Bab 42

Romance Completed 114969

Danish terbangun dari lena. Matanya tertancap pada jam di dinding bilik itu. Sudah pukul 7:00 pagi. Dia bangun dari pembaringan. Belakang badannya digosok kejap. Boleh patah pinggang aku kalau asyik tidur atas lantai.

Danish mendekati isterinya. Kelihatan isterinya masih nyenyak tidur. Tangannya naik menyentuh dahi Fiqa. Masih panas lagi.

Dia membuka pintu bilik dengan perlahan. Matanya meliar mencari seseorang. Dia melangkah pula ke arah tangga.

Apabila melihat Emelda sudah ingin keluar, cepat sahaja kakinya mengatur langkah mendapatkan Emelda. Niatnya hanya satu. Ingin menanyakan ubat demam kepada isterinya.

“Errr" Danish garu kepala sendiri. Aku nak panggil macam mana ni. Nama dia pun aku tak tahu.

Emelda menoleh. Dia tertawa kecil. Faham sangat kenapa Danish teragak-agak ingin bertanya. “Emelda. Panggil je Mel"

Danish tersenyum. “Err, ubat Fiqa kat mana eh? sebab badan dia tu masih panas lagi"

“Kat dapur. Saya dah letak dah kat atas meja tu. Oh, sebelum saya terlupa. Jangan bagi Fiqa keluar rumah. Tak pasal-pasal kalau dia keluar, makin kuat pulak demam dia tu. Bukannya saya tak tahu, dia dah lama teringin nak main salji." ujar Emelda seraya membuka payung yang dipegangnya tadi.

“Ni lagu satu. Saya ada buatkan Pavlova untuk Fiqa tu. Tolong bagi dia makan ye"

Danish kerut kening. Pavlova?

“Pavlova? apa tu."

Mendengar itu Emelda sekadar ketawa kecil. “Pavlova tu makanan yang terkenal di Australia. Fiqa pun suka makan. Kalau awak nak tahu, tu lah makanan favourit dia"

Danish mengangguk sambil mulutnya membulat tanda ‘O'. Baru aku tahu apa makanan favourit isteri aku. Pavlova ye. Sedap ke? aku pun tak pernah makan.

“Awak jaga dia ye. Saya pergi kerja dulu" sambung Emelda lagi.

Danish membuat tanda ‘ok' di tangannya. Emelda membuka pintu pagar rumahnya lalu mula berjalan ke tempat kerja. Jarak tempat kerja ke rumahnya tidaklah sejauh mana. Jadi apa salahnya kalau dia jalan kaki sahaja. Jimat sikit duit belanja.

Danish menutup kembali pintu. Kakinya menuju ke arah dapur. Nasib baiklah rumah ni tak besar mana. Kalau tak, tercari-cari lah aku mana dapur.

Dia menuju ke arah meja makan. Di situ dia sudah melihat dua biji ubat yang terletak elok di atas piring. Di sebelahnya juga disediakan satu botol air mineral.

Bila teringatkan pasal makanan kegermaran Fiqa itu, dia terus membuka saji. Kembang kempis hidungnya menghidu aroma Pavlova. Bau pun dah sedap ni. Mesti rasa dia lagi sedap.

Tanpa sepatah kata, dia terus mencapai pisau lalu dibelah dua Pavlova itu. Separuh Pavlova yang dibelahnya diambil lalu di suakan ke dalam mulut.

Matanya tertutup menghayati keenakan makanan itu. Lapisan luar Pavlova itu rasanya rangup tapi di dalamnya sangat lembut seperti Marshmallow. Ditambah pula dengan hiasan buah-buahan di atasnya seperti buah strawberi, blueberry dan kiwi.. Memang super sedap la. Kalau macam ni, Pavlova ni pun boleh jadi makanan favourit aku ni.

*****

Fiqa menggeliat kecil. Dia melekatkan tangannya di dahi. Ahh kenapalah badan aku ni panas lagi. Nak main salji !

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Bukanke, Emelda tu dia kerja eh hari ni. Jadi maknanya, aku boleh keluar? Dia terus bangun dari katil.

Kepalanya yang sedikit pening itu, tidak diambil kisah. Yang penting, aku dapat sentuh salji pun kira okeylah. Dia menjenguk ke jendela biliknya. Yes! salji masih ada.

Pintu bilik dibukanya. Sepantas kilat dia berlari ke arah pintu utama rumah itu.

Danish yang sedang membasuh tangan di sink itu, menoleh ke belakang. Dia melihat isterinya yang sedang berjalan menuju ke pintu. Dia tersenyum kecil. Ni mesti nak main kat luar ni.

“Sayang?" Suara Danish.

Fiqa yang ingin memulas tombol pintu itu, terhenti. Kejap. Aku rasa macam pernah dengar la suara ni. Macam suara......Dia menoleh ke belakang.

Danish!!

Terkejut beruk Fiqa ketika itu. Dia menggosok matanya. Takut-takut mimpi ke? manalah tahu kan.

Bila melihat Danish semakin menghampirinya, dia semakin teragak-agak.

“Danish?"

Danish mengangguk. Terus tubuh isterinya masuk ke dalam pelukan. Fiqa kaku tak bergerak. Sumpah! aku masih confuse sekarang ni.

Danish? dia dari mana? kenapa dia datang? macam mana dia boleh ada kat dalam ni? soalan demi soalan di dalam mindanya tika ini.

Pelukan dileraikan. “Awak dari mana ni, Danish?" soal Fiqa sambil menilik muka Danish. Manalah tahu, kot-kot ada pelanduk dua serupa. Sah! ni memang Danish.

“Dari Malaysia"

“Bila awak datang?"

“Malam tadi"

“kenapa awak datang?"

“Nak jumpa isteri saya"

“Kenapa awak nak jumpa saya?"

“Sebab rindu"

“Macam mana awak boleh ada kat dalam rumah ni"

“sebab Emelda yang tolong bukakkan pintu malam tadi."

“Macam mana awak tahu saya ada kat sini?"

“Sebab Fiqa tak boleh lari dari Megat Danish Fikri"

Satu persatu soalan Fiqa menyoal kepada Danish. Manakala Danish memberi jawapan yang sepatutnya. Senang.

“Awak nak pergi mana tadi?"

Fiqa jeling sekilas. Dia memeluk tubuh sendiri. “Takde nak pergi mana-mana pun" ingatkan bila si Emelda tu dah takde, boleh aku keluar. Ni tak, datang pulak manusia yang bernama Danish.

“Tunggu kejap" arah Danish lembut lalu dia berjalan menuju ke dapur.

Tidak lama kemudian, Danish datang kembali dengan membawa ubat dan air mineral di tangannya.

“Nah. Makan ubat" ubar itu disuakan kepada Fiqa.

“Liana mana?" soal Fiqa tiba-tiba.

Danish terhenti. Dia memandang tepat ke arah isterinya. “Kenapa nak cakap pasal dia?"

“Awak tak kahwin dengan dia?"

“No"

“I don't want to see your face" ucap Fiqa lalu meninggalkan Danish sendirian.

Danish kaku. Saya tahu awak benci saya Fiqa..Saya minta maaf. Betul-betul minta maaf.

Fiqa menyandarkan tubuhnya di belakang pintu bilik. Dia lemah. Dia tak mampu. Baru saja dia ingin melupakan lelaki itu. Tapi tak sangka yang Danish sudahpun hadir semula. Kenapa aku tak boleh lari dari dia.

Kakinya diangkat ke dada. Dia menundukkan wajahnya. Kelopak mata mula memberat. Saya cuba untuk lupakan awak, Danish. Tapi kenapa awak datang balik? kenapa awak datang sini. Awak memang suka kan buat saya terseksa macam ni.

Tok!! Tok!!

Pintu biliknya diketuk tiba-tiba. Walaupun suduh mendegar ketukan pintu itu, tapi Fiqa masih tidak berganjak dari tempatnya. Dia tahu, itu mesti Danish yang mengetuk pintu biliknya.

Ketukan pintu di biliknya masih tidak berhenti. Fiqa mula naik rimas. Akhirnya dia bangun juga dari duduk lalu memulas tombol pintu biliknya.

“awak nak apa?" soal Fiqa acuh tak acuh.

”Sayang makan ubat ni dulu" Danish menghulurkan sebiji ubat kepada Fiqa. Fiqa menjeling tajam ke arah Danish sebelum dia menyuakan ubat itu ke dalam mulutnya. Air kosong diteguknya rakus.

Selepas makan ubat, Fiqa masuk ke biliknya semula. Kira-kira ingin menutup pintu, tapi tangan Danish cepat menyambar tangannya.

“sayang tak nak turun dapur ke?" Danish menyoal seraya mengangkat kening sebelah.

“Buat apa?"

“Kat dapur tu ada Pavlova. Kalau sayang tak nak turun, biar saya jelah yang makan. Lagipun membazirkan nak buang makanan yang sedap tu"

Fiqa diam.

Tanpa sepatah kata, dia turun juga ke dapur. Rugi kalau aku tak makan. Lagipun Emelda jarang-jarang je buatkan pavlova untuk aku.

Danish sembunyi senyum.

******

Mirza berjalan menuju ke lift. Boring betul hidup aku kalau takde si Danish tu. Lunch pun aku kena lunch sorang-sorang lah ni. Haishh, nasib lah hidup single ni.

Sewaktu kakinya ingin melangkah memasuki lift, tiba-tiba seseorang menyapanya dari belakang. Mirza menoleh.

”Asslamualaikum, Mirza" sapa Dato Megat Ibrahim.

“Wa...wa'alaikumussalam Dato''

“Danish mana?"

Gulp! Air liur ditelan kesat. Macam mana aku nak jawab ni. Semua ni salah kau Danish. Kalau nak pergi tu, tolong bagitahulah dulu alasan apa yang patut aku bagitahu dekat papa kau ni. Tak pasal-pasal aku kena soal siasat pulak.

“Mirza, Danish mana?" ulangnya lagi.

“Err, dia..dia..dia pergi honeymoon." Mulut Mirza terlopong. Apa yang kau cakap ni Mirza. Honeymoon kepala bapak dia. Dia menekup mulut sendiri.

“Honeymoon? kenapa saya tak tahu pasal ni?"

Mirza garu kepala yang tidak gatal. Nak jawab macam mana eh.

“Err, mungkin dia lupa kot"

“Lupa? dia honeymoon kat mana?"

Mirza diam. Haishh, kan dah cakap. Pasti kena soal siasat ni. Mulut aku pun satu. Kenapa lah pergi cakap yang diorang pergi honeymoon.

“Err itu saya tak tahu." Bagus Mirza. Jawapan yang paling senang kau bagi.

“Danish!!!. Danish!!" tempik satu suara yang berjalan mendekati mereka berdua. Mirza menoleh ke tepi. Matanya membulat besar.

Ni lagi sorang. Apasal pulak dia datang time-time macam ni. Danish tolong aku!! semua ni kau punya pasal. Aku yang kena tanggung risikonya. Arghh!

“Mirza, mana Danish?" soal Liana tegas. Sesekali Liana mengerling ke arah Dato Ibrahim. Bagus. Bakal ayah mertua ada sekali.

Mirza diam.

“Kamu buat apa kat sini?" tanya Dato Ibrahim.

“I want to see Danish" ujar Liana tegas. Langsung takde hormat pada orang tua.

“Dia takde"

Liana senyum sinis. “You tahu tak apa yang anak you dah buat pada I?"

Dato Ibrahim menggeleng. Mirza memandang Liana. What!! tak pasal-pasal dia bagitahu perkara sebenar macam mana? mati lah kau Danish. Sorry Danish. Aku tak dapat nak mempertahankan kau.

Kedengaran tawa sinis yang dilepaskan olehnya. “Nampaknya anak you tak bagitahu lah pasal ni".

“Pasal apa?"

“I mengandungkan anak dia and I nak dia bertanggungjawab" jerit Liana lantang. Pekerja-pekerja yang lalu di situ pun menggeleng kepala sendiri melihat Liana. Mungkin semua orang dah tahu perangai Liana ni macam mana.

“Is that true?"

“Yes. Tapi sayangnya, anak you tak nak tanggungjawab atas apa yang terjadi sekarang ni. I harap you boleh suruh dia kahwin dengan I kalau you tak nak maruah keluarga you tercalar" ujar Liana sinis.

“Anak saya takkan buat macam tu"

“Tapi anak you dah buat. Walau apa pun terjadi, anak you tetap kena bertanggungjawab" Sesudah mengahabiskan kata-kata, dia membuka langkah berlalu pergi. Sekarang ni baru senang hati aku

“Err, Dato. Dato jangan risau. Danish takkan buat macam tu"

“Saya tahu dia takkan buat macam tu. Tapi Liana sendiri mengaku yang anak dalam perut tu anak dia. Kita nak buat macam mana lagi?"

Mirza kembali diam. Baik aku diam je.

“Kalau macam tu, saya pergi dulu Mirza." ujar Dato Ibrahim sebelum dia berlalu pergi

Mirza mengangguk kecil. Dia melepaskan keluhan berat. Okey, aku dah selamat dah sekarang ni. Tapi Danish, kau masih lagi belum selamat. Kesian.

*****

Selepas makan Pavlova tadi, Fiqa kembali tidur. Dah takde apa yang nak dibuatnya. Keluar rumah pun tak boleh.

Danish membuka mesej yang dihantar oleh Mirza tadi.

Mirza-- Papa kau datang tadi. Dia tanya aku

kenapa kau tak masuk office. So, aku

cakaplah yang kau pergi honeymoon.

Tapi nasib kau betul-betul tak baik

sebab masa tu Liana ada datang office

kau. And then, dia dah cerita semuanya

pasal kau dekat papa kau.

Danish meraup mukanya kasar. Masalah besar. Liana, Liana. Bilalah kau nak move on dengan semua ni.

Apa yang aku nak buat ni!!

******

P/S: Hai semua..Terima kasih sebab sudi baca novel ni. Pertama sekali, saya ingin bagitahu pada readers ii semua, yang esok saya tak dapat nak update bab baru.. Mungkin hari JUMAAT baru saya update semula..So, maaf lah kalau yang tertunggu tu ye..Sehari je saya tak update ^.^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience