Bab 12

Romance Completed 115002

“Eih, kau nak pergi mana tu?" soal Nina sambil melihat Liana yang menuju ke pintu utama.

“Tak payah nak sibuk hal aku. Kalau aku bagitahu kau pun, bukannya kau nak tolong aku."

“Mesti kau nak jumpa Danish kan." Nina meneka.

“Kalau ye pun kenapa?" belum sempat Nina berkata, Liana sudah membuka pintu lalu keluar dari rumah mereka.

Nina melepaskan keluhan berat “Bilalah, kau nak berubah Liana".

****

“Zaf kerja ke hari ni" Soal Dato Megat Ibrahim apabila melihat anaknya yang memakai baju kemeja dan dilengkapi dengan kot hitam.

“Ha'ah, pa. Suzi call tadi, dia cakap ada client dari Jepun nak datang. Tu yang start kerja hari ni."

“Mhmm, Fiqa mana?"

“Fiqa kat atas pa"

Dato Megat Ibrahim menangguk. Danish menyalami tangan papanya itu, sebelum berlalu pergi.

****

“Suzi, ada apa-apa yang awak nak inform dekat saya ke?"
tanya Danish kepada setiausahanya.

Suzi menggleng. “Hari ni, hanya ada seorang klien je Boss dari Jepun.Tapi boss kan dah selesaikannya tadi, so dah takde apa-apa dah"

“Bagus. Mhm, awk boleh keluar." arah Danish. Suzi mengangguk lalu, berjalan keluar dari bilik Danish.

“Cik, cik tak boleh masuk dalam office ni tanpa kebenaran" halang pekerja yang ada dikaunter pertanyaan.

“Eh, aku tak kesah lah. Aku nak jumpa Danish. Dia boyfriend aku. Bagilah aku jumpa dia." liana menengking. Setengah dari pekerja di pejabat itu juga saling berpandangan.

“Bukan ke, Tuan Danish dah kahwin ke?. Agaknya, perempuan ni gila kot?" ujar salah seorang pekerja wanita yang bernama Siti kepada kawannya. Tapi cukup didengari oleh Liana. Liana berpaling ke arah empunya suara yang telah mengatanya tadi.

Liana mendekati Siti. Siti menelan air liur. “Kau cakap aku apa tadi. ‘Gila'. Ada pembetulan disitu, aku tak gila sebab otak aku masih waras. Kalau kau rasa aku gila, terpulanglah dekat kau. Sebab bini Danish tu dah rampas boyfriend aku." Liana menunjal kepala Siti. Orang disekeliling, hanya mampu menjadi CCTV sahaja, sehinggalah Danish turun lalu mendekati Liana.

“Liana, you buat apa ni"

“I...I nak jumpa you je." tersekat-sekat Liana menuturkan kata-kata.

“Ikut I" tegas Danish mengarah. Liana hanya mengikuti sahaja jejak Danish. Sempat lagi Liana melemparkan jelingan tajam ke arah pekerja-pekerja yang ada disitu

Mereka duduk berhadapan dengan meja makan. Liana menghirup sedikit air fresh orange yang diordernya tadi.

“Mhmm, you cakaplah apa yang you nak cakap. I dah takde masa nak layan you." ujar Danish acuh tak acuh. Entah kenapa, dia benci sangat melihat wajah Liana.

“Kenapa lepas you kahwin dengan perempuan tu, you macam dah malas nak jumpa I. Kenapa?. You fall in love dengan dia ke?. Habistu I ni macam mana?." Liana sedikit mendesak.

Danish bersuara. “I nak kita putus."

Liana tersentak. Ditenung lama wajah kacak Danish. “Baru sehari je kahwin, takkan dia dah lupakan aku. No, tak boleh jadi ni. Aku akan dapatkan balik Danish" Gumam Liana.

“Tapi you kan dah janji dengan I yang you takkan putuskan hubungan kita ni." air matanya mula memberat.

“Sorry Liana, I tak boleh nak teruskan dengan hubungan kita lagi. I'm sorry. And I love my wife very much" Danish menyudahkan kata-katanya sebelum berlalu pergi meninggal Liana.

Liana menghempas meja dengan sangat kuat. “Arghh!!. Tak guna." serta-merta air matanya tumpah. Orang di restoran itu memandang Liana dengan pelik.

“Apa tengok-tengok." sinis Liana. Dia mengambil beg tangannya lalu berlalu keluar.
“I akan dapatkan you Danish, walau bagai manapun" nekad Liana.

******

“Fiqa, mama nak tanya sikit ni" Soal Datin Rosmah seraya melabuhkan punggungnya di tepi Rafiqa. Rafiqa yang tengah menonton televisyen itu, memalingkan mukanya ke arah Datin Rosmah.

“Ye, ma. Ada apa?"

“Rumah tangga Fiqa ok ke?"

“Ok je ma. Danish pun ok.

“Mama bukan cakap pasal Danish sekarang ni."

Rafiqa mengerutkan dahinya. “Habistu, pasal siapa?"

“Liana" sepatah Datin Rosmah menjawab.

“Liana?" ujar Rafiqa hairan. Siapa perempuan tu.

“Liana tu girlfrien Danish. Danish pernah bawak dia dekat rumah ni. Tapi papa tak izinkan Danish kahwin dengan Liana. Ye lah, kalau Danish kahwin dengan Liana, Danish takkan berubah sampai bila-bila."

“Maksud mama?" Rafiqa begitu tekun mendengar cerita dari ibu menantunya.

Datin Rosmah melepaskan keluhan berat. “Liana tu, dia kaki botol. Selalu je, dia keluar masuk kelab. Jadi, sebab tu papa tak izinkan Danish kahwin dengan Liana. Lagipun, sejak Danish bercinta dengan Liana lah, Danish pernah masuk kelab tau. Ada sekali tu, Danish pernah mabuk. So, papa buat keputusan terburu-buru untuk mencari wanita yang boleh membimbing Danish ke jalan yang betul. And wanita tu adalah kamu Fiqa. Sejak dari mula lagi, mama perhatikan kamu, yang kamu ni memang sesuai dengan Danish. Danish pun, mama nampak dia dah berubah. Pagi tadi, mama lalu kat bilik Fiqa, mama nampak yang Danish tengah baca al-quran. Mama bersyukur sangat-sangat sebab allah hantar kamu sebagai menantu mama." terang Datin Rosmah panjang lebar.

Rafiqa sebak. Terus dia memeluk erat ibu mertuanya. “Terima kasih...terima kasih ma, terima Fiqa."

SORRY, SIKIT JE BAB NI SEBAB TENGAH CARI ILHAM UNTUK BUAT BAB YANG LEBIH PANJANG. SAYA AKAN CARI IDEA, UNTUK BUAT SATU BAB TU, PANJANG SIKIT YE...SORRY SANGAT² :-(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience