Bab 43

Romance Completed 114969

Danish menyilangkan kaki duduk di atas sofa di ruang tamu. Lagak macam rumah dia sendiri pulak. Matanya ralit memandang skrin telefonnya. Sebenarnya dia ingin tahu macam mana cara-cara ingin membuat Pavlova. Nanti senang lah nak bagi Pavlova ni kepada isterinya kalau Fiqa masih lagi merajuk.

Dia garu kepala tak gatal. Macam susah je. Dahlah aku ni mana pandai sangat masak. Aku nak buat macam mana ni. Haish.

Tiba-tiba pintu rumah itu dibuka dari luar. Terus Danish bangun dari duduk. Emelda mendekati Danish seraya menguntum senyum.

“Tak nak main kat luar ke? Salji banyak tu" seloroh Emelda.

“Nak keluar pun kena pakai baju sepuluh lapis. Punyalah sejuk. Awak boleh pula keluar dengan pakai baju jaket je"

Emelda tertawa kecil. “Saya dah biasa dah"

“Ni, awak buat apa kat sini? Fiqa mana? Tidur ke?" soal Emelda.

“Ha..ah dia dalam bilik. Tak pastilah tidur ke tak..Tapi tadi saya dah bagi dia ubat"

Emelda mengangguk kecil.

Melihat wajah Emelda dia seakan-akan teringat sesuatu. Apa kata kalau aku mintak tolong dia ajarkan aku buat Pavlova ni. Mhmm, kalau dia tak nak tolong aku macam mana? Ahh lantaklah.

Baru sahaja Emelda ingin melangkah pergi, tiba-tiba Danish menahannya. Dahi berkerut seribu.

“Yes?"

Danish gosok pangkal tengkuknya. Teragak-agak ingin memberitahu. Tak pasal-pasal nanti dia gelakkan aku pulak. Tapi buat apa nak gelak ek, benda tak lucu pun. Macam kalau dia tak nak tolong aku?

Emlda masih sedia menanti. Sesekali dia berdehem untuk menyedarkan lamunan Danish itu.

“Errr, saya nak minta tolong boleh?" suaranya diperlahankan sedikit.

“Minta tolong apa tu? Kalau saya mampu, saya akan buat"

“Err..tolong ajar saya buat Pavlova" cepat sahaja Danish menuturkan kata-kata.

Kedengaran tawa kecil dari bibir Emelda. Danish masih mengawal riak wajahnya. Kan aku dah cakap. Pasti si Emelda ni akan ketawa. Aku pun tak tahulah apa yang lucu sangat. Aku minta tolong dia ajarkan aku buat Pavlova je pun.

“Kalau awak nak saya ajar awak, boleh je. Ni mesti nak pujuk Fiqa kan" duga Emelda.

Danish tersengih. Lambat-lambat dia mengangguk. Baik aku terus-terang je. Nasib baiklah dia sudi nak ajar aku.

“Okey, awak pergi dapur dulu, sedia apa yang patut. Saya nak mandi dulu" ujar Emelda lalu kakinya melangkah ke arah biliknya.

Danish membetulkan urat-urat di badannya sebelum memulakan masakan. Macam nak pergi lumba lari pulak, padahal nak memasak je.

******

“Okey, awak dah sedia?" nampak bersemangat sahaja Emelda. Mungkin dah tak sabar nak ajar Danish cara buat Pavlova.

Danish hanya mengangguk. Apron diikatnya belakang. Baju t-shirt hitam lengan panjang itu, ditariknya hingga ke paras siku.

Bahan-bahan yang diperlukan telah ada tersedia semuanya di atas . Mereka mula membuat apa yang patut. Emelda hanya mengarah Danish apa yang patut dibuat. Danish hanya turuti sahaja. Sesekali Emelda menunjukkan cara-caranya kepada Danish. Danish setia mendengar apa yang Emelda katakan.

Hampir satu jam membuat Pavlova, akhirnya siap juga. Tunggu untuk meletakkan krim dan buah-buahan saja di atasnya.

Emelda mengeluarkan Pavlova di oven lalu diletakkan di atas meja. Sarung tangan yang dipakainya tadi, di sangkutkan semula ke tempat asal. Danish memerhati.

“Nah. Awak letak krim tu kat atas Pavlova" arah Emelda lembut. Dia menghulurkan plastik yang berisikan krim itu kepada Danish. Danish mengangguk kecil

Plastik krim itu dicapainya. Dengan perlahan-lahan dia meletakkan krim itu ke atas Pavlova.

“Okey, good. Last sekali, awak letakkan buah strawberi, kiwi dan blueberry kat atas krim tu"

Danish membuat tanda ‘ok' dengan tangannya. Buah strawberi dicapainya lalu diletakkan di atas krim, diikuti dengan buah kiwi dan blueberry.

Dia menguntum senyum apabila makanan itu kelihatan sangat cantik dan menyelerakan.

“Kat Malaysia takde ke Pavlova ni?" soal Emelda. Dia turut juga tersenyum melihat Pavlova itu.

“Ada. Tapi Pavlova dekat Malaysia dengan Australia jauh berbeza"

“Owh."

“Awak pergilah ajak Fiqa makan. Nanti saya sediakan makan petang" ujar Emelda seraya menanggalkan apron yang dipakainya tadi.

Danish hanya mengangguk. Apron dipakainya juga ditanggalkan, lalu kakinya mula menapak ke tingkat atas. Harap-haraplah isterinya itu akan memaafkannya.

Tok! Tok!

Pintu diketuk. Tapi tiada sahutan. Tanpa menunggu lama, pintu bilik Fiqa dibuka. Dari jauh lagi kelihatan isterinya itu sedang memandang ke arah luar melalui jendela biliknya.

Kakinya perlahan-perlahan mendapatkan Fiqa. Danish nemeluk isterinya dari belakang. Fiqa tergamam. Dia cepat-cepat menoleh ke belakang.

Fiqa terpaku. Wajahnya begitu dekat dengan Danish. Danish memejamkan matanya. Dagunya diletakkan di atas bahu sang isteri. Fiqa tidak menolak apa-apa. Sesungguhnya dia pun rindukan dengan pelukan itu.

“Do you want to build a snowman?" soal Danish lembut. Matanya tidak lepas memandang Fiqa.

Fiqa tergelak kecil. Ayat tu macam dalam cerita Disney Frozen. Lambat-lambat dia mengangguk.

Danish meletakkan tangan kanannya ke atas dahi Fiqa. Dia menguntum senyum.

“Okey, sayang dah tak demam"

Fiqa bersorak. Akhirnya dapat jugak aku keluar main salji

“Tapi...." sambung Danish lagi

Fiqa angkat kening sebelah. “Apa?"

“Sayang kena try dulu Pavlova yang abang buat. Sedap tau"

“Abang pandai ke buat?"

“Of course lah" Danish tergelak kecil. Pandai apa ke jadahnya. Ni pun sebab Emelda yang tolong. Kalau dia tak tolong, sampai ke tahun depan pun aku takkan pandai. Punyalah susah nak buat Pavlova tu.

Mengingatkan seseorang, terus mati senyuman Fiqa. “Liana?" nama itu muncul lagi di bibirnya.

Danish mengeluh. Kenapa dalam hubungan mereka, mesti ada nama tu. Tangan isterinya digenggam erat.

“Listen to me. No matter what happens please do not leave me again. Pasal Liana tu biar abang yang uruskan. But I don't want you to think about Liana again. forgive me?"

Fiqa mengesat air mata di tubir matanya. Patutkah aku maafkannya? Dia akan ulangi kesilapan yang sama?

Danish masih setia menunggu jawapan dari isterinya. Melihat Fiqa sekadar diam, dia menarik isterinya dalam pelukan lagi. Badan Fiqa dipeluk erat.

“Sokey. Abang faham. I give you time. Use as much as you want. I faithfully wait"

“Dah, jom turun. Kita pergi makan dulu. Lepastuh baru kita keluar ye, sayang" nada suranya ditukar menjadi gembira.

Fiqa tersenyum lebar. Biarlah dia memikir dahulu hal ini. Dia taknak membuat keputusan terburu-buru.

Mereka berdua beriringan keluar. Kelihatan Emelda sudah menunggu mereka berdua di meja makan.

“Lama tunggu?" Fiqa menyoal sebaik sahaja mengambil tempat di sebelah suaminya.

“Tak lama pun. Kau makanlah. Danish ada buatkan kau Pavlova ni" Emelda membuka saji di meja itu.

Mata Fiqa bersinar-sinar melihat Pavlova yang kelihatan lazat. Danish memandang ke arah Emelda hairan. Kenapa dia tak cakap dia sekali yang buat?. Faham akan pandangan Danish itu, Emelda hanya menghadiahkan senyuman sahaja. Danish turut sama senyum seakan mengerti apa yang Emelda katakan.

Fiqa terus mencapai pisau lalu dibelahnya dua Pavlova itu. Danish tersenyum melihat isterinya yang makan sangat gelojoh.

Krim di birai bibir isterinya itu, disapu menggunakan jari. Emelda hanya tersenyum melihat pasangan yang sejoli itu. So sweet. Ni rasa nak kahwin ni.

*******

Liana menggosok-gosok perutnya yang semakin kelihatan. Habis cara dia memikirkan bagaimana untuk dapatkan Danish.

Dia juga risau kalau anaknya lahir tanpa seorang ayah..Ahhh aku pun tak tahu sapa ayah dia. Macam mana ni?.

Sekarang ni, dia dah mula rasa cepat penat. Nak pergi jumpa Danish pun dah rasa tak larat. Ada juga dia mengidam ingin makan sesuatu. Mhm tapi tu lah. Dah nama pun anak luar nikah.

Rambutnya diramas kasar. Kusut memikirkan semua benda. Dan yang menjadi tanda tanyanya sekarang ni, dia dah lama tak nampak Fiqa. Perempuan tu pergi mana ek?

Takkanlah dah lari sebab kena marah dengan Danish hari tu. Danish pun aku dah jarang dah tengok dia. Kat office pun, langsung tak nampak batang hidung.

Diorang pergi mana? honeymoon ke?

Dia melepaskan keluhan berat. Sampai bilalah aku nak terus macam ni? patut ke aku move on? patutke, aku lepaskan Danish? Aku akan bahagia dengan orang lain ke?

Otaknya ligat memikirkan soalan yang belum pasti ada jawapan.

*****

“Yeayy!!" Fiqa melompat gembira. Akhirnya dapat juga aku sentuh salji. Danish masih setia di sisi Fiqa.

Baju winter coat berwarna biru gelap yang dipakainya sungguh nampak cantik bila dipakai.

“Nah, pakai ni sebelum nak sentuh salji" Danish memberikan sepasang sarung tangan yang berwarna purple kepada Fiqa.

Fiqa meyambut dengan senyuman. Sarung tangan itu dipakainya. Danish melihat ke arah Fiqa. Cantik!

“Jom kita bina orang salji nak?"

Danish mengangguk.

Danish dan Fiqa bersama-sama membina orang salji. Kedengaran gelak tawa dari mereka. Nampak sungguh bahagia. Hilang sudah masalah yang mereka hadapi sekarang ini.

“Cantik kan?" Fiqa menunjukkan orang salji yang dibuatnya. Lobak Merah diletakkan di bahagian muka sebagai hidung. Ranting-ranting kayu dilekatkan di kiri kanan orang salji itu untuk menjadikan tangan. Persis seperti olaf sahaja.

Danish tersenyum. Dia berjalan ke arah orang salji itu. Butang baju dikeluarkan dari kocek seluarnya lalu diletakkan di atas sekali supaya menjadikannya sepasang mata.

“Cantik" puji Fiqa.

Danish menguntum senyum. Tiba-tiba matanya mendongak memandang langit. Nampak makin lebat je salji ni.

“Dahlah sayang. Jom kita masuk. Salji makin lebat ni" ajak Danish seraya memegang tangan isterinya.

“Habistu orang salji ni?

“Nanti esok kita buat lagi ye. Dah nak malam ni"

“Mhmm okeylah"

Danish menggosok kepala isterinya. Fiqa tersenyum.

Cuma dia masih lagi keliru. Adakah ini kebahagiaan buat selamanya atau untuk sementara saja?

Share this novel

xandra
2020-12-09 00:47:19 

Sis bila nk update


NovelPlus Premium

The best ads free experience