Bab 45 (Ending)

Romance Completed 114969

Danish membuka sampul surat yang telah diberi oleh orang upahannya. Surat itu dibaca dengan teliti.

Dia tersungging senyum sinis. “Liana, Liana. Kau ingat aku bodoh ke nak percaya tu anak aku", tiba-tiba dia terfikir sendiri. Kalau tu bukan anak aku, jadi anak siapa? Takkanlah Liana tu kerja layan lelaki? tapi macam mana kalau betul.

“Surat apa tu?" soal Fiqa seraya mengambil tempat di sebelah suaminya.

Danish menoleh. “Sayang, sayang percayakan apa yang abang cakap ni?"

Fiqa kerut kening. “Apa?"

“Abang dah buat DNA pasal anak tu...."

“And anak tu bukan anak abang?" pangkas Fiqa. Matanya tepat memandang wajah Danish.

Danish mengangguk.

“Habistu abang nak cakap yang Liana tu, kerja layan lelaki ke?"

“T..tak..bukan macam tu sayang. Abang tak cakap pun macam tu"

“Abang, abang tak kesian ke dekat Liana tu?"

Danish menghembuskan nafas lelah. Setiap kali bercakap pasal Liana, pasti Fiqa akan sebelahkan perempuan tu. Walaupun Liana dah buat macam-macam dekat dia.

“Sayang, untuk apa kita kesiankan dia?" soal Danish pula. Masih tidak mengerti kenapa isterinya ingin menyebelahi Liana.

“Liana tengah mengandung abang. Dia takde sapa-sapa di sisi dia. Apa salahnya, kalau kita cuba berbaik dengan dia. Tak salahkan?"

Danish meraup muka kasar. Tangan isterinya dicapai. “Sayang, listen. Abang bukannya tak nak berbaik dengan Liana tu, cuma abang takut dia akan buat macam-macam dekat kita. Hati manusia ni kita tak boleh tahu sayang" ujar Danish denga yakin. Cuba memujuk isterinya itu supaya membuka mata dan melihat apa yang Liana buat sekarang ini.

“Tapi..."

“Dahlah, sayang. Kenapa sayang nak sebelahkan sangat dekat dia. Abang tahu dia adik sayang. Tapi dia ada anggap ke sayang sebagai kakak dia?"

Kepala Fiqa menunduk. Ya! Liana tidak pernah menganggapnya sebagai kakak. Memang itu yang dia anggap dari dulu lagi. Dia hanya anggap aku sebagai perampas kebahagiannya sahaja.

“Dah, sayang. Jangan fikirkan lagi. Nanti kita jumpa Liana, and kita bincang dengan dia elok-elok."

Fiqa diam. Kepalanya sahaja mengangguk. Kolam matanya mula memberat.

Melihat itu, Danish menarik isterinya ke dalam pelukan. Belakang Fiqa digosoknya. “Shh, I be there with you. Stop crying, sayang" pujuk Danish lembut. Pelukan pada badan isterinya semakin diketatkan. Sungguh dia rindukan pelukan itu.

*****

Liana mundar-mandir di kamarnya. Tidak senang duduk dibuatnya apabila mengingatkan kata-kata Danish kelmarin.

“Aku dah buat DNA test. Dan rekod tu, akan sampai esok"

Masih terngiang-ngiang suara Danish di benak fikirannya. Sungguh fikirannya bercelaru saat ini. Dia sudah lupa akan ada lagi satu nyawa yang perlu dia jaga, iaitu anaknya sendiri. Bukankah untuk wanita mengandung, perlu menjaga emosi dan kesihatan? Tapi bukan pada Liana. Dia lebih mementingkan diri dia saat ini dari anaknya sendiri. Selfish!

Sesekali dia mengerling handphone di tangannya, kot-kot Danish ada menelefonnya atau menghantarkan pesanan ke arahnya. Tapi tiada satu pesanan atau panggilan pun dari Danish.

Dia menarik nafas lega. Lebih baik Danish tidak menghubunginya. Kalau tidak, tak pasal-pasal jadi perang dunia pulak. Danish ni bukan jenis orang yang boleh bawak main. Kadang-kadang dia sendiri pun naik gerun tengok muka Danish bila marah. Tapi sekarang, rasa gerun tu dia dah buang jauh-jauh. Sudah biasa tengok muka Danish dengan keadaan marah.

Dia meramas rambutnya kasar. Macam mana aku nak buat ni? sungguh aku buntu. Macam mana kalau Danish tahu yang tu anak aku? matilah aku kali ni. Arhh serabutlah kalau macam ni !!

Apa aku nak buat ni. Apa aku nak buat. Kakinya tidak berhenti lagi dari mundar-mandir di kamarnya sendiri. Langsung tidak rasa lenguh di kaki kerana otaknya ligat berfikir akan masalah yang dia akan hadapi nanti.

Kalau Danish tak kawhin dengan aku, jadi maknanya siapa yang akan jadi ayah pada anak ni?. Sekali lagi dia dilanda kerisauan. Bila difikirkan balik, dia rasa menyesal pula kerana melayan lelaki hanya disebabkan duit. Dan sekaranga apa dia dapat?. Anak tanpa ayah. Anak luar nikah. Itu je ke yang dia dapat.

Arhhh, macam mana aku nak sara hidup anak aku, kalau aku sendiri pun hidup dengan bantuan orang. Sungguh aku tak jangka yang ini akan terjadi. Kalau aku tahulah yang ini semua memeritkan, aku takkan buat benda ni.
Tapi apa patut buat. Benda dah jadi. Tak guna kalau aku nak menyesal pun.

Bila sudah penat memerah otak sendiri, dia duduk di birai katil. Langsung tiada apa-apa idea untuk dibuatnya. Dia sudah buntu. Sudah tidak tahu apa lagi yang dia patut buat.

Dia menongkat mukanya dengan tangan kanannya diletakkan di atas dagu. Liana berfikir sejenak. Takkanlah aku nak berhenti setakat ni aje perjuangan aku selama ni?. Tapi kalau aku teruskan, apa yang aku patut buat?. Semua rancangan aku, semua tidak menjadi. Tapi takkanlah aku nak undur diri pulak.. Mhmm

******

Fiqa mengusap perlahan bingkai gambar dia dan Liana bersama sewaktu kecil dahulu. Tiba-tiba sahaja frame gambar itu telah ada di dalam luggage semasa dia ingin mengeluarkan baju-bajunya. Mhmm, mungkin bingkai gambar ni memang ada dekat sini. Lagipun luggage ni pun, dia membeli semasa dia ingin ke Australia. Mungkin dia yang bawa bingkai gambar ini lalu diletakkan ke dalam beg, supaya dia tidak merindui Liana apabila sudah pergi dari sini.

Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum. Tiba-tiba dia terasa sebak bertandang apabila mengingati tentang Liana yang sekarang. Jauh berbeza Liana yang dulu dan sekarang.

Takkanlah, hanya disebabkan ibu dan ayahnya lebih sayangkan dirinya, Liana akan jadi macam ni. Padahal ibu dan ayah tidak pernah memilih kasih kepada sesiapa pun.

Dan takkanlah disebabkan aku merampas cinta hatinya, dia sanggup memberontak sebegini rupa?

Kadang-kadang rasa marahnya mula menebal bila Liana tidak habis-habis kacau rumahtangganya. Tapi jauh di sudut hati, dia rindukan gadis itu. Gadis yang selalu mendengar luahan isi hatinya ketika kecil dahulu. Gadis itu jugalah yang selalu menyerikan hidupnya sebagai adik beradik tunggal. Kini.... hanya tinggal kenangan.

Fiqa memegang dada akibat terasa perit. Perit sangat-sangat. Air mata ditahannya supaya tidak tumpah. Ahh, dahlah. Aku dah penat dengan semua ni..

*****

Liana melemparkan pandangan jauh di jendela biliknya. Sungguh dia penat. Perutnya yang semakin kelihatan, digosoknya perlahan.

Angin malam sempoi-sempoi dari luar itu, menampar lembut pipi Liana. Dia memejamkan mata. Menikmati keindahan.

Kepalanya mendongak memandang bulan penuh yang berwarna putih itu. Tanpa sedar, dia menguntum senyum. Teringat pula tentang kata-kata Fiqa dahulu.

~•~•~FLASHBACK~•~•~•~•

“Adik, adik cuba tengok bulan tu" Fiqa mendongak memandang bulan, diikuti dengan Liana.

“Kenapa dengan bulan?"

Fiqa tersenyum.

“Nanti kalau akak dah pergi jauh dari sini, tinggalkan semua orang, kalau adik rindukan akak, adik pandanglah bulan tu?"

Liana mengerut kening. Tidak faham akan kata-kata kakaknya itu.

“Tak faham" ucapnya polos.

Fiqa ketawa kecil. “Maksud akak nanti kalau kita berpisah, kalau adik rindukan akak, adik pandanglah bulan tu. Sebab akak percaya, bila adik pandang je bulan tu, kerinduan adik pada akak akan hilang. Akak pun tak boleh nak bayangkan kalau kita berpisah nanti. Tapi, akak janji, nama adik akan sentiasa di hati akak sampai bila-bila" Fiqa mengangkat tangan tanda bersumpah.

Melihat itu, Fiqa terus mengeluarkan sesuatu dari belakangnya. “Nah. Ini akak bagi dekat adik" Anak patung yang kelihatan cantik itu diberi kepada Liana

Liana menyambut seraya menguntum senyum.

Fiqa turut tersenyum melihat gelagat adiknya. Asalkan Liana gembira, dia pun akan turut gembira. Terus tubuh adiknya itu dibawa ke dalam pelukan.

~•~•END FLASHBACK~•~•~

Air mata Liana sudah tumpah membasahi pipi. Jujur dia akui yang hubungannya dengan Fiqa sangat rapat ketika dahulu.

Tapi disebabkan kedengkian, dia sanggup memberontak sebegini rupa. Dia mula merasa sebak. Walaupun Fiqa tu bukan kakak kandungnya, tapi Fiqa masih melayannya macam dia adalah adik kandungnya sendiri.

Tidak betah mengingat semula kisah silam dia dan Fiqa itu, terus dia menutup pintu sliding. Kakinya bergerak ke arah katil.

Tapi saat dia ingin menuju ke arah katil, tiba-tiba kakinya terlanggar satu kotak yang berada di tepi almari. Dia mengaduh kesakitan. “Haishh, macam mana kotak ni boleh ada dekat sini pulak?" rungutnya. Badannya dibongkokkan ingin mengangkat kotak itu. Tapi hampa. Kudratnya tidak kuat apabila kotak itu sangat berat.

Tiba-tiba dia merasa ingin tahu pula isi di dalam kotak itu. Dia terus duduk bersila lalu mencapai kotak itu.

Perlahan-lahan tangannya membuka. Memang banyak barang-barang kaca di dalam kotak itu. Matanya menangkap satu objek yang dikenalinya. Anak patung itu dicapai.

Anak patung itu sungguh kelihatan comot dan kotor akibat tidak menjaganya dengan elok.

Sekali lagi, air matanya tumpah. Anak patung itu, dipeluknya erat bagi menghilangkan rasa rindunya kepada wanita itu.

“Akak"

Akhirnya perkataan ‘akak' itu diucapnya juga walaupun perlahan.

*****

Liana memakai sneakersnya yang berwarna biri gelap itu. Nina memerhati sahaja. Sejak Liana keluar dari bilik, gadis itu hanya diam sahaja. Selalunya, mulut tu tidak reti duduk diam.

“Kau nak pergi mana?" soal Nina sebaik sahaja dia melihat Liana yang ingin pergi itu.

“Aku nak pergi dobi"

Semakin berkerut dahi Nina tika itu. Dobi? nak buat apa pulak minah ni nak pergi dobi.

“Kau nak buat apa pergi dobi?"

Anak patung itu dikeluarkan dari beg tangannya. ”Aku nak pergi cuci ni" ujarnya seraya berlalu pergi.

Nina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cuci anak patung? gila ke apa Liana ni.

*****

“Abang, jom keluar nak" Fiqa menempalkan bahunya kearah Danish. Ingin membodek encik suami..

“Pergi mana?"

“Nak beli baju"

“Baju apa?"

“Alah, baju lah. Fiqa dah lama tak beli baju"

Danish diam.

“Sekarang ke?"

Laju Fiqa mengangguk.

“Tapi dah malam ni"

“Alah, jom lah" tidak menghirau kata-kata suaminya, terus Fiqa bagun lalu mengheret Danish supaya turut bangun. Nak tak nak dia terpaksa terima je lahh

*****

“Tutuplah sayang" Danish berpaling melihat muka isterinya yang tidak puas hati. Sudah 4 kedai dia berhenti. Tapi tutup juga. Dia kerling jam di tangannya. Danish menggeleng. Sudah pukul 10 malam. Mana ada kedai buka masa-masa ni.

Fiqa menegeluh. “Habistu baju macam mana?" dia menundukkan wajah

“Takpe, sayang. Abang janji. Esok, abang akan belikan sepuluh helai baju untuk sayang"

Fiqa angkat semula wajahnya. “Betul ni?"

Danish mengangguk.

Fiqa kuntum senyum selebarnya.

Tapi senyumannya mati apabila melihat susuk tubuh Liana yang baru sahaja keluar dari dobi itu.

Danish turut berpaling ke arah pandangan isterinya. Dia juga turut terkejut melihat Liana.

Tanpa berfikir panjang, terus Fiqa berlari anak mendapatkan Liana. Danish tidak sempat menghalang. Akhirnya, dia terpaksa juga mengikut langkah isterinya.

“Hai, Liana" sapa Fiqa ramah.

Liana berpaling. Anak patung dari pegangannya itu cepat-cepat disorokkan ke belakang. Wajahnya dikawal sedikit.

Jeda. Suasana sunyi seketika diantara mereka bertiga.

“Belakang awak tu ada apa?" soal Fiqa memecahkan kesunyian.

Liana cepat-cepat menggeleng. “Tak..tak ada apa-apa pun" matanya membuntang luas apabila tutur bicaranya kali ini sangat lembut. Selalunya, pantang berjumpa dengan Fiqa. Pasti suaranya selalu meninggi.

Fiqa kuntum senyum mendengar butir bicara Liana itu.

“Bulan malam ni cerahkan" ujar Fiqa sambil matanya tepat memandang ke arah Liana.

Liana kaku ditempatnya. Sungguh dia rindu mendengar kata-kata itu. Tanpa sepatah kata, anak patung yang disorokkannya itu dikeluarkan lalu diberikan kepada Fiqa.

Fiqa menyambut walaupun dia masih terpinga-pinga.

“Simpan ni elok-elok" sesudah ayat itu diucapkan, dia terus meninggalkan Fiqa dan Danish.

Tanpa melihat kiri dan kanan, Liana terus melintas jalan. Dia sudah tidak fikir lagi pasal keselamatan, yang penting dia harus pergi.

Dum !!

Tiba-tiba sebuah truck melanggar tubuh Liana hingga melayang ke udara. Pemandu truck itu, cepat-cepat keluar dari kenderannya. Dia menghampiri Liana. Mukanya kelihatan cemas apabila melihat seluruh muka Liana sudah berlumuran darah. Orang ramai sudah mula berkerumun disitu.

Fiqa berpaling ke arah orang ramai di atas jalan itu. Tiba-tiba hatinya rasa tidak enak.

“Kenapa tu abang?"

Danish jongket bahu. “Entah. Kemalangan kot. Jomlah balik" Lengan isterinya dipaut.

Fiqa menepis. Segera dia berlari ke arah orang ramai itu. Melihat itu, Danish terpaksa juga mengikut langkah Fiqa.

Bagai hendak gugur jantungnya saat ini apabila melihat wajah Liana sudah terlentang. Darah tidak henti-henti keluar dari badannya. Fiqa gelisah.

Dia jatuh terduduk. “Liana, Liana. Bangun Liana" badan Liana digoncangnya kuat. Air matanya tidak berhenti mengalir.

Danish juga turut terkejut. Terus dia mengeluarkan handphonenya lalu menelefon unit kecemasan untuk megambil Liana ke hospital.

Fiqa memegang kemas tangan Liana. “Liana, bangun. Bangun" kepala Liana diangkatnya lalu diletakkan ke atas ribanya. Dia menampar lembut pipi Liana. “Liana, bangunlah" rintihnya kuat.

Danish memegang kedua bahu isterinya. “Calm down, sayang" pujuk Danish apabila melihat isterinya yang tidak henti-henti menangis.

*****

Hampir 2 jam Fiqa dan Danish menunggu Liana di unit kecemasan. Nina juga turut ada sama tika itu. Fiqa menahan dirinya dari air matanya tumpah.

Danish setia disamping Fiqa.

Tidak lama kemudian, keluarlah doktor wanita dalam lingkuan 40-an.

“Doktor, macam mana dengan adik saya?"

Doktor wanita itu menunduk. “Saya minta maaf. Saya tak dapat nak selamatkan nyawa adik Puan Fiqa dan anaknya"

Fiqa menekup mulutnya menahan sebak. Dia jatuh terduduk. Begitu juga dengan Nina. Tak..tak sangak kawannya sudah pergi.

“Err, baiklah doktor. Terima kasih" ucap Danisha apabila melibat isterinya sudah tidak mampu untuk berkata-kata lagi.

Doktor wanita itu hanya mengangguk sebelum dia berlalu pergi.

“Sayang"

”Kenapa dia pergi. Kenapa terlalu awal" ujar Fiqa tidak berpuas hati. Tersedu sedan dia menangis di sebelah suaminya. Tidak dihiraukan kalau ini hospital sekalipun.

“Dahlah, sayang. Kita kena terima takdir" Danish memperlahankan sedikit suaranya. Sungguh dia sendiri pun terkilan dengan kematian Liana.

Tidak mampu disitu lagi, Nina terus berlari keluar dari hospital itu. Dia masih lagi tidak percaya yang Liana sudah meninggal.

******

Selesai membaca Ya-sin, Fiqa menyimbah air bunga di atas kubur Liana. Dia senyum hambar. Sesudah itu, giliran Danish pula menyimbah air bunga ke atas kubur Liana.

Mereka berdua serentak bangun. Danish menggulung tikar seraya mengikut langkah iaterinya.

“Sayang okey?"

Fiqa mengangguk.

“Fiqa dah terima semuanya"

Danish kuntum senyum. Lega hatinya bila mendengar kata-kata isterinya itu.

“Fiqa"

Tiba-tiba nama Fiqa disapa dari belakang. Mereka bedua serentak berpaling. Fiqa kaku apabila melihat wajah Hana.

Hana mencapai tangan Fiqa. ”A..aku minta maaf. Aku salah. Aku sepatutnya dengar dulu apa yang kau nak explain. Aku memang jahat Fiqa. Aku bukan kawannya yang baik" tersedu-sedan Hana menangis sambil tangannya tidak lepas memegang tangan Fiqa.

Fiqa menggosok lembut tangan Hana.

“Hana...kau kawan aku. Aku tak pernah pun benci dekat kau. Aku tak pernah pun simpan dendam dekat kau"

“Tapi aku...."

“Benda yang lepas, biarlah lepas. Aku dah taknak ingat semuanya. Jadi kawan aku?" pangkas Fiqa.

Hana senyum. “Ya. Aku akan jadi kawan kau selamanya"

Mereka berdua berpelukan kejap. Danish turut juga tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. Syukurlah.

Pelukan dileraikan. “Okeylah. Aku balik dulu Fiqa. Aku datang pun nak jumpa kau. Apapun, salam takziah pada Liana. Assalamu'alaikum" Hana tarus berlalu meninggalkan mereka berdua.

“Wa'alaikumussalam"

“Dah, jom" ajak Fiqa pula. Danish mengangguk lalu berjalan beiringan dengan isterinya.

“Kejap"

Fiqa berpaling apabila Danish berhenti berjalan. “Apa dia?"

Dia mengeluarkan sampul surat lalu diberikan kepada isterinya.

Fiqa menyambut. Sampul itu dibukanya perlahan. Matanya membulat besar. “Ho...honeymon ke Paris?!"

Danish mengangguk.

“Sepatutnya kita kena pergi honeymoon masa kita baru kahwin. Abang minta maaf sebab abang lambat nak ajak sayang pergi honeymoon"

Fiqa memeluk erat suaminya. “Thank you abang"

“Most welcome sayang"

*****

Mereka berdua berdiri tegak di hadapan menara Eiffel Tower. Senyuman dari bibir Fiqa masih tidak lekang.

Danish memeluknya dari belakang.

“Abang harap, hubungan kita akan kekal sampai bila-bila. Abang tak nak berpisah dengan sayang. Abang sayang sangat-sangat kepada wanita yang bernama ‘Nur Rafiqa Ariana'' ucap Danish penuh romantis.

Fiqa berpaling.

“Saya akan selalu mecintai dan menyayangi kepada lelaki yang bernama ‘Megat Danish Fikri'. Saya akan selalu ada disampingnya. Sebab dialah iman solat kepada anak-anak kita nanti"

Danish memeluk isterinya erat seakan tidak ingin melepaskan. Fiqa turut membalas pelukan suaminya itu.

Bahagia apa yang kau perlukan lagi Fiqa? Sesungguhnya ini sahaja sudah cukup untuk aku bahagia. Dialah lelaki yang ku cinta. Dialah lelaki yang memberikan aku kebahagiaan.

Orang yang dah pergi, biarlah dia pergi. Kita yang hidup ini, pasti akan teruskan hidup. Akak harap, awak tenang disana Liana. Akak dah maafkan segala dosa silap Liana pada akak.

Sesungguhnya tiada sesiapa pun yang sempurna di atas muka bumi ini. Selagi dia digelar ‘manusia' pasti ada kekurangan.

~•~• TAMAT~•~•

P/S: Fuh!! Akhirnya siap juga Novel ‘Kahwin Paksa'. Saya berterima kasih sangat-sangat kepada sesiapa yang setia membaca novel ini.

Thank you banyak-banyak semuanya !! Love you guys > 3000

Share this novel

Faridah Mohd Shah
2021-01-23 01:57:04 

happy ending...tq sis... Best sangat 2 cerita ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience