Bab 20

Romance Completed 114969

Sudah hampir separuh hari, Rafiqa mengalami muntah-muntah dan sakit perut. Puas Danish memaksa suruh pergi hospital, tapi ditolaknya juga.

“Ahh, penatnya asyik ulang-alik pergi tandas. Menyesal pulak aku tak pergi klinik dengan Danish tadi." bebel Rafiqa.

Sekarang ni, hanya dia seorang sahaja yang di rumah memandangkan Danish sudah pergi kerja.

Rafiqa mengambil handphonnya lalu mencari nombor ‘HANA'. Nombor itu didailnya.

“Asslamu'alaikum Hana." Ujar Rafiqa di corong telefon.

“Wa'alaikumussalam. Kenapa?."

“Err. Kau boleh tak, temankan aku pergi klinik."

“Boleh je. Tapi kau sakit apa?"

“Entahlah. Rasa macam tak sihat badan je. Boleh eh. Kita dua je" Rafiqa memastikan supaya Firash tidak ikut sekali.

“Aku pergi ambil kau eh"

“Ok"

Talian dimatikan.

Mereka berdua serentak turun dari kereta menuju ke Klinik.

“Eh Fiqa. kau bagitahu tak, dekat Danish yang kau nak pergi klinik ni"

Rafiqa menggeleng.

“kau tak boleh macam ni, kau kena bagitahu Danish."

“Alah, takpe. Lagipun kejap je, dah jom"

“Tahniah Puan. Puan mengandung 3 minggu" ujar Doktor wanita itu.

Rafiqa memandang Hana disebelah. “Betul ke doktor, saya mengandung" soal Rafiqa memohon kepastian.

Doktor itu mengangguk. “Yeayy!. Tak lama lagi aku dah jadi ibu lah kan"

Hana mengangguk bersama senyuman kecil.

“Tak sabarnya aku nak bagitahu Danish" Dengan perasaan teruja, mereka keluar dari klinik itu menuju ke kereta.

“Eh, Fiqa. Memandangkan kau dah mengandung, aku belanja kau minum eh"

Rafiqa mengecilkan biji mata ke arah Hana. “Betul ke?. Selalunya kau ni kedekut"

Pecah ketawa Hana. “Itu dulu. Sekarang, aku ni seorang pemurah tau."

“Okeylah, jom"

Baru sahaja, Rafiqa ingin membuka langkah, kakinya terhenti apabila melihat seseorang yang cukup dikenalinya.

Hana memandang ke arah sahabatnya. “Fiqa, kenapa ni?".

“Kau nampak perempuan tu" Rafiqa menunujuk ke arah Liana.

“Oh, Liana. Kenapa?"

“Kau kenal ke?"

“Kenal. Dia pernah datang rumah Aunty Rosmah sebelum kau kahwin lagi dengan Danish. Tapi aunty dengan uncle memang tak suka dengan dia, entahlah. Sebab perangai dia tu, berlagak tak tentu pasal" tutur Hana. Rafiqa membuka langkahnya menuju ke arah Liana.

“Eh Fiqa. Kau nak pergi mana tu?"

“Aku nak pergi kat Liana. Entahlah, aku rasa macan pernah jumpa tau dia tu. Kau tunggu sini"

Tak sempat Hana menghalang, Rafiqa terus jalan mendahuluinya.

“Assalamu'alaikum Liana" dengan ramah, Rafiqa bertutur.

“Kau nak apa?" Tanpa menjawab salam, dia terus berkata dengan tegas.

“Err. Boleh kita bercakap kejap."

“10 minutes je."

“Ok"

“Jangan buang masa aku boleh tak. Kau cakap je, kau nak cakap apa." Liana mula kurang sabar.

“Awak tinggal mana eh, selama ni" soal Rafiqa.

Liana tersenyum sinis. “Sejak bila, kau nak tahu pasal aku ni"

“Tolonglah Liana. Tolong bagitahu."

“Entah. Aku pun tak tahu asal-usul aku kat mana" dengan bersahaja Liana menjawab.

“Nama awak Liana Aryana kan?" Tanya Rafiqa lagi.

“Tak, yang kau nak tahu sangat pasal aku ni dah kenapa?"

“Betulkan, tu nama awak" Rafiqa mengendahkan pertanyaan Liana.

“Kalau betul kenapa?"

Terkejut Rafiqa mendengar pengakuan itu. Tak salah lagi, memang Liana adalah adiknya yang dicari selama ni.

“Liana, ni saya. Rafiqa Ariana"

Liana terpaku. Tak...tak mungkin, dia kakak aku.

“So, apa masalahnya." Dikawal sedikit apabila suaranya berubah serak. Sedih?. Entah. Tak tahu apa perasan yang sebenar, bila dapat jumpa kakak sendiri. Tapi buat apa nak gembira, kalau kakak sendiri rampas kebahagiaan adiknya.

“Ni akak. Adik lupa ke?"

Liana ketawa sinis. “Kau kakak aku?. Kakak aku dah lama mati lah. Lagipun aku benci dia. Kalau kau betul kakak aku, kau takkan rampas kebahagiaan aku. Kakak jenis apa ah kau ni" Lantang dan kuat suara Liana mengeluarkan kata-kata.

“Mana awak pergi, selama ni Liana. Puas saya cari" tangan Liana dicapainya. Tapi ditepis oleh Liana.

“Kau tak payah pegang tangan aku. Kalau ye pun, kau kakak aku. Aku tetap tak akan anggap kau sebagai kakak aku. Dulu, kau rampas kasih sayang mak dan ayah, sampaikan diorang pinggirkan aku. Dan sekarang, kau dah rampas, cinta aku. Itu ke yang dinamakan kakak."

Kelopak mata Liana mula memberat bila teringatkan balik kisah dulu. Sungguh menyakitkan. Dan sekarang, dia tak boleh jadi lemah macam dulu lagi. Tapi apakan daya, takdir dah tentukan yang mereka berdua memang adik beradik.

“Kalau kau nak hubungan kita baik, kau minta cerai dengan Danish and suruh Danish kahwin dengan aku. Bila Danish kahwin dengan aku, baru lah aku akan terima kau sebagai kakak aku. Kalau tak, selamanya kau bukan kakak aku. Deal?" sambungnya lagi.

Rafiqa terdiam. Apakah jalan yang betul untuk dia pilih.

“Ok bye" dia mencapai beg tangannya lalu pergi dari situ.

Perlahan-lahan cecair jernih mula turun perlahan pada pipinya.

“Fiqa, lamanya kau. Kau borak apa dengan dia tadi" Hana menyoal kawannya.

“Takdelah. Hana, kau hantar aku balik. Aku takde mood nak keluar."

“Oh okey." malas nak menyoal banyak-banyak, Hana terus menghantar kawannya ke rumah Danish.

Tapi perasaan ingin tahu tu ada jugak, kenapa lepas Rafiqa berjumpa dengan Liana dia jadi macam badmood. Tadi bukan main gembira. Mesti ada yang tak kena ni.

****

“Liana, kau nangis ke?" tanya Nina sambil melihat wajah kawannya itu.

“Habistu, kau nampak aku tengah apa. Tengah gembira."

“Cuba kau cerita kat aku, apa yang tengah terjadi tadi" jarang benar dia tengok Liana tu menangis.

“Perempuan tu. Perempuan tu kakak aku."

“Perempuan mana?" tanya Nina lagi.

“Rafiqa Ariana. Kakak aku" jeritnya.

“Ish, boleh pekak tau telinga aku ni dengar suara kau hari-hari macam ni. Eh jap, Rafiqa. Isteri Danish tu?"

Liana mengangguk.

“Tak sangka kan, kau boleh jumpa balik dengan kakak kau. Kau tak happy ke?"

Liana ketawa sinis. Air mata yang jatuh, disekanya kasar. “Happy?. aku happy. Untuk apa?."

“Tapi sekurang-kurangnya kau masih lagi ada kakak kan" Nina cuba memujuk kawannya.

“Kakak?. Itu ke yang dinamakan kakak bila merampas kebahagiaan adiknya sendiri."

Nina menggeleng. Si Liana ni memang tiada perasaan langsung. Sepatutnya happy lah, sebab ada kakak lagi. Sekurang-kurangnya dia masih ada saudara. Memang hati batu betul lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience