Bab 9

Romance Completed 114969

Suasana pagi di di rumah agam Dato Megat Ibrahim begitu sunyi. Hanya mendengar sudu dan garfu sahaja, berlaga sesama sendiri.

“Danish." Panggil Datin Rosmah.

Danish mengangkat muka memandang ke arah mamanya. “Ye, ma" sahut Danish.

“Mama nak, hari ni kamu pergi beli barang pengantin dengan Fiqa."

Danish sedikit terkejut. Diam. Mencari alasan yang sesuai.

“Danish, ada meeting ma"

“Meeting?. Baru je Suzy call papa. Dia cakap takde meeting pun hari ni." jampuk Dato Megat Ibrahim.

Danish diam semula. Alamak, kantoilah pulak.

“Dah, tak payah nak cari alasan. Lepas makan ni, pergi sekarang. Takut tutup pulak kedai. Fiqa ok, kan." Kali ini mukanya dihalakan kepada Rafiqa pula.

“Ok..Fiqa ok jer."

Datin Rosmah senyum lebar.

****

“Kita nak beli apa ni?" soal Danish kepada Rafiqa. Dah hampir sejam mereka berjalan di Pavilion Mall. Tapi satu barang pun belum dibelinya.

“Entah." balas Rafiqa. “Kau ni, aku tanya elok-elok tu jawablah elok-elok." Danish mula protes.

“Manalah saya tahu. Saya mana pernah kahwin pun" bidas Rafiqa lagi.

“Dah. Kita pergi kedai cincin kat depan tu la." Ujar Danish sambil menunjukkan kedai cincin yang berada tidak jauh dari mereka. Danish dan Rafiqa berjalan beriringan.

“Selamat datang. Puan, Tuan." Ramah pekerja perempuan di kedai itu. Kena dilayan pelanggan VIP seperti Tengku Danish Fikri ni.

Rafiqa hanya memberikan senyuman. Danish?. Langsung tak senyum.

“Ha, kau pilihlah apa yang kau nak." Ujar Danish seraya duduk di sofa kedai itu.

Rafiqa menjeling tajam ke arah Danish. Lansung tak gentleman. Rafiqa berjalan perlahan sambil melihat-lihat cincin. Pelbagai bentuk dan semuanya cantik.

Dia berhenti sebentar lalu perlahan-lahan mengambil cincin yang sudah dia berkenan. Dia melihat lama. Cincin itu sungguh cantik, dengan kilauannya dan ditambah pula dengan bentuk ‘Love' ditengah-tengahnya. “Macam cincin ibu". bicara Rafiqa sendiri.

Rafiqa berlari anak ke arah Danish. “Awak." Panggil Rafiqa. Danish buat-buat tak dengar, dengan mata yang ralit bermain telefon.

“Awak!" panggil Rafiqa lagi. Danish berpaling ke arah Rafiqa. “Kalau kau nak cincin tu, kau beli lah. Guna duit kau. Lagipun orang macam kau ni tak sesuai pun pakai cincin macam tu."Danish menyambung semula bermain telefon.Rafiqa sedikit kecewa. “Ish, dahlah".Dia menyerahkan semula cincin yang hendak dibelinya kepada pekerja di kedai itu.

“Kalau aku ada duit, aku takkan menyusahkan kau la." Gumam Rafiqa

Cepat-cepat dia keluar, tanpa menunggu Danish pun. Danish mengejarnya dari belakang.

“Dah beli ke cincin". Danish buat-buat tak tahu.

Rafiqa diam. Malas hendak berkata-kata lagi dengan lelaki itu.

“Aku tanya kau ni." Danish sudah pun memotong laluan Rafiqa.

“Ishh, tepi la."

“Kau tak jawab lagi soalan aku"

“Tak..Tak beli pun. Puaskan hati awak." Rafiqa bersuara lantang. Kelopak matanya muka memberat. “Hina sangatkah aku ni di mata dia." Rafiqa menyoal sendiri. Entah kenapa dia memang makan hati dengan kata-kata Danish.

“Kalau takde apa-apa lagi awak nak cakap dekat saya, saya nak balik. Pasal barang perkahwinan tu, pandai-pandailah saya cakap dekat mama" sambung Rafiqa.

“Balik dengan aku." Baru sahaja Danish ingin memimpin Rafiqa. Tapi Rafiqa cepat menepisnya.

“Layak ke, saya balik dengan awak. Yelah, saya mengaku saya tak kaya macam awak. Tapi saya ada perasaan Danish. Selama ni, saya tahan je apa yang awak nak hina saya. Tapi ni dah lebih Danish. Kalau awak rasa, awak malu nak saya jadi isteri awak, lebih baik kita putuskan hubungan ni. It's okay. Saya sendiri akan mintak putus dengan mama dan papa. Mungkin, saya je yang tak sedar diri. Saya memang tak sesuai dengan awak. Tapi saya teringin......teringin nak jumpa...." Ayat Rafiqa tergantung disitu. Air mata sudah berjujuran membasahi pipi. Tidak dihiraunya, kalau ramai orang yang melihat dia sedang menangis.

Danish sedikit sebak. Entah kenapa hatinya, turut sedih apabila melihat Rafiqa menangis.

“Kau teringin nak jumpa nenek kau kan." Danish menyambung ayat Rafiqa.

Rafiqa memandang Danish dengan wajah pelik.

“Papa dah bagitahu semua dah. Ok, pasal tadi aku mintak maaf. Aku takde niat pun nak hina kau. Aku tak....." Rafiqa meletakkan jari telunjuknya, tinggal berapa inci lagi hendak bersentuhan.

“It's okay". Rafiqa senyum hambar. Dia berlalu pergi meninggalkan Danish sendirian.

Rafiqa menahan teksi di depan Pavilion Mall. Baru dia hendak masuk, dia melihat Danish mengejarnya. Cepat-cepat dia masuk ke dalam teksi. Pedal minyak ditekan, teksi mula bergerak

“Shit!!" Laung Danish.

Share this novel

orang yg melepak
2020-12-08 01:38:12 

byknya sup. nanti kencing x berhenti - henti

orang yg melepak
2020-12-08 01:37:50 

cth la : bibir mcm buah delim merekah, rambut ikal mayang dll

orang yg melepak
2020-12-08 01:37:05 

ckp la sikit yg dia ni cantik mcm mana


NovelPlus Premium

The best ads free experience