Bab 26

Romance Completed 114969

Danish memimpin tangan Rafiqa memasuki kereta. Bagasi milik isterinya, diletakkan di dalam bonet kereta.

Pintu sebelah pemandu, ditutup abapila Danish membolos masuk. Dikerling wajah isterinya. Tiada riak yang terdampar pada wajah itu.

Tanpa berlengah, terus pedal minya ditekan sehingga membelah di jalan raya.

Di dalam kereta, masing-masing berdiam diri. Hanya mendengar bunyi aircorn sahaja yang keluar. Radio pun tidak dipasang.

Rafiqa masih lagi diam. Dia lebih memilih melihat pemandangan luar melalui tingkap kereta. Hujan renyai-renyai di luar, membuatkan ia menggigil kesejukan ditambah pula dengan kesejukan aircond

Danish yang perasankan hal itu, terus menggenggan tangan isterinya. “Sayang sejuk?" soalnya.

Rafiqa hanya mengangguk perlahan. Danish terus menutup aircond itu seraya matanya masih melihat kehadapan. Tangan Rafiqa masih digenggamnya.

********

Dato Megat Ibrahim melabuhkan punggung di atas sofa seraya meletakkan briefcasenya di atas meja kopi.

Datin Rosmah terus mendaptkan suaminya yang baru sahaja pulang dari outstation. Kadang-kadang keluhan berat dilepaskan suaminya. Mungkin penat agaknya.

“Abang tak nak mandi dulu ke?" soal Datin Rosmah seraya melabuhkan punggung di tepi suaminya.

Dato Megat Ibrahim menggeleng. “Saya nak tanya awak. Kenapa Danish dah jarang masuk office ni. Habis semua kerja saya yang kena handle."

Datin Rosmah berfikir sejenak. ‘Tak masuk kerja? mungkin dia sibuk tengah jaga Fiqa kot'

“Err, abang tak tahu ke yang menantu kita tu gugur. Mungkin dia tengah jaga Fiqa kot." ujarnya.

Dato Megat Ibrahim terus bangun. “Apa dia awak cakap tadi? Fiqa gugur?"

Perlahan-lahan anggukan kecil dibalasnya. “Kejap lagi kita pergi rumah Danish. Tengok Fiqa" arah Dato Megat Ibrahim lalu terus berlalu menaiki tannga menuju ke biliknya.

****

Pintu bilik dikuak perlahan dari luar. Senyuman manis diberikan kepada Rafiqa. “Sayang, nah. Abang ada buatkan bubur"

Rafiqa berpaling. “Abang letak lah dulu kat atas meja tu"

Danish mengangguk. Dulang yang dipegangnya terus diletakkan ke atas meja. Kakinya mula menghayun ke arah isterinya.

“Sayang, mama ada call. Kejap lagi dia cakap nak datang"

Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya, terus Rafiqa berdiri. Danish mengerutkan dahinya.

“Kenapa ni? gelabah nampak."

“Mama nak datang? Tapi Fiqa tak masak apa-apa pun lagi. Rumah belum kemas. Baju belum basuh. Pinggan pun berlambak kat dalam sinki belum basuh. Macam mana ni?" mundar-mandir Rafiqa di kamar itu.

Lengan isterinya dicapai. “Rilek la sayang. Abang dah siapkan semuanya. Cuma baju je belum sidai, sebab kat luar tu hujan. Pasal makanan tu, kita beli je lah kat mana-mana pun. Lagipun mama dan papa nak datang kejap je. Sayang janganlah risau"

Mendengarkan hal itu, Rafiqa menarik nafas lega. “Thank you la abang sebab dah kemas rumah ni semua. Padahal Fiqa yang kena buat kerja kemas-kemas ni."

“Takpe sayang. Abang okey je. Mhmm, abang nak cakap something dengan sayang ni"

“Apa dia?"

Danish menarik nafas terlebih dahulu. “Abang cuma nak pesan dekat sayang, orang yang dah pergi tu biarlah ia pergi. Dia dah tunggu kita dekat pintu syurga. Sayang kena terima qada dan qadar Allah."

Rafiqa menguntum senyum. “Fiqa dah terima semuanya abang. Terima kasih sebab masih ada dengan Fiqa."

Danish hanya mengangguk bersama senyuman kecil.

“Makan bubur ni dulu. Penat tau abang masak ni" bubur yang tadinya berada di atas meja, dicapainya.

“Duduk sini, biar abang yang suapkan"

Rafiqa tersenyum. Punggung dilabuhkan di tepi suaminya. Perlahan-lahan Rafiqa membuka mulut apabila Danish menyuakan bubur itu kepadanya.

“sedap?"

“mhmm,sedap." Rafiqa membuat ‘thumbs up'.

Danish tertawa kecil.

*****

Nina melihat kawannya itu yang asyik termenung je dari tadi. Terus dia melabuhkan punggung di sebelah kawannya. Dicuit sedikit lengan Liana.

“Kau kenapa? ada masalah ke?"

“Mhmm tak tahulah Nina. Duit aku dalam bank tu dah banyak dah kurang. Macam mana aku nak buat belanja nanti" ujarnya lemah tanpa berpandang sedikit pun ke arah Nina.

“Tu lah kau. Haritu duit kau yang belambak dalam bank tu, kau pergi bagi dekat orang suruhan kau kononnya nak Danish ceraikan Fiqa la, nak Fiqa merana bagai apa semua. And now see, masih bahagia lagi diorang tu. Kan aku dah cakap, kau buat lah macam mana pun diorang takkan -----" terus mati kata-kata Nina bila Liana sudah mengangkat tangan supaya berhenti.

”Kalau kau nak bagi ceramah percuma dekat aku, baik tak payah. Aku tak nak dengar"

Nina senyap. Sesekali mendengar Liana mendengus. Entah apa yang difikirkan kawannya itu.

“Habistu kau nak kerja apa?" soalnya

“Mhmm, aku nak pergi kelab malam ni. Kau tak payah tunggu aku balik" dia mulai bangun dari duduk.

“Tunggu" Nina juga ikut sama bangun lalu berdiri betul-betul dihadapan kawannya.

“Kau jangan cakap dekat aku, yang kerja baru kau tu nak layan lelaki yang muka belang"

Liana tersenyum sinis

“why not? Sebab aku betul-betul terdesak ni"

Tidak sempat Nina menghalang, Liana terus menaiki tangga menuju ke biliknya.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-24 18:53:02 

hi dear. tqvm. love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience