Emelda sudah berada di hadapannya.

Emelda angkat kening sebelah. “Kau nak pergi mana? kau nak keluarkan? tak payah." arah Emelda. Tangannya mula naik menyentuh dahi Fiqa.

“Badan kau ni panas lagi lah. Jom ikut aku pergi hospital."

“Tak payahlah. Aku demam sikit je ni. Kau jangan risau"

“No!! badan kau panas la. Jom ikut aku pergi hospital."

“Tak...aku okey.. kau tak payah risau la" Fiqa terpaksa juga menaiki tangga untuk balik ke biliknya semula apabila Emelda tidak habis-habis memaksanya pergi hospital. Punah harapan ingin keluar.

Dia merebahkan badan di atas katil. Sejuknya!! Mahu tak mahu, dia harus memejam matanya juga untuk menghilangkan bosan. Lama kelamaan, Fiqa tertidur juga

******

Danish menaiki teksi untuk menuju ke alamat di rumah keluarga Fiqa. Nasib baik dia masih lagi ingat alamat rumah itu. Sesekali dia kerling jam tangannya. Sudah hampir 10 malam. Mesti isterinya sudah tidur.

Teksi itu berhenti betul-betul di hadapan rumah Emelda. Danish menghulurkan duit lalu terus keluar dari kereta itu. Dia mendongak memandang langit. Wahh!! salji.

Dia tersenyum kecil. YA! dia masih ingat. Inilah rumah keluarga Fiqa.

Tok!! Tok!!

Pinti diketuk. Danish masih setia menanti sehinggalah seorang wanita datang membukakan pintu untuknya.

Emelda kerut kening. “Yes?"

Danish menguntum senyum. “I'm a husband Fiqa"

Mata Emelda terbuntang. “Ooo..Me..Megat Danish Fikri"

Danish mengangguk.

“Masuklah. Kat luar tu salji" Ajak Emelda mesra.

Danish mengangguk. Dia menepuk sedikit di tepi bahu bajunya yang sudah terkena salji.

“Fiqa ada kat atas. Dia demam"

“Hah! dia demam?" jelas kelihatan risau di wajah Danish.

Emelda tertawa kecil. “Ha'ah..awak pergi lah tengok dia.. Tadi dia beria sangat nak keluar main salji. Tapi saya tak bagi. Tak pasal-pasal kuat pulak demam dia" terang Emelda.

Danish hanya mengangguk. “Bilik dia dekat atas ke?"

“Yes."

Danish terus berlalu pergi dari situ lalu berjalan ke arah tangga.

Pintu bilik Fiqa, dibuka perlahan. Dari jauh lagi, sudah nampak wajah isterinya yang sedang lena tidur.

Dia duduk di birai katil. Wajah isterinya dipandang sayu. Dia mengesat ubun-ubun rambut isterinya. Dahi Fiqa dijamah kejap. Panas. Memang betul lah dia demam.

Tidak ingin mengganggu tidur isterinya, dia terus memberhentikan perbuatannya itu.

Tiba-tiba mulutnya mula menguap. Puas dia berfikir ingin tidur di mana, akhirnya dia terpaksa juga tidur di atas lantai. Ingin sahaja dia tidur di sebelah isterinya. Tapi takut pula kalau Fiqa terjaga.

Dia merebahkan badannya di atas lantai. Matanya tidak lepas memandang Fiqa. Betapa aku rindunya insan yang ada di depan mataku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience