Bab 38

Romance Completed 115001

2 Hari berlalu.....

Sudah 2 hari berlalu, Fiqa tidak bertemu dengan suaminya. Kerja pun dia tidak masuk. Lantaklah kalau kena buang pun. Fikirannya bercelaru saat ini.

Pasal Danish pula, dia sudah malas nak fikir. Biarlah Danish dengan hidupnya, dan aku dengan hidup aku. Banyak hati yang perlu dia jaga, sedangkan hati sendiri yang sakit..

Itu ke yang dinamakan cinta sejati? Ditinggalkan dan dihina? Sungguh perit bukan? Jadi apa salahnya kalau dia mencuba untuk melupakan lelaki yang masih bertakhta dihatinya. Iaitu ‘Megat Danish Fikri'. Ya! Lelaki itu lah yang membuatkannya faham erti cinta. Lelaki itulah yang selalu ada disampingnya. Dan lelaki itu lah yang membuatkan kepercayaannya hancur berkecai.

Bukankah setiap percintaan itu, memerlukan kesetiaan. Disetiap kesetiaan mesti ada kejujuran. Di setiap kejujuran pasti ada kepercayaan. Dan disetiap kepercayaan, pasti ada pengorbanan.

Biarlah. Biarlah dia mengorbankan semuanya. Walau dia tahu, hidupnya akan menderita kelak, dia tidak kisah asalkan orang yang dia sayang akan bahagia. Melihat itu, dia tumpang bahagia.

Sungguh dia sudah serik ditinggalkan. Dan mungkin, kalau dia minta Danish cerai pun mungkin Danish akan ceraikannya dan kahwin dengan Liana. Lagipun Liana sedang menantinya.

Sesekali dia membuka handphonnya. Langsung tiada mesej mahupun panggilan dari lelaki itu. Sakit hati? Hatinya lagi sakit. Dia tidak berharap pun kalau Danish call-nya ataupun mesej. Mungkin itu lebih bagus.

Punah harapannya ingin memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Dan sekarang? Apa yang tinggal? Sekeping hati yang sudah remuk. Yang sudah sakit. Masih ada lagi kah kebahagiaan buatnya?

Kadang-kadang dia terfikir. Macam mana bila aku tiada disini? Semuanya akan baik-baik ke? Danish akan bahagia ke? Mungkin Danish akan bahagia. Ya! Dia akan bahagia dengan Liana.. Dan dia merelakan semuanya. Kalau betul Danish bukan jodohnya, aku rela.

Jadi maknanya, dia sudah tidak diperlukan sama sekali di sini. Hana? Dia tersenyum sinis. Kawan yang dianggap sampai mati itu pun tidak percayakannya. Malah, dia lebih percayakan lelaki yang baru kenal tidap sampai setahun pun. Nampaknya kau silap lagi Fiqa menilai orang.

Dia sudah berfikir masak-masak. Mungkin dia sudah nekad untuk meninggalkan semuanya. Apa guna, kalau dia di sini lagi. Hidupnya sungguh tak bermakna. Mungkin dia sudah ‘give up'. Lagipun kalau diikutkan, dia langsung tidak berhak tinggal di rumah ni kerana ini rumah Danish. Sepatutnya Fiqa yang patut tinggalkan rumah ni, bukan Danish.

YA!! Tak lama lagi, dia akan tinggalkan MALAYSIA..Dia janji yang dia akan pergi jauh dari sini. Tiket kapal terbang pun, sudah dibelinya seminggu yang lalu. Niat ingin menghadiahkan percutian ini kepada suami tercinta. Tapi tak mungkin yang itu betul-betul terjadi kan? Jadi dia hanya membeli satu tiket sahaja. Biar dia pergi jauh. Jauh dari semua orang. Sebab kalau aku di sini pun, takde sapa-sapa pun yang memerlukan aku.

Biar aku yang undur diri dalam hal ni. Mungkin dengan kewujudan aku, hidup semua orang akan menjadi kucar-kacir.

Dia akan balik ke Perth, Australia iaitu dimana dia membesar di sana..Walaupun kelahirannya di sini, tapi dia membesar di sana bersama datuk dan neneknya.

Kalau itu dapat membuatkan hidup semua orang bahagia, aku rela.

*****

Tiba-tiba pintu bilik Danish dibuka. Matanya tidak lepas memandang komputer. Sibuk sangat ke?

Dia berdecit geram. Memang pantang kalau sesiapa yang masuk biliknya tanpa mengetuk dahulu.

Dia mengangkat wajah. Kira-kira hendak marah orang itu tapi disimpannya apabila wajah papanya di depan. Dia menelan liur. Gulp! Kenapa rasa lain macam je ni

“Pa..Papa bila datang" ujarnya diselit dengan getaran.

“Baru je tadi." Dato Megat Ibrahim terus mengambil tempat yang berhadapan dengan anaknya.

“Papa dengar cerita, Liana selalu je datang sini. Ada apa-apa ke?" Dato Ibrahim mula menyoal. Kenapa sinis sangat kedengarannya tu.

“Tak..Tak..dia memang selalu macam tu.. Dia masih---"

“Masih nak dapatkan kamu?" terus sahaja ayat Danish itu dipangkasnya. Memang dulu, dia bercandang ingin mengambil Liana sebagai menantunya. Tapi, bila melihat tentang perangai Danish sudah berubah, dia jadi teragak-agak ingin setuju. Ini kerana, sejak dia bercinta dengan Liana lah, dia selalu je masuk kelab. Kadang-kadang minum arak pun ada.

Kerana terlalu tidak tahan dengan perangai Danish itu, dia terpaksa menolak Liana sebagai menantunya. Lagipun Liana tu, memang perempuan liar. Selalu bersosial. Minum arak, macam minum air mineral. Tidak diambil peduli tentang dosa dan pahala.

Sebab tu, dia mengambil ‘Nur Rafiqa Ariana' sebagai menantunya. Dan sekarang, tak sangka yang Danish sudahpun berubah. Sudah tiada berita-berita hangat tentang anaknya masuk kelab malam mahupun meminum arak. Memang tak salah, dia pilih Fiqa menjadi menantunya.

Danish urut pelipis bila papanya berkata begitu. Macam mana aku nak cakap ni?!!. Kalau angguk, tak pasal-pasal papanya itu membesarkan lagi masalah. Bukannya dia tak tahu perangai papanya itu. Masalah yang kecil, selalu saja dibesarkan.

Akhirnya ayat itu dibiarkan tergantung, bila papanya mengajukan soalan lain pula. Selamat aku!

“Mana Fiqa? Bukan ke sepatutnya kelmarin eh dia masuk kerja?" soal Dato Megat Ibrahim lagi.

Danish mati kutu. Ingatkan dah selamat tadi, rupa-rupanya ada lagi soalan yang berbahaya. Aku nak jawab apa ni?!!

“Err, Fiqa..Fiqa..Fiqa dia sakit perut..Ha, sakit perut" hentam je lah Danish, janji kau selamat.

“La.. Ye ke? Kenapa tak bagitahu papa? Kalau tak, papa boleh melawat Fiqa tu. Lagipun papa dah lama tak melawat ke rumah kamu"

What?! Papa nak pergi rumah?!! No! No! No!.. Nanti tak pasal-pasal kantoi. Lagipun dia belum bersedia lagi untuk tengok muka Fiqa. Sekarang ni, dia masih lagi tidur di rumah Mirza. Memang bercadang nak tidur hotel tapi rasa boring pula kalau tidur sorang-sorang. So, sebab tu dia tidur rumah Mirza.

“Err, tak boleh pa. Fiqa..Fiqa sakit perut biasa je..Mhm mungkin period pain" pandai kan kau berlakon, Danish. Period pain lah kononnya.

“Owh ye ke? Okeylah kalau macam tu."

Mendengar itu, Danish hembus nafas lega.

“Papa gerak dulu lah. Ada kerja sikit ni" Danish hanya mengangguk sebelum papanya itu berlalu pergi.

Hilang sahaja kelibat papanya, Danish menyilangkan kaki lalu diletakkan ke atas meja pejabatnya. Amboi, Berlagaknya!

Dia mula memikirkan sesuatu. Apa khabar kau di sana? Sihat? Dah makan ke belum? Sesungguhnya aku masih tidak dapat terima lagi yang kau dah curang belakang aku. Tapi untuk merawat hati aku yang sedang luka ni, biarlah aku pergi dulu buat sementara. Aku rindu nak peluk kau. Aku rindu nak dakap kau. Aku rindu nak makan masakan kau. Semuanya aku rindu pasal kau. Tapi, adakah kerinduan ini dapat dibalas oleh dia? Mhmm...

****

Malam sudah menjelma.. Fiqa masih tidak keluar dari rumah. Kalau dia keluar pun, apa yang ada? Baik duduk dalam rumah diam-diam je..

Dia mula memasukkan semua pakaiannya dan barang-barang yang penting ke dalam beg bagasi.

Esok, dia harus tinggalkan semuanya. Dia harus menenangkan fikiran yang sedang bercelaru ini.

Biarlah dia pergi.

Biarlah dia menenangkan fikiran disana.

Biarlah tiada lagi dugaan yang menimpanya.

Abapila siap semuanya, bagasi itu dizipnya. Dia menghembus nafas lelah.

Frame gambar pernikahan mereka di atas meja bersebelahan dengan katilnya itu, dicapainya.

Dia mengusap gambar Danish. Sekali lagi, air matanya menitis juga.

“Sa..saya minta maaf. Saya tak dapat jadi isteri yang terbaik untuk awak..Saya percaya yang awak akan dapat perempuan yang jauh lebih baik dari saya..Saya patut pergi..Saya percaya yang awak akan bahagia. Saya akan cuba untuk membenci awak, Danish walaupun itu sangat perit buat saya..Saya benci awak!! Saya benci" kerana tidak mampu lagi menahan sakit di dada, dia menghempas kuat frame itu ke lantai.

Habis semuanya pecah. Kaca-kaca mula berteraburan.

Air mata masih lagi mengalir. “Saya benci awak, Danish. Saya benci!!!" tempiknya kuat.

*****

“Kau nak pergi mana ni, liana?" soal Nina sebaik sahaja dia bertembung dengan Liana. Nina memandang dari atas sehingga bawah tubuh kawannya itu. Pakai baju, mesti tak cukup kain. Tak sedar ke, diri tu tengah mengandung.

“Ish, kau ni. Jangan sibuk boleh tak! Aku nak pergi jumpa Danish"

“Kau boleh tak ‘move on' dengan semua ni. Kau ni memang tak reti duduk diam kan. Kau tahu tak kau tu tengah mengandung."

Liana menjeling tajam. “Kau ingat aku kisah ke? Lagipun aku jumpa Danish untuk bercakap pasal anak ni. And kau, jangan sama sekali untuk sibuk urusana aku"

Tidak betah berlama-lama disitu Liana terus berjalan menuju ke pintu.

Ingatkan ada kawan, boleh support aku. Tapi selalu je nak melawan cakap aku ni.

*****

“Boss, ada orang nak jumpa"

Danish mengangkat wajahnya memandang setiausahanya. “sapa?"

“Err, tak silap saya perempuan yang datang hari tu." manalah aku tahu nama dia sapa. Aishh, boss ni!

“Bagi dia masuk" arah Danish dingin. Ni lagi sorang, tak boleh nampak aku senang langsung.

Wanita itu hanya mengangguk lalu keluar dari bilik Danish.

Tidak lama kemudian, Liana muncul dengan senyuman masih di bibir. Menyampah pun ada aku nampak.

“You nak apa?!" terus sahaja Danish menyoal.

“I dengar, you dan Fiqa tu bergaduh. Betul ke??" soal Liana sinis.

“So? Apa kena mengena dengan you?"

“Takdelah. Kalau you perlukan seseorang untuk dengar luahan hati you tu, I sedia untuk dengar. I ada bila-bila masa je bila you perlukan. I ada untuk you. Dan you pun tak keseorangan. You kahwin dengan I, kita akan bahagia. Please, I merayu sangat-sangat. You sanggup ke tengok, anak kita hidup ni tanpa ayah di sisi" air mata palsu yang baru turun dari pipinya itu diseka. Mantap lakonan kau, Liana. It's okay. Ni pun untuk kebahagiaan kau kan.

Danish angkat kening sebelah. “Tolonglah sikit, Liana. I tak perlukan sapa-sapa pun sekarang ni"

Liana ketawa sinis. “You memang suka kan orang tipu you. Fiqa tu dah lama dah main jantan. Masa dia kahwin dengan you pun, dia dah main jantan. You je yang buta. Kadang-kadang kan, I kesian lah dekat you ni Danish. You selalu je kena tipu. Fiqa tu you jangan lah percaya sangat. Dia ‘hipokrit'. Depan you, dia buat baik, sampaikan bertudung bagai. Tapi belakang you? Tak pasal-pasal kelab malam pun dia pernah masuk. I tahulah, sebab I lebih kenal dia dari you."

Jeda.

Melihat Danish diam itu, Liana tersenyum puas.

“Kalau you perlukan I, you call je I. I tahu you takkan kecewakan I kan? Cerai dengan Fiqa, kahwin dengan I" ujarnya menggoda sebelum berlalu pergi.

Danish hentak meja kuat. Damn!!

Arghhh...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience