Bab 6

Romance Completed 114969

“Awak okey ke ni." Tanya lelaki misteri itu. “Sa...saya ok" jawab Rafiqa.

“Nama awak siapa ?" tanya Rafiqa pula. “nama saya Firash Adnan. Awak boleh je panggil saya Firash. Nama awak pulak?. Tanya Firash kembali.

“Rafiqa Ariana. Panggil je Fika." ujar Rafiqa.

“Patutlah tuan cantik, nama pun cantik." Tutur Firash dalam hati.

“Tq sebab selamatkan saya. Kalau takde awak tadi tak tahulah saya nak buat apa." Ujar Rafiqa.

Firash hanya melemparkan senyuman. “Awak nak saya hantar awak kat mana ni."

“oh, tolong hantar saya kat Pavilion Mall. Sebab saya nak belikan hadiah dekat kawan saya." Jawab Rafiqa.

“Ooh, kalau macam tu saya ikut awak eh." seloroh Firash.

“Suka hati awaklah."

Firash sembunyi senyum lalu kembali fokus memandunya.

****

“Tuan Danish, ada orang nak jumpa" kata PA nya iaitu Suzi.

“Suruh dia masuk" arah Danish.

Suzi sekadar mengangguk lalu membawa Liana masuk ke dalam. Suzi keluar dari bilik bosnya dan menyambung kerjanya semula.

“You nak apa datang sini." tanya Danish.

“Ishh, you ni. I rindukan you la. Jom pergi shopping." pelawa Liana.

“I sibuk ni." Danish memberi alasan.

“Alaaa, please lah. Kali ni je" pujuk Liana.

Akhirnya Danish mengalah. “Yelah-yelah jom" ujar Danish lalu memimpin tangan Liana dengan kemas.

Senyuman jahat tak lekang dari bibir Liana.

*****

Sudah hampir setengah jam Rafiqa dan Firash di dalam mall, tpi satu barang pun belum dibeli lgi.

“mhmm. Firash.. Awak tungguh sini kejap eh. Saya nak pergi toilet. Kejap lagi saya datang.. Tunggu tau." ujar Rafiqa lalu menuju ke tandas di mall itu.

Senyuman di bibir Firash tidak lekang melihat gelagat Rafiqa. Sungguh dia bertuah dapat berjumpa dengan wanita seperti Rafiqa. Memang lain dari yang lain.

Selesai membuang air kecil, Rafiqa membasuh tanggannya di sinki lalu mengeluarkan gincu dan melekatkan di bibirnya

Tiba-tiba seorang perempuan yang tidak dikenalinya bersuara. “Kalau dah muka tu hodoh, buat macam mana pun akan tetap hodoh la" ujar Liana.

Rafiqa tersentak. Dia hanya pekakkan telinga, malas nak layan orang yang kurang siuman. Baru sahaja, Rafiqa ingin melangkah keluar, tangannya di tarik kasar.

“Arghh!!.. Awak ni dah kenapa." Rafiqa mengerang kesakitan.

“Boleh pulak cakap..Aku ingatkan bisu tadi" sindir Liana.

Rafiqa menolak kasar tubuh Liana membuatkan dia jatuh di atas lantai yang licin. Tanpa membuang masa, dia terus keluar dari tandas itu.

***

“Kenapa you lambat" Soal Danish.

“Perempuan gila tu.. Dia pergi tolak I sampai baju I basah.. Tengok ni" ujar Liana sambil menunjuk-nunjukkan bajunya yang basah.

“Kalau I jumpa perempuan tu, memang nahas la." Tutur Danish..

Terbit senyuman jahat di bibir Liana.

****

Rafiqa dan Firash berjalan beriringan. Tiba-tiba Rafiqa terserempak dengan Danish dan perempuan yang ditolaknya di tandas tadi..

Liana bersuara. “Baby, ni lah perempuan yang tolak I tadi" ujar Liana sambil menunjukkan ke arah Rafiqa.

Danish terkejut. Siapa laki dengan Rafiqa ni.

“Takkanlah, perempuan ni girlfriend kepada tunang aku?" tanya Rafiqa dalam hati.

“Kau ni dah kenapa ah.. Takde kerja, sampai nak tolak orang.. Nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau jadi apa-apa dekat girlfriend aku ni, memang nahas lah kau." Danish berpura-pura tidak kenal Rafiqa

Kelopak mata Rafiqa menjadi berat.. Takkanlah, dia dah tak ingat aku..

Danish mendekatkan dirinya kepada Rafiqa.. Semakin Danish dekat, semakin Rafiqa mengundur..

Tiba-tiba, Danish menolak badan Rafiqa sehingga dia jatuh tersungkur.. Kepalanya terkena bucu dinding menyebabkan darah merah mula mengalir..

Dia hanya mendengar tempikan Firash memanggil namanya sebelum dunianya menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience