Bab 44

Romance Completed 114969

P/S: Sorry semua! Kelmarin saya tak sempat nak update sebab terlalu sibuk. Harini alhamdulillah, sempat juga saya nak update

*****

Danish menutup pintu bilik Fiqa sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik bersama-sama.

Jendela biliknya ditutup apabila angin salji mula meniup. Danish hanya melihat sahaja kelakuan isterinya. Dia berjalan ke arah Fiqa.

“Sayang" panggilnya meleret.

“Apa?"

“kita balik Malaysia nak?"

Segera Fiqa berpaling menghadap suaminya. “No!" cepat Fiqa membantah dengan cadangan Danish.

Danish meraih tangan Fiqa. “Sayang, please. Abang nak selesaikan masalah kita dekat Malaysia dulu. And abang tak nak berjauhan dengan sayang"

Fiqa menundukkan wajahnya. “Liana?" sekali lagi nama itu disebutnya.

Danish mengangkat wajah isterinya. “Look at me. That's why I want us to go back to Malaysia. Abang akan selesaikan semua masalah kita. After all that is done, then we can be happy dear. Please" rayu Danish.

“Tapi..."

“kita akan bertolak esok" pangkas Danish.

“kenapa awal sangat?"

“lagi awal lagi bagus kan, sayang"

“mhmm" kedengaran keluhan berat dilepaskan darinya. “abang janji akan selesaikan semua masalah kita?"

Danish mengangguk.

“Pasal anak abang tu?"

“Abang dah cakap kan yang tu bukan anak abang"

“Tapi Liana dah mengaku yang tu anak abang"

“Abang akan buat DNA test", ujarnya bersahaja. Masih menatap wajah sang isteri.

Membulat terus mata Fiqa. “Are you kidding me?"

“Abang tak bergurau sayang. Sayang jangan risau." kepala Fiqa diusapnya penuh kasih.

Fiqa diam.

Sesungguhnya berat hatinya ingin pergi tinggalkan Emelda berseorangan disini. Tapi bila memikirkan tentang masalahnya di Malaysia, dia terpaksa juga mengikut suaminya balik ke Malaysia. Sabar jelah Fiqa. Tak lama pun. Kau akan bahagia satu hari nanti.

*****

Seperti biasa, Emelda bangun awal pagi lagi untuk menyiapkan sarapan.

Danish turun dari katil. Fiqa masih lagi nyenyak tidur. Tidak mahu menganggu lena tidur isterinya itu, dia terus berjalan menuju ke bilik air.

Danish keluar dari biliknya apabila sudah membersihkan diri. Kepalanya melilau mencari Emelda. Dia terus membuka langkah ke dapur apabila mengingatkan yang Emelda selalunya ada di dapur pada masa-masa ini.

“Morning" sapa Emelda terlebih dahulu.

“Morning"

Danish berdiri tidak jauh dari Emelda. Dia hanya memerhati sahaja Emelda yang menyiapkan makanan. Lagipun takkanlah nak duduk sekali tanpa isterinya. Tak pasal-pasal tambah lagi masalah. Cukuplah yang Fiqa sorang je isterinya. Itu pun pening nak melayan karenahnya. Kuat merajuk. Tapi kuat merajuk pun sayang tau..

“Fiqa mana?" soal Emelda bila melihat Danish hanya tercegat sahaja. Dia sembunyi senyum. Faham sangat kenapa Danish tidak duduk makan sekali. Memang sepupunya itu bertuah sangat dapat suami macam Danish. Setia. Dahlah hensem. Memang ciri-ciri lelaki idaman wanita lah. Tapi betulke dia setia? Aku dengar dia ada girlfriend sebelum ni. Yelah, lelaki ada rupa kan. Ahh lantaklah. Takkan aku nak jadi busybody pulak.

“Dia masih lagi tidur"

“Oo"

“Err.. Emelda. Boleh saya bagitahu something" tanya Danish terlebih dahulu. Aku datang cari dia ni pun, sebab nak bagitahu yang aku dan Fiqa kan bertolak ke Malaysia tak lama lagi.

“Tanya jelah"

“Errr kejap lagi saya dan Fiqa kan balik Malaysia"

Emelda memberhentikan kerjanya. “Betulke?" soalnya kembali meminta kepastian.

Lambat-lambat Danish mengangguk.

Emelda hanya menguntum senyum hambar. Berat hatinya ingin melepaskan Fiqa pergi. Tapi dia tahu, Danish lebih berhak ke atas Fiqa. Lagipun, dia takda hak nak menghalang mereka berdua.

“Awak okey kan?" soal Danish bila melihat Emelda hanya diam sahaja.

“Awak jangan risau lah. Saya dah biasa dah tinggal sorang-sorang. Lagipun awak kan suami Fiqa. Awak lebih berhak ke atas dia. Jaga dia elok-elok ya" pesan Emelda.

Danish turut menguntum senyum. Lega hatinya bila Emelda melepaskan Fiqa pergi. Ingatkan Emelda tidak membenarkan isterinya itu balik ke Malaysia. Yelah, diorang kan dari kecil lagi tak pernah berpisah.

Tidak lama kemudian, Fiqa pula turun dengan tangannya menggosok-gosok matanya. Danish berpaling. Nampak sangat yang isterinya itu belum mandi lagi.

“Morning, Mel"

“Morning"

Fiqa terus berjalan ke meja makan lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Melihat itu, Danish turut sama melabuhkan punggungnya yang bersebelahan dengan Fiqa.

Emelda juga turut duduk yang bertentangan dengan pasangan itu. Roti bakar diberikan kepada Danish dan Fiqa yang sudah disalut dengan jem.
Fiqa menyuakan roti itu ke dalam mulutnya.

“Betulke kau dah nak balik Malaysia?" soal Emelda ke arah Fiqa.

Fiqa hanya mengangguk.

“kenapa awal sangat?"

“Kau janganlah risau Mel. Nanti aku akan datang balik dekat sini. Kau jangan risau ye" Fiqa memujuk sepupunya yang sedang merajuk itu. Merajuk? Dia sedang merajuk ke?

“Kau janji ye?"

“Ye, janji" Fiqa menghulurkan jari kelingkingnya kepada Emelda tanda berjanji.

Emelda turut menghulurkan jari kelingkingnya itu sebelum jari kelingking mereka sudah bercantum.

Danish tersenyum melihat kemesraan mereka berdua.

*****

“Bye, Mel" Fiqa melambaikan tangannya kepada Emelda. Danish disebelahnya hanya sibuk menelefon seseorang. Entah apa la yang dibualkannya pun aku tak tahu. Sibuk memanjang.

Emelda turut melambaikan tangan. Emelda dan Fiqa berpelukan kejap sebelum teksi mula datang mengambil mereka berdua.

Danish mengangkat beg bagasinya dan Fiqa lalu memasukkan ke dalam bonet teksi itu. Fiqa menurut suaminya lalu membolos masuk ke dalam kereta.

Danish kerling isterinya yang hanya diam.

“Are you okay?"

Fiqa mengangguk.

Danish menyapu air mata isterinya yang hampir tumpah. Dia menatap wajah Fiqa.

“It's okay, sayang. Kita akan datang balik ke sini"

“Fiqa tak puas lagi main salji"

Danish ketawa kecil. Ingatkan apa lah yang membuatkam isterinya itu menangis. Rupa-rupanya tak puas lagi main salji.

“Sayang jangan risau. Salji takkan hilang dekat sini."

“Mhmm"

Pemandu teksi itu sesekali mengerling pasangan itu melalui cermin pandang belakang. Walapun dia tidak faham apa yang mereka bualkan, dia turut menguntum senyum melihat pasangan itu. Nampak bahagia saja walaupun dia tidak tahu perkara sebenar.

Danish membuka langkah lebih cepat menuju ke pintu gerbang. Fiqa hanya turut membontoti sahaja langkah suaminya.

Danish kerling jam pergelangan tangannya. Lagi 10 minit.

“Cepat sayang, nanti terlepas flight" Danish terus menyambar tangan Fiqa supaya jalan beriringan dengannya.

Fiqa jeling sekilas. Memang Danish ni jenis gelabah tak tentu pasal. Ada masa lagi 10 minit kot. Bukannya 1 minit.

Mereka telah selamat masuk ke dalam kapal terbang. Danish duduk di tepi tingkap kapal terbang sambil matanya melemparkan padangan ke luar.

Tiba-tiba terasa bahunya disentuh sesuatu. Danish cepat-cepat berpaling. Dia mengukir senyum lebar apabila melihat Fiqa yang melelapkan matanya lalu kepalanya dilentokkan ke bahu Danish.

Danish mencapai tangan isterinya lalu dikucup lembut. Tangan itu digenggamnya kemas. “Abang akan jaga sayang. Abang takkan ceraikan sayang dan abang takkan kahwin dengan sapa-sapa pun. Abang akan selesaikan semua ni. Kita akan bahagia tak lama lagi. Itu janji abang" selesai kata-kata itu diluahkan, dia turut juga melelapkan matanya.

*****

Liana memakirkan keretanya diluar pagar rumah Danish. Dia menghempas pintu keretanya dengan kuat. Bengang betul apabila Danish sudah menghilangkan diri. Itu pun bersama-sama dengan perempuan tu.

Liana memanjangkan lehernya. Mengintai sana-sini kot-kot diorang ada ke dekat rumah. Dia mendengus geram apabila tidak melihat tiada seorang pun di dalam di rumah itu.

Dia memeluk tubuh sendiri. Badannya disandarkan pada keretanya. “Aku takkan balik selagi aku tak jumpa kau" nekad Liana sendiri. Jangan ingat kau boleh lari Danish. Habistu anak dalam perut aku ni macam mana? kau nak biarkan macam tu je.

*****

“Sayang, sayang okey ke ni?" saol Danish sebaik sahaja mereka turun dari kapal terbang.

Fiqa hanya mengangguk.

Danish segera mencapai tangan isterinya untuk berjalan bersama-sama.

“Penat" kata Fiqa perlahan.

Danish berpaling. “Nak abang dukung?" dia senyum senget.

Cepat-cepat Fiqa menggeleng. Gila apa nak dukung kat tempat awam macam ni. Memalukan betul!

“Abang dah tempah teksi ke?"

“Tak..Kejap lagi ada orang datang hantar kereta dekat abang"

“Kereta abang?"

Danish mengangguk. “Tu dia dah sampai. Jom" kata Danish sambil menunjukkan ke arah keretanya itu.

Fiqa dan Danish berjalan ke arah kereta yang baru ditunjuknya tadi. Lelaki yang memandu kereta itu mula turun.

Danish menghulurkan sampul surat yang berwarna putih kepada lelaki itu. Fiqa hanya melihat sahaja. Mungkin duit kot.

Melihat Danish masuk ke dalam kereta, Fiqa turut sama memboloskan dirinya masuk ke dalam kereta.

“Sayang okey?" saol Danish sebelum memulakan pemanduannya.

“Okey" jawabnya sepatah. Fiqa terus melemparkan padangannya ke luar. Nak je aku tidur kat dalam kereta ni. Tapi tak mengantuk lah pulak. Cuma penat je.

*****

Peluh mula menitik di dahinya. Liana menghentak kakinya kasar. “Mana si Danish ni?"

Sesekali dia mencuba untuk membuka pintu pagar rumah Danish tapi tetap tidak berjaya. Dia tidak mudah putus asa. Aku takkan pergi selagi tak jumpa Danish. Dia masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu aircorn dibukanya untuk menghilangkan rasa panas.

“Abang, kereta sapa tu?" Fiqa mengecilkan biji matanya untuk melihat lebih dekat.

Danish kerut kening. Macam pernah tengok je kereta ni. Jangan-jangan kereta.......

“Liana?" Fiqa menyebut nama itu.

Danish melihat sebatang figura yang cukup dikenalinya. Ya! itu Liana.

“Abang nak jumpa dia ke?" soal Fiqa sedikit kecewa.

Segera Danish mencapai tangan isterinya. “Sayang, please. Abang tak cakap pun yang abang nak jumpa dia. Dia memang dah ada dekat sini. Please, trust me"

Fiqa tersenyum hambar. “I trust you. Biar Fiqa keluar jumpa Liana."

Baru tangannya ingin membuka pintu kereta, Danish cepat-cepat menahannya. “Biar abang keluar."

Tidak sempat Fiqa berkata apa-apa, Danish terus keluar dari keretanya.

Liana yang sedang membetulkan rambutnya di dalam kereta itu, terkejut bila melihat Danish datang ke mari ke arahnya.

Dia tersenyum sinis. Datang juga kau, Danish. Tanpa berlengah, dia terus keluar dari keretanya itu.

“Kau buat apa datang sini, Liana?" soal Danish tegas.

Liana tersenyum sinis. Sesekali dia mengintai ke dalam cermin kereta milik Danish. Nampaknya perempuan tu ada jugak.

“We need to talk" pinta Liana.

“Nak cakap pasal apa lagi?"

“Pasal anak kita"

Danish senyum sinis. “Anak kita? aku tak pernah ada anaklah dengan kau"

“Tapi ni memang anak you lah Danish"

“Okey. Kita tengok tu anak sapa."

“Maksud you?" soal Liana, tidak mengerti apa yang Danish katakan.

“Aku dah buat DNA test. Dan rekod tu, akan sampai esok"

Liana terkesima. Tak..takkan. “No, Danish. Ni memang anak you"

“Kalau tu anak aku sekalipun, apa salahnya aku nak kan kepastian."

Liana menggigit bawah bibir. Tak guna!!. Mampus aku kali ni.

“Kalu ni anak you macam mana?"

“Kalau tu anak aku, aku akan bertanggungjawab. And kalau tu bukan anak aku, kau boleh berambus dari sini" tengking Danish kuat.

Liana diam. Kelu lidahnya ingin bersuara. Sungguh dia tak sangka Danish akan membuat DNA. Ahhh kusut.

Tanpa sepatah kata, dia terus masuk ke dalam kereta. Enjin kereta mengaum kuat. Liana menekan pedal minyak dengan kuat sehingga hilang dari pandangan Danish..

Melihat kereta Liana sudah pergi itu, dia kembali semula ke keretanya. Selesai memakirkan kereta ke dalam garaj, mereka bersama-sama turun..

“Apa abang cakap dengan Liana tadi?"

”A..abang tak da cakap apa-apa. Abang cakap stop kacau rumah tangga kita. Tu je"

Dia memandang suaminya tepat. Walau dalam dirinya rasa curiga terhadap kata-kata Danish itu, ditolak ke tepi dulu kerana dia betul-betul penat saat ini.

“Okeylah. Fiqa masuk dulu" dia terus menganggalkan high heels-nya lalu kunci rumah dibuka sebelum dia menapak ke dalam.

Danish mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar. Nombor seseorang didail.

”Assalamualaikum"

‘‘Wa'alaikumussalam" jawab Danish.

“Saya nak rekod DNA tu siap esok. Saya nak tengok" arah Danish tegas.

“Y..Ya. Baik Tuan Danish. Saya akan buat secepatnya." kata lelaki itu.

“Bagus" segera dia mematikan panggilan itu lalu dia turut sama melangkah memasuki ke dalam rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience