Bab 8

Romance Completed 114969

Keluar sahaja dari hospital, Megat Danish Fikri membukakan pintu keretanya kepada Rafiqa. Sempat lagi, Rafiqa senyum manis kepadanya sebelum membolos masuk

Di dalam kereta, tiada patah perkataan pun yang keluar dari mulut masing-masing. Rafiqa mula naik segan. Dia cuba mencari pertanyaan yang sesuai kepada Danish untuk bercakap

“Mhmmm...Siapa yang bayar bil hospital saya" tanya Rafiqa sekadar berbasa basi. Itulah soalan yang ingin diluahkannya dari tadi.

“Aku" Jawab Danish sepatah.

“Thank you" balas Rafiqa.

Danish dengan serta merta berpaling ke arah Rafiqa. “Jom pergi makan nak. Aku lapar ni" pelawa Danish.

“Er.." serba salah Rafiqa ingin menolak.. Lambat-lambat dia mengangguk.

Terbit senyum kegembiraan di bibir Danish.

*****

Rafiqa terkaku melihat restoran di hadapannya itu. Sunguh-sungguh mewah.

“Come" ajah Danish.

Rafiqa hanya mengangguk. Lalu mengikuti jejak Danish

Danish dan Rafiqa duduk berhadapan. Pelayan lelaki mula datang mengambil order.

“Encik, Puan. Nak makan apa" Ujar pelayan itu

“Bagi saya mushroom soup, tomyam soup dan lobster soup" Suara Danish. Rafiqa tergamam. “Banyak betul, mamat ni makan" gumam Rafiqa.

“Puan?". Kali ini, pelayan lelaki itu berpaling ke arahnya pula.

“Bagi saya air kosong je" tutur Rafiqa. Pelayan lelaki itu hanya mengangguk. Lalu berlalu pergi.

“Kau, tak nak makan apa-apa ke?"

“Tak nak." Cepat-cepat Rafiqa menggelengkan kepalanya

“Aku nak bagitahu something dekat kau ni" Kali ini suara Danish bertukar serius

”Apa dia?" Tanya Rafiqa pelik.

“Kalau mama tanya kenapa kau tak balik rumah, kau cakap je kau tidur rumah kawan kau. Sebab aku tak nak, mama risau nanti"

Rafiqa mengangguk tanda faham.

Pelayan lelaki tadi, kembali semula membawa makanan yang dipesan oleh Danish itu.

“Thanks" ujar danish.

Pelayan itu hanya melemparkan senyuman lalu menyambung semula kerjanya.

“Awak nak makan semua ni ke?" Tanya Rafiqa.

“Yelah, aku lapar ni." Danish menggosok-gosok perutnya. Dia mengambil sudu dan garfu, lalu mencedok kuah tomyam itu. Perlahan-lahan kuah itu dimasukkan ke dalam muluutnya.
“Sedapnya" seloroh Danish. Sambil menunjukkan riak keenakan makanan itu kepada Rafiqa.

Rafiqa menarik muka. “Makanlah puas-puas. Nanti, bila awk dah gemuk, takde orang yang nak kat awk"

“Perempuan ni, dia tak pandang pun rupa dan hati. Dia hanya pandangkan harta je" Ujar Danish, lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Rafiqa tersenyum hambar. Lambat-lambat dia meneguk air kosongnya itu.

“Nir, doktor pesan. Jangan nak buang plaster yang dekat dahi kau tu" Ujar Danish. Mengubah topik.

“Ok" Sepatah Rafiqa menjawab. Sedikit sebanyak, kata-kata Danish itu membuatkan hatinya terguris.

Danish mula tidak senang duduk melihat Rafiqa asyik diam membisu je. Ingin saja dia nak meminta maaf kepada wanita itu. Tapi egonya melarang.

”Dah, jom balik" Tegas suara Danish.

“Habistu, makanan yang lebih ni''

“Tinggalkan je" Jawab Danish angkuh.

Rafiqa melepaskan keluhan berat. “Haishh, jadi ni lah kehidupan orang kaya. Selalu je membazir" Cebik Rafiqa dalam hati.

Tidam semena-mena, Danish memimpin tangan Rafiqa keluar dari restoran itu. Nasib baik Rafiqa memakai baju lengan panjang.

Mereka berdua membolos masuk ke dalam kereta. Pedal minyak ditekan, Danish memandu dengan laju sehingga membelah jalan raya.

Rafiqa sedikit gerun apabila Danish membawa dengan kadar yang laju. Tapi ditahannya.

****

Sampai sahaja di rumah agam itu, mereka turun bersama-sama.

“Assalamu'alaikum" laung Danish.

Pintu utama terbuka dari dalam. Terjengul wajah Datin Rosmah. “Mama" Rafiqa mula memeluk bakal mertuanya itu.

“Kenapa Fiqa lama tak balik. Risau tau mama ni."

Rafiqa berpaling ke arah Danish. Danish hanya membuat muka selamba sahaja. “Er..Fiqa terpaksa tidur rumah kawan Fiqa. Yelah, kita orang dah lama tak jumpa" Tergagak-agak Rafiqa hendak menipu.

Datin Rosmah diam sebentar. “Kenapa dengan dahi Fiqa tu" Ujarnya risau.

Danish merenung tajam ke arah Rafiqa. Kali ini, Rafiqa pula membuat muka selamba.

“Oh ni. Sikit je, terhantuk dinding" Fiqa ketawa kecil. Tapi ketawa itu hanya dibuat-buat sahaja.

Datin Rosmah tersenyum. “Ha, meh la masuk. Takkan nak duduk luar je."

Mereka berdua serentak masuk, lalu duduk di ruang tamu. “Papa mana ma" Tanya Danish

“Papa kamu awal-awal lagi dah tidur." jawab Puan Rosmah.

“Mhmm..Oklah, ma. Fiqa nak masuk tidur dulu." Rafiqa mula meminta diri lalu menuju ke tingkat dua, di mana biliknya bersebelahan dengan bilik Danish.

Tepat pada pukul 11 malam, baru Danish mula nak masuk tidur. Mungkin, dia sorang je yang belum tidur lagi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga.

Danish mengerling sekilas ke arah bilik Rafiqa. “Aikk, tak tutup pintu" Soalnya. Perlahan-lahan dia melangkah lalu berdiri betul-betul di bilik Rafiqa.

Dia merenung wajah wanita itu dari jauh. Sungguh cantik sangat-sangat. Terbit senyum kecil di bibir Danish.

“Jangan tenung lama-lama anak dara orang" seloroh Dato Megat Ibrahim dari belakang.

Danish sedikit terkejut. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang. “Papa?" Danish mengangkat kening sebelah.

“Papa terjaga tadi. Tiba-tiba tekak ni rasa nak air je. Baru nak masuk bilik, papa nampak kamu duk tercegat depan bilik Fiqa ni kenapa?" Soal Dato Megat Ibrahim seraya berpeluk tubuh.

“Er..takdelah..Danish nak tutup pintu je tadi.

“Cantik kan, Rafiqa tu" Kali ni papa nya sendiri memuji Rafiqa.

Danish diam.

“Kalau kamu nak tahu. Fiqa tu bukannya asal kampung." Dato Megat Ibrahim mula bercerita.

Danish memandang papanya dengan wajah pelik. “Maksud papa?" Tanya Danish pula.

“Rafiqa tu keturunan Australia. Nenek dia, asal dari Australia. Tapi disebabkan ibu Fiqa terlalu mencintai ayah Fiqa, dia sanggup berhijrah ke Malaysia. Perkahwinan mereka dipersetujui oleh nenek Fiqa. Sehinggalah, dia masuk islam dan mati pun bersama islam." Terang Dato Megat Ibrahim.

Danish diam seperti memikirkan sesuatu. “Habistu? Kenapa dia tak balik Australia."

“Sebab nenek Fiqa tak bagi dia balik. Kalau dia nak balik, dia kena kahwin dulu" Sambung Dato Megat Ibrahim.

Danish mengangguk tanda faham. “Patutlah, kulit putih melepak. Orang luar negara rupanya." desis Danish.

“Mhmm, pa. Danish masuk tidur dulu lah." Ujar Danish lalu berlalu pergi.

Dato Megat Ibrahim mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience